Nuffnang Ad

Sunday, 18 March 2012

Mee Bandung

Assalammualaikum......ari ni hari minggu, kak ruby teringat nak makan mee bandung tapi bukan mee bandung yang kat Johor tu....Mee bandung ni resepi keluarga, keluarga kakak kak ruby, iaitu kak tom ni dia lah punya resepi....Setiap hari raya kak tom akan masak mee bandung, semua orang suka, sama ada keluarga atau pun jiran tetangga semua suka dengan mee bandung kak tom.  Begitu juga dengan kak ruby sudah bertahun tahun kak ruby masak mee bandung ni, tak kira hari raya atau pun hari apa-apa, terasa nak makan terus kak ruby masak....sedap....Sewaktu kak ruby di Amerika dulu pun selalu kak ruby masak, lebih2 lagi di hari raya, kak ruby masak banyak untuk pelajar2 dan kawan2 disana.




MEE BANDUNG

Bahan :
1 kg mee kuning - dicelur
1 kg daging
700 gm keledek
1 botol tomato sos
20 gm cili kering (di blender)
3 biji buah tomato (di belah 4)

Bahan tumis
5 ulas bawang putih
2 biji bawang besar

Bahan untuk sayur
Gobis - dicelur
Sawi - dicelur
Cili merah – dipotong bulat
Telur rebus
Tauhu goreng
Bawang goreng



Cara :
Daging direbus – disimpan airnya untuk dijadikan kuah. Daging dipotong kecil-kecil.
Keledek juga direbus – bila dah empuk di blender halus.
Panaskan minyak, tumis bahan tumis bila naik bau masukkan cili blender, masak sampai cili betul2 masak dan naik minyak.
Kemudian masukkan air daging tadi (bleh tambah air biasa sekiranya air daging sikit) masukkan keledek, daging yang dipotong tadi, tomato sos, dan garam.  Biarkan ia mendidih masukkan buah tomato…Masak lah hingga ia masak dan menjadi pekat. Rasa secukupnya.



Cara hidang :
Dalam mangkuk, masukkan mee kuning, kuah dan letak bahan-bahan sayur. Dan juga telur rebus dan bawang goreng.


No comments:

Post a Comment