Nuffnang Ad

Thursday, 1 March 2012

Kuih Bakar Kelabu





KUIH BAKAR KELABU (KELEDEK + LABU)

Bahan:
250 gm keledek
350 gm labu
200 gm gula (bleh kurang atau tmbh)
250 santan atau susu cair
150 gm tepung gandum
60 gm tepung beras
3 biji telur (dipukul sbntar)
2 sudu besar minyak sapi atau butter
Secubit garam





Cara:
Rebus keledek dan labu dalam periuk berasingan. Lecek kedua duanya hingga lumat dan halus.
Kacau keledek bersama labu, gula, garam, santan atau susu, telur, tepung gandum, tepung beras dan butter di dalam mangkuk hingga sebati.
Masukkan dalam acuan yang telah dilengser dgn sedikit butter.
Bakar dengan api atas bawah pada suhu 170 selama 45 minit atau hingga masak.
Biarkan sejuk sebelum dipotong.

No comments:

Post a Comment