xx
POTATO BREAD
Bahan-bahan :
• 135 ml air ais
• ¾ sudu teh garam
• 30 gm mentega atau marjerin
• 1/2 biji telur (dipukul sebentar)
• 60 gm ubi kentang (direbus dan dilenyek baru
ditimbang)
• 300 gm tepung roti/tepung protin tinggi
• 3/4 cmb susu tepung
• 50 gram gula
• 2 sudu teh yis segera
Cara-cara :
1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk adunan
dan uli hingga licin lebih kurang 15 minit. Kalau lembik sangat, tambah tepung.
2. Tutup dengan wrappers dan biar naik selama 45
minit.
3. Tumbuk doh perlahan utk mengeluarkan udara yg
terperangkap dan uli selama 1/2 minit.
4. Bentukkan menjadi bebola yang setiap satunya
seberat 30 gm.
5. Susunkan ke dlm loyang yang telah digriskan.
Tutup lagi dan biar naik lagi selama 40 minit. Sementara tu bleh la buat cream
custard...
6. Tepi2 loyang pun griskan la jugak supaya roti
tak melekat nanti lepas bakar. Kalau tak nak griskan loyang dan nak lapik dgn
aluminium foil pun boleh..
7. Sapukan telur yg telah dipukul ke atas roti
(tadikan kita guna 1/2 biji saja utk masuk ke dlm adunan, so yg 1/2 baki lagi
tu gunalah utk tujuan ini).
8. Paipkan kastad ke atas roti. Bakar pada suhu
180C selama 20 minit
*Tapi perhatikan juga sbb kalau dh nampak roti
bertukar perang dan masak sebelum 20 minit tersebut, tutup sius dan biarkan
roti masih di dalam oven hingga cukup masa 20 minit).
CREAM KASTARD
Bahan-bahan :
3/4 cawan susu segar
2 camca besar tepung kastard
2 camca besar gula halus
1 camca teh mentega
1/2 camca teh esen vanilla
Cara-cara :
1. Satukan susu, gula dan tepung kastard. Kacau
dengan whisk hingga semua sebati.
2. Masak atas api perlahan sambil terus mengacau
hingga sebati..jgn tlalu pekat...nti keras & susah tuk dipaipkan.
3. Angkat dari api, masukkan mentega dan esen
vanilla. Gaul rata dan biarkan suam sedikit baru piping ke ats roti.
No comments:
Post a Comment