Nuffnang Ad

Saturday, 17 March 2012

Rojak Buah Pak Long

Kak ruby percaya semua orang suka rojak...dan rojak pula ada bermacam-macam rojak, salah satu nya rojak buah, kak ruby suka rojak buah....sebenarnya rojak buah ni sama je, cuma kuah nya yang membezakan kesedapan rasa rojak. Kuahnya pula ada bermacam-macam resepi, yang kita boleh dapati......Tapi bagi kak ruby ada satu resepi kuah rojak yang kak ruby suka sangat....iaitu kuah Rojak Pak Long, rasanya memang sedap.
 



ROJAK BUAH PAK LONG

Bahan :
 ½ biji nenas
1 biji timun
1 biji sengkuang
2 biji epal hijau
5 biji jambu air
Kuah rojak Pak Long
Kacang tanah digoreng dan ditumbuk halus
Bijian secukupnya



Cara :
Semua buah potong kasar.
Gaulkan semua buah yang dipotong dalam mangkuk besar, kemudian campurkan kuah rojak Pak Long, gaul bagi sebati semua.
Taburkan kacang tanah dan bijian diatas buah-buahan.
Boleh lah dihidangkan.


No comments:

Post a Comment