Nuffnang Ad

Thursday, 12 March 2015

Lala Tumis Pedas

Assalammualaikum, hari ni kak ruby tak buat kuih untuk minum petang, malas kot hihihi.......jadi terpaksa lah jugak publish lauk untuk makan hari ni dalam kayumaniskorner, resepi kali ni kak ruby ambil dari buku chef Hanieliza, "101 resepi menggunakan Pemanggang Ajaib" terima kasih chef, maaf ye kak ruby tambah2 sikit bahan ikut selera kak ruby dan agak kering sikit kak ruby masak sebab kak ruby lebih suka begitu.....apa2 pun memang senang masak menggunakan pemanggang ajaib ni,  sekali lagi terima kasih chef Hanieliza


LALA TUMIS PEDAS

Bahan
1 kg lala segar
5 biji cili padi - kak ruby tambah 1 sudu mkn cili kisar
5 biji bawang merah - dikisar kasar
3 ulas bawang putih - dikisar kasar
3 sudu mkn minyak masak
1 pokok daun sup - dipotong pendek (kak ruby tak letak)
garam secukup nya


Cara
Rendam lala selama 1 jam dan bilas.
Panaskan minyak masak didlm pemanggang ajab dengan api sederhana dan tumiskan bahan kisar hingga wangi.
Masukkan lala dan garam, kacau rata, tutup pemanggang ajaib dan masak selama 5 minit.
Tutup api dan buka pemanggang ajaib, taburkan daun sup.
Hidangkan.

Wednesday, 4 March 2015

Roti serat (roti wholemeal)

Assalammualaikum, tepung serat yang berbaki masih ada lagi, kak ruby tak tau nak buat kuih apa...tiba2 datang idea nak buat roti serat macam roti gardenia yang selalu kak ruby makan tu, cari resepi tak juga jumpa2, jadi kak ruby buat lah resepi sendiri berpandukan resepi roti yang ada dalam simpanan, sapa punya resepi kak ruby dah lupa, kalau tak silap resepi tok mak kot, cuma kak ruby tambah tepung wholemeal 250g dan buang tepung roti 250g.  Maka terjadi lah roti serat kak ruby.......hihihi hasilnya lembut sangat dan sedap.....yahoooooo!!!!!!!!!!


ROTI SERAT

Bahan 
250 g tepung high protein /tepung gandum /tepung roti

250 g tepung wholemeal (serat tinggi)
- 1 biji telur - pukul2 bhgi 2
- 3/4 cawan gula
- 1sdb susu tepung
- 2sdb susu pekat
- 2sdb marjerin
- 1sdb shortening
- 1peket mauripan (11g)

*campurkan susu pekat + 1/2 telur je + tmbh air, jdkan 300ml semua sekali.


















 Cara 
1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk adunan dan uli hingga licin lebih kurang 20 minit.
2. Tutup dengan wrappers dan biar naik selama 45 minit atau naik 2 kali ganda.
3. Tumbuk doh perlahan utk mengeluarkan udara yg terperangkap dan uli selama 1/2 minit.
4. Bentukkan menjadi bebola yang setiap satunya seberat 30 gm.
5. Susunkan ke dlm loyang yang telah digriskan. Tutup lagi dan biar naik lagi selama 40 minit. 
6. Tepi2 loyang pun griskan la jugak supaya roti tak melekat nanti lepas bakar. Kalau tak nak griskan loyang dan nak lapik dgn aluminium foil pun boleh..
7. Sapukan telur yg telah dipukul ke atas roti (tadikan kita guna 1/2 biji saja utk masuk ke dlm adunan, so yg 1/2 baki lagi tu gunalah utk tujuan ini).
8. Bakar pada suhu 180C selama 20 minit

Tuesday, 3 March 2015

Laksam


LAKSAM

Bahan
3 cwn tepung beras
1/2 cwn tepung gandum
4  3/4 cwn air suam
3 sudu besar minyak masak
sedikit garam

Cara
Campur semua bahan2 diatas sehingga sebati, ketepikan
Panaskan periuk kukusan, sediakan loyang atau tudung periuk aluminium, sapukan dengan sedikit minyak masak.  Kemudian masukkan bancuhan tepung tadi kedalam loyang (kak ruby letak 2 senduk, ini terpulang pada besar kecil loyang atau tudung periuk yg digunakan) kukus selama 5 minit.  Bila dah masak angkat dan sejukkan sekejap baru keluarkan dari loyang dan terus gulung.
Kukus lagi hingga adunan habis.

