Nuffnang Ad

Sunday 18 March 2012

Donut


DONUT

Bahan :

500 gm tepung gandum
½ bungkus yis mauripan
30 gm tepung susu penuh krim
90 gm butter
30 gm gula halus
5 gm garam
7 gm baking powder (1 sudu kecil)
1 biji telur
1 cwn air (air bergantung pd mutu tepung)


Cara :
Gaulkan tepung, yis dan baking powder ketepikan.
Larutkan gula dlm air hingga hancur.
Satukan semua bahan dlm mangkuk tepung td, kecuali air letak sedikit demi sedikit semasa uli....Ulilah adunan sampai betul2 licin ( lebih kurang 10 – 15 minit).
Buatkan bentuk bulat2 ( setiap 1 bulat timbang 50 gm supaya sama besar) biarkan adunan ini selama 30 minit atau 2 kali ganda naik
 

.

Kemudian canai adunan, potong dgn pemotong donat, susun dalam dulang dan biarkan lagi selama 30 minit.
Boleh lah goreng hingga kuning keemasan atau hingga masak.
Angkat dan taburkan dgn gula halus atau coklat.

No comments:

Post a Comment