Nuffnang Ad

Tuesday 13 March 2012

Kek Chiffon Oren

Beberapa hari lepas kak ruby buat chiffon pandan, sedap sangat lembut tak jemu makan....hari ini kak ruby try pula buat chiffon oren, lagi sedap rupa nya bau oren tu yang aduh, best nyer......resepi nya lebih kurang je..



CHIFFON OREN

Bahan-bahan
Bahan A
  • 6 biji kuning telur
  • ½ cawan minyak jagung
  • 2/3 cawan susu cair
  • ½ sudu kecil garam
  • 3/4 cawan gula halus
  • 2 sudu besar oren sunquick
  • 1 ½ cawan tepung gandum *diayak
  • 1 sudu kecil baking powder* diayak
Cara Bahan (A):
  1. Pukul kuning telur, gula dan garam sebentar atau sehingga sebati.
  2. Masukkan, minyak, susu cair dan oren sunquick kacau lagi.
  3. Masukkan tepung( yg telah diayak bersama baking powder) gaul sebati dan ketepikan dahulu.




Bahan B
  • 6 biji putih telur
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 sudu kecil cream of tatar
Cara Bahan (B):
  1. Pukul putih telur, gula dan cream of tatar sehingga jadi meringue
  2. Masukkan bahan B ke dalam bahan A sedikit demi sedikit guna spatula sahaja, cara kaedah kaup balik.
  3. Tuang adunan ke dalam periuk lubang...tak perlu di lenser.
  4. Setelah siap, hentakkan beberapa kali dan bakar selama 45-50 minit 175c
  5. Setelah masak, angkat kek dan terus terbalikkan di redai kek sehingga sejuk.
  6. Setelah sejuk, bolehlah di potong dan hidangkan.

1 comment:

  1. Cantik je jadi chiffon ni.pernah try buat tp tak jadi.😭 harap2 resepi ni menjadi lah ,tqqq😊

    http://ninafarhanawm.blogspot.my/?m=1

    ReplyDelete