Nuffnang Ad

Sunday, 18 March 2012

Donut


DONUT

Bahan :

500 gm tepung gandum
½ bungkus yis mauripan
30 gm tepung susu penuh krim
90 gm butter
30 gm gula halus
5 gm garam
7 gm baking powder (1 sudu kecil)
1 biji telur
1 cwn air (air bergantung pd mutu tepung)


Cara :
Gaulkan tepung, yis dan baking powder ketepikan.
Larutkan gula dlm air hingga hancur.
Satukan semua bahan dlm mangkuk tepung td, kecuali air letak sedikit demi sedikit semasa uli....Ulilah adunan sampai betul2 licin ( lebih kurang 10 – 15 minit).
Buatkan bentuk bulat2 ( setiap 1 bulat timbang 50 gm supaya sama besar) biarkan adunan ini selama 30 minit atau 2 kali ganda naik
 

.

Kemudian canai adunan, potong dgn pemotong donat, susun dalam dulang dan biarkan lagi selama 30 minit.
Boleh lah goreng hingga kuning keemasan atau hingga masak.
Angkat dan taburkan dgn gula halus atau coklat.

Mee Bandung

Assalammualaikum......ari ni hari minggu, kak ruby teringat nak makan mee bandung tapi bukan mee bandung yang kat Johor tu....Mee bandung ni resepi keluarga, keluarga kakak kak ruby, iaitu kak tom ni dia lah punya resepi....Setiap hari raya kak tom akan masak mee bandung, semua orang suka, sama ada keluarga atau pun jiran tetangga semua suka dengan mee bandung kak tom.  Begitu juga dengan kak ruby sudah bertahun tahun kak ruby masak mee bandung ni, tak kira hari raya atau pun hari apa-apa, terasa nak makan terus kak ruby masak....sedap....Sewaktu kak ruby di Amerika dulu pun selalu kak ruby masak, lebih2 lagi di hari raya, kak ruby masak banyak untuk pelajar2 dan kawan2 disana.




MEE BANDUNG

Bahan :
1 kg mee kuning - dicelur
1 kg daging
700 gm keledek
1 botol tomato sos
20 gm cili kering (di blender)
3 biji buah tomato (di belah 4)

Bahan tumis
5 ulas bawang putih
2 biji bawang besar

Bahan untuk sayur
Gobis - dicelur
Sawi - dicelur
Cili merah – dipotong bulat
Telur rebus
Tauhu goreng
Bawang goreng



Cara :
Daging direbus – disimpan airnya untuk dijadikan kuah. Daging dipotong kecil-kecil.
Keledek juga direbus – bila dah empuk di blender halus.
Panaskan minyak, tumis bahan tumis bila naik bau masukkan cili blender, masak sampai cili betul2 masak dan naik minyak.
Kemudian masukkan air daging tadi (bleh tambah air biasa sekiranya air daging sikit) masukkan keledek, daging yang dipotong tadi, tomato sos, dan garam.  Biarkan ia mendidih masukkan buah tomato…Masak lah hingga ia masak dan menjadi pekat. Rasa secukupnya.



Cara hidang :
Dalam mangkuk, masukkan mee kuning, kuah dan letak bahan-bahan sayur. Dan juga telur rebus dan bawang goreng.


Saturday, 17 March 2012

Rojak Buah Pak Long

Kak ruby percaya semua orang suka rojak...dan rojak pula ada bermacam-macam rojak, salah satu nya rojak buah, kak ruby suka rojak buah....sebenarnya rojak buah ni sama je, cuma kuah nya yang membezakan kesedapan rasa rojak. Kuahnya pula ada bermacam-macam resepi, yang kita boleh dapati......Tapi bagi kak ruby ada satu resepi kuah rojak yang kak ruby suka sangat....iaitu kuah Rojak Pak Long, rasanya memang sedap.
 



ROJAK BUAH PAK LONG

Bahan :
 ½ biji nenas
1 biji timun
1 biji sengkuang
2 biji epal hijau
5 biji jambu air
Kuah rojak Pak Long
Kacang tanah digoreng dan ditumbuk halus
Bijian secukupnya



Cara :
Semua buah potong kasar.
Gaulkan semua buah yang dipotong dalam mangkuk besar, kemudian campurkan kuah rojak Pak Long, gaul bagi sebati semua.
Taburkan kacang tanah dan bijian diatas buah-buahan.
Boleh lah dihidangkan.


Friday, 16 March 2012

Epal Delight

xx



EPAL DELIGHT

Bahan :
125 gm mentega
125 gm gula halus
250 gm tepung gandum
700 gm epal hijau
3 biji telur
3 sudu besar susu cair
3 titik jus lemon
1 sudu kecil baking powder
½ sudu kecil esen vanila



Cara :
Pukul mentega dan gula hingga kembang.  Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus dipukul.
Masukkan jus lemon, esen vanila dan susu cair pukul lagi sebatikan.
Masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder.  Gaul hingga rata.
Epal hendaklah dibuang kulit dan kemudian belah jadikan lapan keping setiap biji.
Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit mentega, dan aturkan potongan epal.


