Nuffnang Ad

Tuesday, 20 May 2014

Karipap Sardin


KARIPAP SARDIN

Bahan Utk Inti
1 tin sardin
2 biji kentang - dipotong dadu
1 biji bawang besar - dipotong dadu
3 ulas bawang putih - dihiris halus
1 biji cili merah - dihiris halus
1 sudu mkn cili kisar
daun sup - dipotong halus
garam secukupnya

Cara
Asingkan isi ikan sardin dari kuahnya, hancur2kan isi ikan sardin, (kak ruby letakkan sedikit jus limau kasturi utk rasa masam2 dan utk hilangkan bau sardin) ketepikan.
Panaskan minyak tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau, masukkan cili kisar, kentang dan sedikit kuah sardin untuk empukkan kentang, kacau2 hingga kentang lembut.
Masukkan isi ikan sardin, garam dan cili merah, masak kan sekejap rasa secukup rasa, masukkan daun sup, kacau sebatikan angkat.

Bahan Kulit
300 gm tepung gandum
3/4 cwn air sejuk
2 sudu mkn minyak masak
1 sudu mkn butter
sedikit garam
Cara
Campurkan semua bahan dan uli sehingga tidak meletak ditangan.  Kemudian canai diatas papan yang ditaburkan sedikit tepung gandum, tekap dengan acuan, masukkan inti tutup dan kelim ditepi (kak ruby guna acuan karipap tak yah kelim)
Goreng hidangkan.

Sunday, 18 May 2014

Roti Sarang Lebah

Assalammualaikum, hari ni mood kak ruby rajin sangat lah agak nya, apa tidak nya pagi menjala petang menguli......terasa pula nak makan roti sarang lebah hujan2 ni, memang dah lama rasa nak makan roti ni, tapi disebabkan penyakit malas, semua bahan2 terbiar je macam tu, petang ni baru datang rajin nya.....betul lah seperti kata rakan2 blogger roti ni sedap sangat dan tersangat lah lembut, rugi pula kak ruby lambat buat dan tak kan rugi pada sapa yang ingin mencuba.......terima kasih pada tuan punya resepi.

ROTI SARANG LEBAH

Bahan
2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh yeast
1/2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh garam
1 sudu besar gula pasir
1/4 cawan plain yogurt
1/4 cawan minyak jagung
1/2 cawan air suam
Almond flakes, pumpkin seeds dan butterscotch seckpnya



Cara
Larutkan yeast dan gula dalam air suam dan biarkan berbuih.
Dalam mangkuk lain, campurkan tepung gandum, garam, dan baking powder kacau sebati.
Masukkan campuran yeast tadi dan yogurt, kacau sebati.  Kemudian uli lah dengan tangan sambil masukkan minyak sedikit demi sedikit, terus menguli sehingga tidak lekat ditangan atau jadi elastic.
Biarkan naik 2 kali ganda (lebih kurang 1 jam).  Kemudian tumbuk2kan untuk keluarkan angin.
Sapukan tangan dengan sedikit minyak, ambil doh buatkan bulat2 sebesar bola golf dan susun didalam loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak atau butter.
Taburkan dengan almond flakes dan pumpkin seeds, biar lagi hingga naik 2 x ganda.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan 180c, 10 minit pertama gunakan api bawah sahaja, 5 minit terakhir guna api atas bawah.

Roti Jala lagi.....

Assalammualaikum, roti jala ni kak ruby buat untuk minum pagi, jadi pagi2 lagi dah bangun menjala,  dengan mata yang tidak berapa nak ceria lagi, roti jala pun tidak lah secantik yang diharapkan, tengok halus2 jadi nya berselerak je kan.......tapi rasa nya tetap sedap kata anak dan suami kak ruby hihihi, terima kasih suami dan anak.

ROTI JALA
Bahan
3 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 cawan santan
1 biji telur
sedikit garam
pewarna hijau dan kuning



















Cara
Blender semua bahan hingga sebati, kalau pekat sangat tambah sikit je air.
Tuang dalam acuan roti jala.  Panaskan pan, jala lah dengan cara tersendiri.
Bila nampak adunan tidak melekat lagi pan, angkat dan gulung

Monday, 5 May 2014

Sri Ayu Jagung


SRI AYU JAGUNG

Bahan
1 1/4 cawan gula
1 1/4 cawan santan
2 3/4 cawan tepung gandum
3 biji telur
1/2 tin jagung krim
1 sudu kecil overlatte
1 sudu besar baking powder
sedikit pewarna kuning
1 biji kelapa parut putih + sedikit garam + sedikit tepung jagung - gaul rata n kukus sekejap




Cara
Pukul telur bersama gula & overlatte hingga kembang dan gebu.  Masukkan santan sedikit2 kacau sebati.
Masukkan tepung gandum yang sudah diayak bersama baking powder, kacau lagi, masukkan jagung krim dan pewarna kuning sebatikan semuanya, perap seketika selama 10 - 15 minit.
Sapu acuan dengan sedikit minyak masukkan kelapa putih yg dikukus, tekan sedikit supaya padat kemudian masukkan adunan, kukus lah selama 10 hingga 15 minit.  

