PUDING KASIH BERTAUT (AGAR2 BERKACA)
resepi asal: Azlita Aziz
Bahan A :
10 gm agar2 serbuk
4 cawan air
1 cawan susu cair/santan
½ cawan gula
1 biji telur
pewarna pilihan sendiri
Cara :
Satukan serbuk agar2 bersama
air dalam periuk, masak hingga
mendidih. Masukkan gula kacau sebati.
Sementara itu bancuh telur
dengan susu cair pukul sebati. Kemudian tuangkan kedalam
agar2 tadi, kecilkan api dan terus kacau hingga masak serta pekat sikit.
Angkat dan bahagikan kpd beberapa bahagian yang disukai dan warnakan dengan
warna yang disukai, masukkan kedalam acuan yang juga pilihan sendiri.
Sejukkan dalam peti ais....bila dah keras keluarkan dari acuan, susunkan
pula dalam acuan yang besar....ketepikan.
Bahan B :
½ peket serbuk agar2
5 cawan air
¾ cawan gula
1 helai daun pandan
Cara :
Masak serbuk agar2 bersama
air dan daun pandan hingga mendidih, masukkan gula kacau hingga mendidih lagi,
bila sudah sebati, buangkan daun pandan.
Angkat dan tuangkan kedalam acuan agar2 yang siap disusun tadi.
Sejukkan dalam peti ais.
No comments:
Post a Comment