Nuffnang Ad

Saturday, 19 September 2015

Apam Mawar



APAM MAWAR
resepi asal: Citarasawan

Bahan
250 gm tepung gandum
 1/4  sudu teh baking powder
150  gm gula kastor
2  biji telur A
1/2  sudu teh ovallet
200 ml  susu cair 
50 ml minyak masak
1/4  sudu teh  garam
Pewarna & perisa yang disukai

Acuan Mawar  -  gris dengan sedikit minyak















Cara
Ayakkan tepung gandum, garam dan baking powder.
Pukul telur, gula dan ovallet sehingga putih dan gebu.  Masukkan tepung berselang-seli dengan susu cair sambil diputar sehingga bergaul rata.
Masukkan minyak, gaul rata dan bahagikan kepada 2 bahagian sama rata. Kemudian masukkan perisa dan pewarna pilihan.
Tuangkan ke dalam acuan 3/4 penuh.


 Kukus selama 10-15 minit dengan api perlahan supaya tidak merekah.

Sunday, 13 September 2015

Dangai

Assalammualaikum, ini kali yang ketiga kak ruby buat kuih kesukaan kak ruby ni, selalu nya kak ruby beli je kat pasar malam........kali pertama dan kedua kak ruby buat guna acuan dangai yang biasa tu, yang macam kat pasar malam, kak ruby beli acuan dangai kat pekat rabu, Alor Star....tapi sedih, hasil kerja kak ruby tu tak menjadi sangat, sekadar boleh makan je lah.........bila cari2 kat blog kawan2 terjumpa cara buat kuih dangai guna toster, kak ruby pun try lah petang semalam, wow menjadi,  sedap sangat dan mudah je.......terima kasih pada yang memberi idea baru ni.
 

Kuih Dangai 

 Bahan
4 cawan kelapa parut
2 cawan tepung pulut
3/4 cawan gula
1 1/2 sudu kecil garam



Cara
1. Gaulkan semua bahan sehingga sebati. Jangan biar kelapa berketul-ketul.
2. Asingkan sedikit utk jadikan inti dan lebih sedikit manis.
3. Masukkan yg masin dahulu kemudian inti dan tutup balik dgn kelapa yg masin sedikit.
4. Bakar dalam toster roti jer..

Sunday, 6 September 2015

Tauhu Berlauk



TAUHU BERLAUK

Bahan
4 ketul tauhu
2 tiub tauhu jepun
Udang atau isi ayam
Cili merah
Daun bawang
Daun sup
4 biji telur
Garam, serbuk lada putih, serbuk perasa









tauhu selepas dikukus







Cara
Blender tauhu, tauhu jepun, 2 biji telur, udang atau isi ayam.
Masukkan hirisan daun bawang, daun sup dan cili merah, garam, serbuk lada putih dan serbuk perasa secukupnya, gaul sebati.
Masukkan kedalam bekas dan kukus hingga keras atau masak…angkat sejukkan dan potong ikut saiz yg dikehendaki.
Pukul 2 biji telur yang ada lagi tu…. celup dan goreng hingga kuning keemasan, angkat.
Boleh dihidangkan.

Wednesday, 2 September 2015

Mediterranean Cookies Kak Ruby

Assalammualaikum....biskut ni kesukaan anak-anak, masa tengah bakar pun bau nya sangat wangi....sebenarnya biskut ni ciptaan kak ruby sendiri, kak ruby campurkan 3 bahan utama iaitu kelapa kering, nestum dan cornflakes juga kak ruby letak madu sikit, bahan lain biasa lah seperti tepung, gula dan butter.  kata anak2 dan jugak suami biskut ni memang sedap......Hari ni kak ruby buat lagi untuk bekalkan anak kak ruby balik ke asrama.....Pada sapa2 yang ingin mencuba, boleh lah, tak rugi.......


Mediterranean cookies kak ruby

Bahan
250 gm buttercup
1 cwn gula halus
1 cwn kelapa kering
1 cwn nestum
1 cwn cornflakes
2 sudu besar madu
2 sudu besar tepung kastard
1 1/2 cwn tepung gandum
2 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanila
1sudu kecil baking powder





















Cara
Campurkan serta gaul rata tepung gandum, tepung kastard dan baking powder, ketepikan.
Kacau buttercup, gula dan kuning telur hingga kembang, masukkan madu kacau sebati.
Masukkan kelapa kering, nestum dan cornflakes kacau rata, masukkan campuran tepung tadi sambil digaul hingga lembut.  Jika adunan keras tambahkan sedikit lagi butter.
Bentukkan adunan bulat-bulat tekan dengan garpu kemudian gaulkan dengan nestum.
Bakar dalam suhu 160c selama 15 minit atau hingga masak.

