Idea kak ruby datang untuk membuat apam ini sewaktu mengikut suami pergi out-station, malam waktu kemas-kemas pakaian......nasi masih ada lagi dalam periuk, tak kan nak bawak atau buang.... waktu itu lah kak ruby teringat resepi apam beras yang menggunakan nasi. Malam itu juga kak ruby buat, usaha kak ruby tak sia-sia, jadi, cantik, sedap.....boleh jadikan breakfast esok pagi dan jadikan bekal untuk pergi out-station. Nasi kak ruby pun tak terbuang. Alhamdulillah
APAM BERAS
Bahan :
3 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
2 cawan gula pasir
1 packet yis mauripan
2 cawan nasi
3 cawan air
apa-apa pewarna pilihan
3 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
2 cawan gula pasir
1 packet yis mauripan
2 cawan nasi
3 cawan air
apa-apa pewarna pilihan
Cara :
Kacau atau gaulkan semua bahan diatas, kecuali nasi
dan air. Ketepikan.
Blender nasi dengan air sampai betul-betul hancur.
Kemudian campurkan dengan bahan-bahan yang digaul tadi, kacau lagi bagi semua sebati.
Blender nasi dengan air sampai betul-betul hancur.
Kemudian campurkan dengan bahan-bahan yang digaul tadi, kacau lagi bagi semua sebati.
Perapkan adunan selama 1 jam, supaya ia akan naik atau
mengembang.
Selepas satu jam, isikan adunan ke dalam acuan yang telah disapu dengan sedikit minyak dan kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu, selama 10-15minit.
Selepas satu jam, isikan adunan ke dalam acuan yang telah disapu dengan sedikit minyak dan kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu, selama 10-15minit.
*Apam beras ni juga sedap dimakan bersama kelapa parut + garam.
No comments:
Post a Comment