Nuffnang Ad

Monday 7 May 2012

Kek Kukus Oren Putih Telur

Semalam kak ruby dpt order untuk kek lapis sarawak, seperti semua tahu kek sarawak sememangnya pakai banyak telur merah.......jadi telur putih macam mana, dulu kak ruby buang begitu saja, tp skrg kak ruby dah pandai sikit kot.....kak ruby cari kat mana2 blog utk dptkan resepi telur putih.......rupa2 nya banyak guna nya telur putih ni,  bermacam macam resepi ada rupa nya, dalam banyak2 tu kak ruby terpikat dan tertarik dengan resepi ni dari blog citarasawan.....cantik sangat kek dia, tentu sedap, apa lagi kak ruby pun terus salin resepi dan mencuba........tapi sayang nya waktu kak ruby nak try, ada pula bahan tak cukup, kak ruby tak de mocha emulco, sedih kak ruby.....tapi tak pe idea kak ruby datang, kak ruby tukarkan kpd oren emulco dan pewarna kuning........hasil nya tu lah dia sprt dalam gambar, sedap sangat lembut dan gebu....terima kasih citarasawan, maaf ye kak ruby dah tukar warna dan rasa.    



KEK KUKUS OREN PUTIH TELUR

Bahan A:
525 ml putih telur
400 gm gula pasir (kak ruby ltk 200 gm je)
1 sudu besar ovelette
1 sudu teh garam
1 sudu the baking powder

Bahan B :
250 gm tepung gandum
50 gm serbuk santan

Bahan C :
100 ml santan pekat (kak ruby ltk susu cair)
1 sudu teh esen vanila
90 gm mentega cair
2 sudu besar susu pekat manis

Bahan D :
1 sudu besar coklat emulco (kak ruby ltk oren emulco)
½ sudu besar mocha emulco (kak ltk pewarna kuning)

Loyang 8 atau 9in


 

Cara :
Bahan A, Putar semua bahan A dengan kelajuan tinggi hingga menjadi putih dan kental.
Masukkan bahan B dengan cara kaup balik hingga rata, kemudian masukkan bahan C kaup balik juga hingga rata.
Bahagikan kepada 3 bahagian, biarkan sama sukatannya......satu bahagian coklat, satu bahagian mocha, dan satu lagi adunan asal.
Panaskan pengukus, kukus adunan coklat dahulu selama 10 minit, diikuti adunan mocha juga 10 minit dan akhir sekali kukus adunan asal, tutup dengan aluminium foil dan kukus selama 20 minit atau hingga masak.



3 comments:

  1. salam
    nak panggil akk kew nie..entah2 adik..he hhee dah amik resepi tue..thnks yer..dan dh follow blog tue..happy cooking:)

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum!
    cantik mnwan & trtawan d buatnya. msti rasa sdp wlaupun d tkr warna & rasa. tks share resepi. chekiah pn nk try test buat juga lah!.

    ReplyDelete
  3. waalaikumsalam
    zila & chekiah.....kak ruby jwb 2 dlm 1 lah ye, utk zila panggil je kak ruby, mmng dah akak pun hehehe...tksh kerana bertandang ke kayumaniskorner563...klu boleh jenguk2 lah lg ye.
    utk chekiah pula tksh bnyk2 diatas pijian tp jgn bnyk2 sngt tau...nnti tak jd nak masak pula kak ruby ni, hehehe.

    ReplyDelete