Nuffnang Ad

Tuesday, 10 April 2012

Kuih Kaswi

Assalammualaikum...... kak ruby baru siap buat kuih kaswi, untuk minum petang ni, sedap pula minum dengan teh O panas2...cuaca kat luar tu sejuk, awan hitam je nak hujan, ada setengah tempat dah hujan pun, guruh pun ada berdentum bunyi.....mesti lebat hujan nanti, sejuk nya....tak pe lah air teh kak ruby panas.





 KUIH KASWI

 Bahan-bahan :
 1 cawan gula
 1 cawan gula merah
 5 cawan air
 1 1/2 cawan tepung gandum
 1/2 cawan tepung ubi
 1/2 cawan tepung beras
 2 sudu besar air kapur
 Daun pandan
Kelapa parut + garam



Cara-cara :
Gunakan 2 cawan air untuk masak gula pasir, gula merah dan daun pandan. Masak hingga gula larut. Ketepikan. 3 cawan air yg berbaki masukkan ke dalam bancuhan air gula, masukkan juga 3 jenis tepung dan air kapur.
Kalau hingga sebati dan tapis. Masukkan dalam loyang atau acuan kecil2 yang telah disapu dgn sedikit minyak.
Kukus lah hingga masak.
Sejukkan kuih baru dikeluarkan dari acuan.  Hidang bersama kelapa parut.

Monday, 9 April 2012

Peria Ombak Rindu

Sekarang ni musim ombak rindu.....jadi terbawak-bawak pula pada resepi, hehehehe saja je....selepas masak tadi,  tak tau pula apa kak ruby nak letak nama masakan peria ni...kak ruby namakan lah peria ombak rindu......kebetulan pula pinggan pun berombak.


PERIA OMBAK RINDU

Bahan
1 biji peria (dipotong serong)
½ biji bawang besar (dihiris halus)
2 ulas bawang putih (dihiris halus)
4 biji cili merah*
4 biji cili padi*
5 gm udang kering*
(*di tumbuk halus)
1 biji bawang besar (dipotong bulat)
Garam dan sedikit kunyit
1 cawan air

Cara
1.     Panas kan minyak, tumis bawang yg dihiris halus sampai naik bau, masukkan bahan yang bertanda *. Kacau rata. Masukkan air, garam, gula dan kunyit. Biarkan mendidih.
2.     Masukkan peria, masak hingga peria agak lembut sedikit, masukkan bawang besar yang dipotong bulat. Biarkan hingga kering sedikit, rasa masin, manis. Tutup api.

 

Tips:
Untuk elakkan peria dari rasa pahit....setelah dipotong rendamkan sekejap bersama 1 sudu gula dan 1 sudu garam, insyaAllah peria tak kan pahit.

Sunday, 8 April 2012

Bawal Kukus Sweet Sour

Resepi sweet sour ni sengaja kak ruby buat dengan cara ikan bawal dikukus, tidak seperti selalu nya di goreng.......kak ruby rasa nak kurangkan sikit bab goreng2 ni dalam resepi untuk diri kak ruby sendiri, ialah demi kesihatan kononnya.....



BAWAL KUKUS SWEET SOUR

Bahan Untuk Kukus
2 ekor ikan bawah (dicuci bersih dan gaul garam)
2 batang serai (diketuk2 sikit)
2 inci halia (dihiris halus)
1 biji bawang besar (di potong besar)
1 biji lemon (dibelah 2, diperah air)

Semua bahan diatas dikukus hingga ikan masak.  Ketepikan.


Bahan Untuk Kuah
3 ulas bawang putih*
1 biji bawang besar*
(* ditumpuk halus)
½ cawan cili sos
½ cawan tomato sos
1 ½ cawan air
½ batang carrot (dipotong memanjang)
1 biji cili kapal, hijau, merah & kuning (dipotong memanjang)
2 biji buah tomato (dibelah 4)
Garam
Gula

Cara :
Panaskan minyak, tumis bahan yang ditumbuk halus hingga naik bau.
Masukkan air, cili sos, tomato sos biar hingga mendidih, masukkan carrot, garam dan gula.  Biarkan hingga carrot lembut sedikit masukkan cili kapal, gaul kacau sebati rasa manis masam nya, tutup api.  Dan tuang dalam ikan kukus tadi.


Kuih Lompang




KUIH LOMPANG

Bahan
1 1/2 cawan tepung beras
1 sudu makan tepung ubi
1 sudu kecil air kapur
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan gula merah
2 cawan air dan 1 helai daun pandan
(kelapa parut putih + secubit garam + daun pandan simpul-kukus kejap)
 













cara 
 Satukan gula melaka dan gula pasir dalam periuk,  kemudian masukkan 1 cawan air bersama daun pandan, masak atas api kecil hingga gula larut,  sejukkan dan ketepikan.
Satukan tepung beras dan tepung ubi,  tuang 1 cawan yang berbaki dan  air kapur gaul rata. Kemudian tuangkan air gula yang telah sejuk tadi,  gaul hingga sebati.
Tapis adunan dan tuang dalam acuan lompang yang telah disapu dengan sedikit minyak.
Kukus 10 minit atau hingga masak.
Hidang bersama kelapa parut yang telah dikukus tadi