Bakar selama 50 minit atau hingga masak dengan suhu 175c ikut kepanasan oven masing-masing.


Thursday, 15 March 2012

Puding Roti

xx



PUDING ROTI

 Bahan-bahan
  4 keping roti
 2 biji telur
 1/2 cawan susu pekat
 170 ml susu cair
 8 gm serbuk agar-agar
 1/2 cawan gula
 2 sudu besar butter dicairkan
 3 1/2 cawan air (guna cwn biasa 230 ml)
2 sudu besar serbuk koko
(saya tambah choc emulco)
 pewarna pilihan sendiri
(bleh lebih dari 2 warna)


 
Cara membuatnya:
  1. Didihkan 3 cawan air, serbuk agar-agar dan gula kedalam periuk.
  2. Blend roti, telur, susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan kedalam periuk agar2 yg sudah didih tadi.
  3. Masukkan butter dan kacau rata sampai mendidih..matikan api.
  4. Bahagikan kepada 2 bahagian, satu bahagian warna asal, dan satu bahagian lagi warna koko campur choc emulco.
  5. Tuang kedalam loyang secara berselang seli...sesenduk demi sesenduk, sesenduk warna asal, sesenduk warna koko, ulangi sehingga habis..(ketika melapis hendaklah dgn cepat sebab puding ni, mudah sejuk dan membeku.
  6. Bila siap, bolehlah disimpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam dan enak dimakan ketika sejuk.

Wednesday, 14 March 2012

Kek buah - Bakar

Salah satu kek yang kak ruby paling suka....kek buah...entah kenapa kak ruby suka sangat, seingat kak ruby, dulu-dulu kek buah ini mahal, Dulu kak ruby beli saiz kecil je, sebab mahal...... mungkin waktu dulu kek buah cara masaknya hanya kukus saja. Kukus pula sampai berjam-jam......Tapi sekarang sudah ada kek buah yang cara bakar,  kak ruby pun cari lah resepi dan belajar....... bagi diri kak ruby,  kak ruby lebih suka cara bakar sebab lebih mudah dan ringkas, rasa nya pun tidak kurang sedapnya......



KEK BUAH  - BAKAR

Bahan :
200 gm tepung naik sendiri
200 gm mentega
80 gm gula halus
4 biji telur gred A
350 gm buah campuran (dlm kotak)
100 gm madu
1 sudu kecil esen vanilla

Cara :
Pukul gula dengan mentega hingga sebati, tak perlu lama sangat.
Kemudian masukkan telur satu persatu pukul sehingga sebati, masukkan esen vanila.
Setelah sebati masukkan tepung sedikit demi sedikit pukul lagi hingga nampak berkrim sedikit. Masukkan madu dan buah campuran gaul sebati.
Masukkan kedalam loyang yang telah disapu mentega dan ditabur dengan sedikit tepung.
Bakar pada suhu 160c selama 45 minit atau hingga masak.

* Taburkan sedikit tepung ke dalam buah campuran, gaul rata…ini supaya buah campuran tidak tenggelam ke bawah.  

Tuesday, 13 March 2012

Kek Chiffon Oren

Beberapa hari lepas kak ruby buat chiffon pandan, sedap sangat lembut tak jemu makan....hari ini kak ruby try pula buat chiffon oren, lagi sedap rupa nya bau oren tu yang aduh, best nyer......resepi nya lebih kurang je..



CHIFFON OREN

Bahan-bahan
Bahan A
  • 6 biji kuning telur
  • ½ cawan minyak jagung
  • 2/3 cawan susu cair
  • ½ sudu kecil garam
  • 3/4 cawan gula halus
  • 2 sudu besar oren sunquick
  • 1 ½ cawan tepung gandum *diayak
  • 1 sudu kecil baking powder* diayak
Cara Bahan (A):
  1. Pukul kuning telur, gula dan garam sebentar atau sehingga sebati.
  2. Masukkan, minyak, susu cair dan oren sunquick kacau lagi.
  3. Masukkan tepung( yg telah diayak bersama baking powder) gaul sebati dan ketepikan dahulu.




Bahan B
  • 6 biji putih telur
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 sudu kecil cream of tatar
Cara Bahan (B):
  1. Pukul putih telur, gula dan cream of tatar sehingga jadi meringue
  2. Masukkan bahan B ke dalam bahan A sedikit demi sedikit guna spatula sahaja, cara kaedah kaup balik.
  3. Tuang adunan ke dalam periuk lubang...tak perlu di lenser.
  4. Setelah siap, hentakkan beberapa kali dan bakar selama 45-50 minit 175c
  5. Setelah masak, angkat kek dan terus terbalikkan di redai kek sehingga sejuk.
  6. Setelah sejuk, bolehlah di potong dan hidangkan.