Wednesday, 26 August 2015

Kek Coklat Kukus Lembab

Assalammualaikum.....
Sudah setahun lebih kak ruby tidak buat kek coklat kukus, semalam mengidam pula, korek2 lebihan serbuk koko dalam simpanan, memang ada lebihan hari raya yang lepas, tengok resepi pula semua bahan ada, tak perlu ke kedai untuk membeli, apa lagi kak ruby, secepat kilat lah kak ruby membuat nya, sekejap siap....petang terus boleh makan........ terima kasih cikgu suraya.


KEK COKLAT KUKUS LEMBAB

Bahan untuk kek coklat.
Bahan A
1 cawan serbuk koko  
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat
Bahan B
 1 1/2 cawan tepung gandum
 1 sudu teh bikarbonat
 1 sudu teh baking powder
 1 sudu teh esen vanilla
 3 biji telur (suhu bilik)





















Cara
1. Masak Bahan A dalam periuk sampai sebati. api kecil. sejukkan.
2. Pukul telur sampai betul2 kembang (lebih kurang 5 minit) kemudian masukkan bahagian A.
3. Masuk esen vanilla. Pukul sampai sebati.
4. Masuk bahagian B sedikit demi sedikit. (seelok2nya tepung, bikarbonat dan baking powder diayak bersama terlebih dahulu). kacau sebati selama 5 minit 
5. Masukkan adunan dalam loyang,  tutup dengan kertas foil, guna apa2 pun boleh, pastikan wap air tak boleh masuk dalam adunan.
6. kukus selama 1 jam 10 minit dengan api yang sederhana. (pastikan air kukusan telah mendidih terlebih dahulu..). Jangan buka penutup kukus sampai cukup masa
7. angkat ... tunggu sejuk baru boleh potong. kalau rajin boleh letak topping.

BAHAN UNTUK TOPPING (ganache)
Bahan:
300 gm coklat masakan ~ dipotong kecil
1 sudu besar susu pekat
1/2 cawan susu cair
2 sudu besar butter
1/4 cawan air panas

                                                            kek yg belum di topping

Cara
Panaskan susu cair dan susu pekat dgn kaedah double boiler.
Masukkan coklat masakan dan kacau hingga ianya cair.
Padamkan api dan masukkan butter. Kacau lg hingga cair.
Curahkan 1/2 dr ganache atas kek yg masih panas tadi hingga menutupi keseluruhan kek.
Biarkan lebih kurang 15 - 30 min supaya ganache tadi meresap ke dalam kek.
Panaskan kembali lebihan ganache td (kaedah double boiler) dan masukkan air panas.
Kacau sehingga sebati dan curahkan ke atas kek tadi.
Bila kek dan ganache dah sejuk, bolehlah dimasukkan ke dalam peti ais.
Boleh juga dinikmati ketika suam2 panas..
* mmg agak banyak ganache yg dihasilkan sbb nak kena siram 2x atas kek tu nanti utk menghasilkan kek yg super duper moist

Tuesday, 25 August 2015

Bubur cha cha campur keledek

Assalammualaikum, makan bubur cha cha bercampur keledek petang2 macam ni sedap jugak ye.....petang ni cuaca suram je, hujan tidak panas pun tidak......


BUBUR CHA CHA CAMPUR KELEDEK

Bahan
2 ketul keledek - kupas, bersih dan potong kecil2   
100gm cha-cha - dicuci bersih, rebus hingga kembang dan ditoskan
100 gm gula pasir
100 gm gula merah
1 kotak santan
2 helai daun pandan - dikoyak dan disimpul
1/4 cawan biji sagu putih - cuci dan ditoskan
Air secukupnya
Garam secukup rasa
















Cara
Satukan keledek, gula pasir, gula merah, daun pandan dan air secukupnya, didihkan dan dikacau rata.
Masak sehingga keledek empuk, Kemudian masukkan santan, cha cha, sagu dan garam.  Masak dan  sentiasa kacau hingga mendidih, rasa secukupnya. tutup api dan boleh dihidangkan. 

Thursday, 20 August 2015

Apam Keledek Purple



APAM KELEDEK PURPLE

Bahan A
3 tbs tepung gandum
1 tbs gula
2 tsp yis segera
3 tbs air suam

Bahan B
240g keledek ungu (rebus, lenyek dan ditimbang)
150g gula pasir
150 ml santan
1 biji telur 

Bahan C
200g tepung gandum
1 tsp baking powder
















Cara
Satukan Bahan A dan peram kira-kira 10 minit. Ketepikan.
Campur Bahan B dan kisar halus.
Campurkan Bahan B dan C. Pukul dengan hand whisk hingga sebati.
Masukkan Bahan A dan kacau rata.
Peram kira-kira satu jam.
Masukkan ke dalam acuan sehingga 3/4 penuh. 
Kukus hingga masak kira-kira 15 minit.