Kuah Laksam
Bahan
4 ekor ikan kembung - cuci bersih dan direbus.
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 kotak santan + 1 kotak air
1/2 sudu besar lada hitam - ditumbuk halus
4 keping asam keping
1 inci halia
sedikit belacan
garam dan gula secukupnya





















Cara
Ikan yang rebus, ambil isi nya dan air rebusan.
Bawang besar, bawang putih, halia dan belacan dikisar bersama isi ikan, masukkan juga sedikit air rebusan ikan dalam blender supaya senang untuk di blend.
Dalam periuk masukkan santan, air rebusan ikan, lada hitam, asam keping, garam dan gula.  Masak hingga mendidih dengan api sederhana.

Untuk ulam
kacang panjang - dihiris bulat
timun - dipotong panjang
tauge

Untuk sambal
cili merah
cili padi
sedikit belacan dan garam
Semua bahan ini dikisar/ditumbuk halus.  
  

Thursday, 26 February 2015

2 resepi kerabu rumpai laut

Assalammualaikum, ni hari jumaat punya cerita...terlambat sikit hihihi sibuk kak ruby ni, hari ni baru dapat publish dalam kayumaniskorner........kawan anak kak ruby dari Sabah, bagi banyak jugak rumpai laut,  memang sebelum ni kak ruby belum pernah makan malah masak pun tak pernah rumpai laut.......apa lagi google lah kak ruby cari apa kebaikkan rumpai laut....rupa2nya banyak khasiat dan kebaikkan rumpai laut ni....ada 20 khasiat....panjang lah pula kalau satu persatu kak ruby nak cerita kat sinikan.  Nanti pandai2 lah cari sendiri ye......ada 2 resepi kak ruby buat, lain2 bahan nya....kedua-dua resepi ni sedap...sapa nak kolagen asli dari rumpai laut boleh cuba resepi ni.


KERABU RUMPAI LAUT (resepi pertama)

Bahan
1 mangkuk rumpai laut
1 biji timun - potong menamjang
1 biji bawang besar - potong nipis bulat2
2 biji cili merah/cili padi - potong kecil2
2 biji cili hijau - potong kecil2
1 biji buah tomato - potong kecil2
sedikit udang kering - goreng sekejap dan ditumbuk
4 biji limau kasturi - ambil jus
cuka, dan garam secukupnya rasa.







ini rumpai laut selepas diredam dan belum dicampur apa2.








Cara
Rumpai laut dicuci bersih dan direndam semalaman, kemudian potong pendek.
Campurkan dan gaul rata semua bahan2 yang disediakan.
Hidangkan bersama nasi.

KERABU RUMPAI LAUT (resepi kedua)


Bahan
Semangkuk rumpai laut (yang sudah direndam semalaman)
(dibersihkan dan dipotong kasar)
5 sudu besar kelapa parut putih (ditumbuk lumat)
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1 biji bawang besar (dipotong halus)
1 sudu kecil lada hitam
5 sudu besar kelapa goreng (dijadikan kerisik)

Cara:
Gaulkan semua bahan di atas bersekali dengan rumpai laut.
Boleh dihidangkan.

