Nuffnang Ad

Thursday, 17 May 2012

Donut Kentang




DONUT KENTANG
sumber:  Jalinan rasa
 
BAHAN:
1/2 kilo tepung gandum
1 peket yis mauripan(11gm) (kak ruby guna 1/2 peket je)
1 sudu kecil pelembut roti (kak ruby x ltk)
1 sudu kecil garam
1 biji telur
3 sudu besar susu cair
3 sudu makan marjerin
1 biji kentang sederhana besar (direbus dan lenyekkan)
1 cawan air suam (kak ruby ltk 1/2 cwn je)

 
 


Cara :
1. Masukkan yis kedalam air suam, biarkan ia berbuih..
2. Kemudian masukkan kedalam blender bersama bahan2 yg lain kecuali tepung.. Blend hingga sebati..
3. Masukkan tepung kedlm mangkuk dan bancuh dgn bahan blender td sehingga mendapat satu doh yg lembut dan x melekat ditangan.
4. Simpan didalam peti sejuk selama 1 jam..
5. Bila doh dah naik, keluarkan, canai dan terap dgn acuan donat.
6. Biar adunan naik sekali ganda baru digoreng..


Monday, 14 May 2012

Talam Gula Melaka



TALAM GULA MELAKA

Bahan :
Untuk lapisan bawah
1/2 cwn gula 
1 cwn tepung gandum
1 batang gula melaka (dimasak bersama 2 cwn air)
Semua bahan ini dikacau hingga sebati dan ditapis.

Masukkan dalam loyang 8 x 8, loyang boleh dialas dengan plastik atau sapu je dengan butter.  Kemudian selama 10 minit.


Untuk lapisan atas
2 sudu makan tepung gandum
1 sudu makan tepung jagung
1 1/2 cawan santan pekat
garam secukup nya.
Semua bahan ini dikacau sebati.



Kemudian masukkan kedlm loyang lapisan bawah tadi, kukuslah selama 15 minit atau hingga masak.

Solok Lada

xx


SOLOK LADA


Bahan :
6 biji lada/cili merah atau hijau
1 ekor ikan kembung (ambil isi nya saja)*
3 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
150 gm kelapa putih (yg diparut)*
garam
1 mangkuk santan 

 

Cara :
Cili dibelah dan buang biji nya ketepikan.
Tumbuk kesemua bahan yg bertanda *, satukan dalam mangkuk dan masukkan garam, serbuk perasa klu suka, kak ruby tak suka, gaul sebati. Kemudian masukkan atau sumbat kan ke dalam cili yg dibelah tadi, buat lah sampai habis.
Masukkan ke dalam periuk bersama santan, letakkan sedikit garam dan rebus lah hingga santan kering.  Angkat cili....siap. 
 

Saturday, 12 May 2012

Roti Sosej Gulung

xx


ROTI SOSEJ GULUNG

Bahan dan cara sama dengan roti sosej yang kak ruby buat sebelum ni.....cuma cara bentuk nya saja lain, sosej tu boleh goreng atau rebus dahulu.....adunan pula canai kan panjang2 kemudian lilit-lilitkan kat sosej yg sudah direbus.  Kemudian sapu kan kuning telur di permukaan roti dan taburkan sedikit bijian. rehatkan sekejap dan bakar. 



Roti Sosej

xx


ROTI SOSEJ

Bahan A
6 gm yis
1/2 cwn air suam
1 sudu mkn gula
1 sudu mkn  tpg gandum
satukan bhn A dan biarkan yis naik

Bahan B
1/2 cwn gula + 1/2 cwn air panas
satukan bhn B hingga larut

Bahan C
3 cwn tepung gandum
+ ½ cawan tepung gandum (utk tmbh masa menguli klu adunan lembik)

1 peket sosej ayam atau daging


 

Cara :
Masukan 3 cwn tepung kedlm mangkuk adunan, dan juga bahan A dan bahan B, uli tepung…baki tepung 1/2 cawan td boleh digunakan sedikit demi sedikit semasa menguli, uli hingga adunan tak melekat di tangan.
Biarkan adunan naik dua kali ganda, kemudian tmbk2kan buang anginnya.
Ambil sedikit doh leper kan letak sosej diatas nya, balutkan sosej kemas2, potong sosej yg sudah dibalut dan potong hingga menjadi keratan.
Kemudian bentuk2kan sesuka hati, pas tu letak sayur campur, cili sos dan mayonis.  Biarkan selama 15 – 20 minit
Bakar dengan suhu 160c selama 25 minit atau hingga masak.


Thursday, 10 May 2012

Puding koktel

Puding koktel ni favorite keluarga, terutama kak ruby sendiri.....kak ruby suka sangat, makan sejuk2 aduh sedap nyer......


PUDING KOKTEL


Bahan:
1 tin koktel
Untuk puding
5 sudu tepung kastard 
5 gelas air 
2 sudu susu pekat manis 
sedikit garam


Cara: 
Masuk semua bahan dalam periuk dan kacau dengan api sederhana hingga pekat dan masak, angkat masukkan kedalam acuan pilihan. 


Bahan untuk kuah:
1 tin susu cair + 1 tin air (gunakan tin susu cair) 
1 cawan gula*
1 biji telur*
 Pukul bahan bertanda * hingga kembang, masukkan esen vanilla pukul lagi 
1 sudu kecil tepung kastard dibancuh dengan sedikit air, masukkan kedalam adunan telur


 

Cara:
Masukkan semua bahan ke dalam periuk kacau jangan berhenti hingga mendidih, angkat.
Hidangkan bersama puding dan koktel.

Butter Bread Pudding

xx



 Butter Bread Pudding 

Bahan:

8 keping roti
2-3 biji pisang ranum- dihiris nipis
mentega secukupnya
peanut butter secukupnya
chocolate rice
kismis secukupnya
sedikit parutan kulit oren sunkist - optional (kak ruby tak ltk)
Bahan A :
2 cawan susu segar/susu cair
1 sudu besar gula kastor
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
Bahan B :
1/4 sudu kecil serbuk kayu manis* - optional
1-2 sudu besar gula perang/pasir * (satukan kedua-dua bahan ini)


 Cara-cara :
Bahan A :

Pukul telur bersama gula hingga hancur dengan whisk. Kemudian masukkan susu segar/susu cair dan esen vanilla. Kacau sebati. Ketepikan.
Sapukan roti dengan mentega dan peanut butter.
Potong roti kepada 4 bahagian.
Sementara itu, lengserkan bekas/mangkuk tahan panas dengan mentega. Kemudian susunkan roti dan hirisan pisang.
Taburkan dengan sedikit chocolate rice dan parutan kulit oren jika suka. Lapiskan lagi dengan kepingan roti dan pisang yang sudah dipotong mengikut citarasa sendiri. Buat hingga habis.
Setelah itu, tuangkan bahan A tadi sehingga rata.
Taburkan chocolate rice, parutan kulit oren, kismis dan juga bahan B.

Biarkan sebentar sehingga ia serap. Sementara itu sediakan dulang yang berisi air panas. Letakkan bekas/mangkuk roti tadi di tengah-tengahnya.  

Bakar selama 30 - 40 minit atau hingga keperangan dengan suhu 160c.

Setelah masak boleh dihidangkan bersama sos kastard.

Untuk sos kastard
1 tin susu cair
2 sudu kecil tepung kastard 
2 sudu besar gula
Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau agak2 pekat dengan api sederhana.