Nuffnang Ad

Monday 2 February 2015

Pau Labu yg sangat gebu

Assalammualaikum, kali ni kak ruby buat pau labu pula, sememangnya dah lama kak ruby nak buat tapi penyakit malas yang menjadikan tertangguh-tangguh, kali ni kak ruby kuat kan jugak dek kerana teringin sangat nak makan......alhamdulillah pau jadi dengan baik sangat tak banyak masalah warna cantik dan gebu je, rasa nya apa lagi mesti lah sedap........terima kasih Chek Gu Besar tapi kak ruby minta maaf banyak2 sebab kak ruby ubah sikit resepi dengan cara kak ruby.

PAU LABU

Bahan
1 1/2 cwn tepung pau - kak ruby letak 2 cwn (tepung gandum pun boleh)
2 sudu besar susu tepung - kak ruby tak letak
1 cawan labu yg telah direbus & dilenyek
1 sudu teh yis segera - kak ruby letak 2 sudu teh
1/2 sudu teh bread improver - kak ruby tak letak
1 sudu besar bread softener
1 sudu besar marjerin/shortening
secubit garam
1/2 cwn air sejuk - kak ruby tak letak
*inti kegemaran masing2, secukupnya





Cara
Masukkan semua bahan kecuali air dan garam kedalam mixer bowl, masukkan air jangan habiskan. ini kerana kandungan air dalam labu mempengaruhi jumlah air yg perlu dimasukkan.
Cara kak ruby yg tidak letak air.....campurkan yis segera dengan sedikit air suam hingga berbuih,
Satukan semua bahan dalam bekas besar, masukkan yis yg sudah berbuih tadi, uli bersama shortening hingga menjadi doh yang lembut.  Perapkan selama 30 minit atau hingga naik 2 kali ganda, tumbuk2kan utk keluarkan angin.
Kemudian bahagikan doh kepada beberapa bahagian atau ketul, masukkan inti, bentukkan bulat dan biarkan lagi selama 15 minit, kukus  hingga masak.

3 comments:

  1. sedapnyaaa....nnti nk cuba la :D

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum

    emmmm yummy... selalu beli jer pau...

    ReplyDelete
  3. Assalam... comelnya.. naik bulat... baca cara buat pun mcm sgt sedap penuh dgn kasih syg..
    Buat laa frozen mini pau labu kak ruby.. boleh saya order.

    ReplyDelete