Friday, 20 February 2015

Bubur Pulut Hitam



BUBUR PULUT HITAM

Bahan 
1 cawan pulut hitam (cuci dan rendam, 1 jam)
1/2 cawan gula pasir
2 helai daun pandan (disimpul)
1 cawan susu cair
1/2 cawan santan pekat
Secubit garam


 



















Cara
Rebus pulut hitam dengan air secukupnya hingga kembang.
Kemudian masukkan susu cair, gula, daun pandan dan garam.  Masak hingga mendidih dan dikacau hingga semua nya sebati. Tutup api.
Untuk kuah
Panaskan santan pekat dan garam, didih je tutup api.
Boleh dihidangkan bersama pulut hitam. 

Thursday, 19 February 2015

Kek Lapis Green Tea

Assalammualaikum,  kak ruby minta maaf banyak2 pada tuan asal resepi kek marble green tea, sbb kak ruby tukar pula pada kek lapis green tea, pada hal resepi nya sama je......hihihi sebenarnya kak ruby tak pandai nak buat marble tu, pusing punya pusing tak jugak menjadi, maka akhir nya jadi lah lapis green tea.


KEK LAPIS GREEN TEA

Bahan
120 gm tepung gandum
120 gm gula halus
140 gm mentega
60 gm serbuk badam
2 biji telur
2 sudu besar serbuk green tea
2 sudu besar air panas
1/2 sudu teh baking powder


Cara
Satukan serbuk green tea dengan air panas dan kacau rata hingga menjadi paste, ketepikan.
Ayak tepung gandum bersama baking powder, campurkan serbuk badam dan gaul rata, ketepikan.
Putar mentega dan gula hingga putih, masukkan telur satu persatu dan terus memutar hingga adunan kembang.  Pada speed perlahan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata.
Ambil 1/3 adunan, campurkan dengan green tea yang sudah menjadi paste tadi, gaul sebati.
Dalam loyang yg telah disapu sedikit mentega dan dialas dengan kertas, tuangkan adunan kosong dan diikuti dengan adunan green tea, Kemudian pusing dengan chopstick untuk mendapatkan bentuk marble.  (cara kak ruby senang,  lapis je warna asal dengan warna hijau green tea tu, kemudian bakar)
Bakar selama 45 minit atau hingga masak dengan suhu 170c bergantung pd oven masing2 lah ye.

Wednesday, 18 February 2015

Agar2 koko bintik horlicks

Assalammualaikum, terlebih dahulu kak ruby ucapkan terima kasih pada syapex kitchen diatas resepi agar2 yang sedap ni.....tapi sayang seribu kali sayang,  waktu kak ruby tengah masak agar2 tu baru kak ruby sedar yang stok simpanan koko kak ruby dah habis, nak p beli pun agar2 sudah atas api.......milo lah jadi penyelamatnya untuk gantikan koko......rasa nya masih lagi sedap, sangat lah sedap apa lagi dengan cuaca panas sekarang ni bertambah-tambah sedap nya,  hihihi cuma rupa nya lah malap sikiiiiiiit.
AGAR-AGAR  KOKO BINTIK HORLICKS

Bahan
13 gm serbuk agar2
220 gm gula
1.1 liter air
400 gm susu ideal
3 sudu besar serbuk koko
2 susu besar susu pekat
4 sudu besar horlicks (bersamaan 1/4 cwn)

Cara
Didihkan serbuk agar2 dan air sehingga larut.  Masukkan gula dan masak sehingga gula larut. Masukkan susu ideal dan biarkan mendidih.
Bahagikan kepada 2 bahagian yg sama banyak.  masukkkan koko dan susu pekat ke dlm satu bahagian dan satu bahagian lagi masukkan horlicks.
Tuangkan adunan horlicks kedlm 8" persegi dan biarkan beku. Potong sebesar 1 cm kiub dgn pisau bergerigi,




















Tuangkan bahagian koko kedlm bekas 8" persegi atau acuan pilihan sendiri, dan taburkan ketulan2 horlicks tadi.  Biarkan sejuk agar2 sejuk sepenuhnya sebelum dimasukka kedlm peti sejuk.