Terlalu banyak resepi kek coklat sekarang, ada yang bakar dan ada juga yang kukus....kak ruby suka semuanya bakar dan kukus, entah macam mana kak ruby tertarik dengan resepi ini, kak ruby mencubanya....sedap, lembut dan gebu.......terima kasih reen khan.....
KEK COKLAT KUKUS
Bahan :
1 Cawan susu
cair
1 cawan air
biasa
1 cawan
mentega cair
2 cawan gula
perang
2 cawan
tepung gandum
½ cawan
serbuk koko
1 sudu teh
baking powder
1 sudu teh
soda bikarbonat
1 biji telur
1 sudu teh esen
vanila
Cara :
Satukan
tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat, diayak bersama,
ketepikan.
Dalam
mangkuk kacaukan susu cair, air, gula
perang dan mentega hingga sebati, kemudian masukkan campuran tepung yang sudah
diayak tadi, kacau lagi sebatikan.
Pukul telur
bersama esen vanila, masukkan ke dalam adunan tepung kacau hingga semuanya
sebati.
Masukkan ke
dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit mentega. Kukus selama 1 jam,
kalau gula acuan kecil kukus selama 15 minit.
Untuk mengelakkan kek pecah dipermukaannya gunakan api sederhana
saja. Kalau kukus selama 1 jam tutup loyang
dengan aluminium foil.
Hiaskan
dengan topping dan coklat rice.
Bahan Untuk
Topping
1 cawan susu
pekat
1 sudu makan
serbuk koko
2 sudu makan
mentega
Cara :
Kacau susu
pekat dan serbuk koko diatas api sederhana, masukkan mentega kacau lagi bagi
sebati. Tutup api.
No comments:
Post a Comment