Nuffnang Ad

Friday, 30 March 2012

Lapis Kacang Hijau





Kuih Lapis Kacang Hijau
(resepi asal yatie)

Bahan A
  • 2 cawan santan
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula
  • 2 s/b tepung beras
  • 2 s/b tepung jagung
  • Sedikit garam
Bahan B
  • 1/2 cawan kacang hijau yg telah direbus kembang
  • 1/2 cawan air
  • pewarna hijau


  • Bahan C
  • 1/2 cawan air
Cara-Cara
  1. Gaukan semua bahan A sehingga sebati. Tapiskan. Bahagikan adunan pada 2 bahagian.
  2. Campurkan bahan B dalam 1 bahagian dan kacau rata.
  3. Campurkan bahan C dalam 1 bahagian lagi. Kacau rata.
  4. Sapukan minyak pada loyang 8 x 8".
  5. Tuangkan 1 senduk adunan B dalam loyang dan kukus selama 4 minit.
  6. Lapiskan lagi 1 senduk adunan C diatas lapisan tadi dan kukus selama 4 minit lagi Ulang proses melapis sehingga adunan habis.  Untuk lapisan terakhir kukus selama 15 minit
  7. Bila telah masak sejukkan betul-betul baru potong dengan pisau pelastik.

No comments:

Post a Comment