Assalammualaikum, rasa nya dah lama kak ruby tinggalkan kayumaniskorner, kesian pula sunyi sepi tanpa sepiring kuih muih pun sejak beberapa minggu kebelakangan ini. Apa buat kesibukkan membuatkan kak ruby lupa pada minat dan kesukaan kak ruby iaitu memasak kuih muih........Semalam kak ruby cuba curi-curi masa untuk memenuhi minat kak ruby ini dengan biskut lidah kucing......dah lama sangat kak ruby pendamkan hasrat untuk mencuba, akhir nya berjaya.
Terima kasih kak wan dengan resepi yang sedap ni.
BISKUT LIDAH KUCING
Bahan
250 gm mentega
175 gm gula kastor
200 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
100 ml putih telur
1/4 sudu teh emplex
Pewarna merah, oren, kuning, hijau, biru dan purple
Loyang khas lidah kucing di gris dengan sedikit minyak
Cara
Ayak tepung jagung, tepung gandum dan emplex, ketepikan.
Dalam mixer pukul mentega dan gula hingga berkrim. Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati. Masukkan tepung dan kaup balik dgn spatuta hingga rata.
Bahagikan adunan kpd 5 atau 6 bahagian, letakkan pewarna utk setiap bahagian.
Masukkan dalam piping bag atau bag plastik utk setiap warna berlainan. Potong kecil muncung bag plastik atau piping bag.
Paipkan atas loyang lidah kucing mengikut warna pelangi. Bakar dalam oven pada suhu 150c selam 15 - 20 minit. Jangan sampai keperangan kerana warna nya akan pudar dan tidak cantik.
Biarkan sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
No comments:
Post a Comment