Friday, 25 April 2014

Apam Keledek

Assalammualaikum, ini hasil dari lebihan keledek sebanyak satu biji je, dapat 20 biji apam keledek,  kan untung tu hihihi.......sedap pula tu lembut lagi, lebih2 lagi mkan di waktu petang hujan turun minum pula bersama teh atau kopi O panas.......bayangkan lah sendiri keenakkannya........terima kasih Rohah dan Yatie diatas resepi yang sedap ini.

APAM KELEDEK

Bahan
3/4 cwn gula pasir *
200 ml air *
1 helai daun pandan *
2 cwn tepung beras
1 cwn tepung gandum
1 cwn keledek rebus
250 ml santan
1 sudu kecil yis
1 sudu kecil b powder
sedikit garam
pewarna kuning















Cara
Masak bahan yg bertanda * hingga larut dan keluarkan daun pandan, sejukkan.
Keledek rebus di blend bersama dgn santan.
Dalam mangkuk lain satukan tepung beras, tepung gandum, yis, b, powder dan garam gaul rata,  kemudian masukkan ke dalam blenda dan blend lagi bersama keledek tadi dan air gula hingga sebati.
Perap selama 1 jam.  Sapu sedikit minyak pada acuan kecil2 atau loyang.
Kukus dalam acuan kecil2 selama 15 minit.  Klu dlm loyang kukus selama 40 minit.
Apam ini boleh juga dimkn bersama kelapa parut.

Thursday, 17 April 2014

Dadih Jagung

Assalammualaikum.....tengahari tadi buat dadih, memang sedap sejuuuk je tekak......terima kasih pada K. Nor dan Yatie diatas resepi yang enak ni.

DADIH JAGUNG

Bahan
10 gm serbuk agar2
2 tin susu sejat/susu cair (800 ml)
1 1/4 cawan gula
2.5 liter air (2500 ml)
1 sudu teh garam
1 sudu besar tepung jagung - dibancuh dgn 2 sudu besar air
pewarna dan perisa pilihan
perasa jagung















Cara
Masak serbuk agar2 bersama air hingga mendidih, yatie larutkan agar2 dgn sedikit air dulu supaya tak berketul, kak ruby jugak larutkan.
Masukkan susu sejat, garam, gula, tepung jagung dan perasa jagung, masak dgn api sederhana dan kacau selalu, masak hingga mendidih tutup api.
Tapiskan dan tuang kedalam bekas kecil2, biarkan sejuk baru masukkan kedalam peti ais.
Makan sejuk2 sangat sedap.


Tuesday, 15 April 2014

Biskut Lidah Kucing

Assalammualaikum, rasa nya dah lama kak ruby tinggalkan kayumaniskorner, kesian pula sunyi sepi tanpa sepiring kuih muih pun sejak beberapa minggu kebelakangan ini.   Apa buat kesibukkan membuatkan kak ruby lupa pada minat dan kesukaan kak ruby iaitu memasak kuih muih........Semalam kak ruby cuba curi-curi masa untuk memenuhi minat kak ruby ini dengan biskut lidah kucing......dah lama sangat kak ruby pendamkan hasrat untuk mencuba, akhir nya berjaya.  
Terima kasih kak wan dengan resepi yang sedap ni.


BISKUT LIDAH KUCING

Bahan
250 gm mentega
175 gm gula kastor
200 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
100 ml putih telur
1/4 sudu teh emplex
Pewarna merah, oren, kuning, hijau, biru dan purple
Loyang khas lidah kucing di gris dengan sedikit minyak




Cara
Ayak tepung jagung, tepung gandum dan emplex, ketepikan.
Dalam mixer pukul mentega dan gula hingga berkrim.  Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati.  Masukkan tepung dan kaup balik dgn spatuta hingga rata.
Bahagikan adunan kpd 5 atau 6 bahagian, letakkan pewarna utk setiap bahagian.
Masukkan dalam piping bag atau bag plastik utk setiap warna berlainan.  Potong kecil muncung bag plastik atau piping bag.
Paipkan atas loyang lidah kucing mengikut warna pelangi.  Bakar dalam oven pada suhu 150c selam 15 - 20 minit.  Jangan sampai keperangan kerana warna nya akan pudar dan tidak cantik.
Biarkan sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.