Saturday, 7 April 2012

Pizza Mama

Biasa lah di hari-hari minggu begini, selalu nya jarang kak ruby masak.....samada makan kat luar atau pun kak ruby masak yang ringkas2 je, pagi ini Sibu hujan, tapi tidak lah lebat, hanya gerimis je......walaupun hanya gerimis kak ruby malas nak keluar, rasa lebih privacy pula makan bersama suami dan seorang anak dirumah.....entah lah rasa nya lebih membahagiakan.....pizza lah jadi pilihan kami 3 beranak.  Senang, ringkas dan sedap, yang lebih penting sekali hasil air tangan sendiri. Kebersihan pun terjamin......hehehehe 


PIZZA MAMA

Bahan:
300 gm tepung gandum
11 gm yis kering
5 gm gula halus
10 gm marjerin
120 ml air
½ sudu kacil garam
3 sudu besar tomato puree

Bahan Untuk Filling
5 batang sosej ayam (dipotong bulat)
1 tin nenas (dipotong dadu)
1 biji cili kapal (dihiris nipis)
5 sudu besar mayonis
5 sudu besar mozzarella cheese 

 


 Cara :
1.     Campurkan tepung, yis, gula dan garam. Gaul hingga rata.
2.     Masukkan marjerin dan gaul-gaulkan. Masukkan air sedikit demi sedikit.
3.     Uli hingga lembut. Biarkan doh seketika selama 30 minit.
4.     Tumbuk doh supaya angin keluar. Bahagikan kepada 2 bahagian dan bentukkan bulat. 

5.     Canaikan doh, cucuk doh dengan garfu, sapukan sedikit tomato puree dan letakkan semua bahan ’filling’ diatasnya.
6.     Susun sosej yang telah dipotong nipis dan paipkan mayonis.
7.     Bakar selama 20 minit pada suhu 160c, keluarkan dan tabur 1 sudu besar mozzarella cheese di atas. Bakar semula selama 10 minit.
8.     Keluar dari oven dan sedia untuk dihidangkan.

Friday, 6 April 2012

Kek Lapis Lady Gaga

Semalam Sarawak cuti umum....Hari Good Friday kata orang sini, kak ruby pun ambil kesempatan pergi ke kelas, untuk belajar buat kek lapis sarawak, ialah sementara jadi orang sarawak ni kena lah kutip segala ilmu yang termampu, untuk bawak balik ke Semenanjung nanti.......semalam belajar buat kek lapis lady gaga, cantik dan rasanya pun sedap.
 
KEK LAPIS LADY GAGA
(resepi: kelas belajar kek lapis)


Bahan A:
15 biji kuning telur
5 biji putih telur
200 gm gula halus
230 gm tepung hong kong
1 sudu mkn oveallte
1 sudu kecil baking powder

Bahan B:

480 gm buttercup
1 tin kecil kaya
½ tin susu pekat manis

Bahan C:
50 gm serbuk coklat
500 gm biskut tunjuk
Pewarna merah/pink
Perasa coklat

Cara Membuatnya:
Pukul bahan A hingga kembang. Dalam bekas lain, pukul pula bahan B hingga kembang juga.  Satukan bahan A dan bahan B gaul rata.
Kemudian bahagikan kepada 2 bahagian.  Satu bahagian dimasukkan serbuk coklat dan paste coklat, ini untuk bahagian bawah dan atas.
Satu bahagian lagi masukkan warna merah/pink, ini untuk lapisan tengah kek.

Bakar warna coklat selapis selapis, sebanyak 5 lapis. Kemudian masukkan  warna merah, susun biskut tunjuk, bakar hingga masak, masukkan warna merah lg dan susun biskut lagi, buatlah proses ini hingga adunan merah habis. Bakar dan lapis lagi warna coklat sampai habis.  Bila dah masak…tunggu sejuk dulu baru boleh dipotong.    




Thursday, 5 April 2012

Pancake Kelapa

Assalammualaikum....salam hari Jumaat pada semua, hari ni di Sarawak dan Sabah hari cuti umum....kata orang sini hari Good Friday, entah lah kak ruby pun kurang arif.....jadi kak ruby pun bangun lewat sikit, apa lagi cari resepi yang senang2 dan cepat je lah untuk sarapan, tengok kelapa ada...terus datang idea nak buat lempeng kelapa tapi lempeng keras, nanti semua tak nak makan pula....nak bagi lembut sikit masukkan baking powder buat cara pancake....jadi lah pancake....  



PANCAKE  KELAPA  

Bahan:
60 ml marjerin (dicairkan)
100 ml air
200 gm tepung naik sendiri
50 gm gula halus
60 gm kelapa parut (putih)
2 biji telur (asingkan kuning dgn putih)
½ sudu kecil garam



Cara :
Masukkan kesemua bahan kedalam mangkuk, kecuali putih telur.
Kacau hingga BETUL2 sebati.  Putih telur dipukul hingga kembang dan gebu, kemudian masukkan kedalam adunan tadi, sebatikan juga.

Panaskan kuali. lengser sedikit dgn marjerin, ambil 1 sudu besar adunan masukkan dalam kuali, ratakan sedikit ...biarkan masak hingga permukaannya berbuih atau berlubang-lubang baru balikkan dan angkat.
Ulangi proses ini hingga adunan habis, hidang panas-panas dgn madu atau apa saja yang disukai.