Nuffnang Ad

Thursday, 5 April 2012

Pancake Kelapa

Assalammualaikum....salam hari Jumaat pada semua, hari ni di Sarawak dan Sabah hari cuti umum....kata orang sini hari Good Friday, entah lah kak ruby pun kurang arif.....jadi kak ruby pun bangun lewat sikit, apa lagi cari resepi yang senang2 dan cepat je lah untuk sarapan, tengok kelapa ada...terus datang idea nak buat lempeng kelapa tapi lempeng keras, nanti semua tak nak makan pula....nak bagi lembut sikit masukkan baking powder buat cara pancake....jadi lah pancake....  



PANCAKE  KELAPA  

Bahan:
60 ml marjerin (dicairkan)
100 ml air
200 gm tepung naik sendiri
50 gm gula halus
60 gm kelapa parut (putih)
2 biji telur (asingkan kuning dgn putih)
½ sudu kecil garam



Cara :
Masukkan kesemua bahan kedalam mangkuk, kecuali putih telur.
Kacau hingga BETUL2 sebati.  Putih telur dipukul hingga kembang dan gebu, kemudian masukkan kedalam adunan tadi, sebatikan juga.

Panaskan kuali. lengser sedikit dgn marjerin, ambil 1 sudu besar adunan masukkan dalam kuali, ratakan sedikit ...biarkan masak hingga permukaannya berbuih atau berlubang-lubang baru balikkan dan angkat.
Ulangi proses ini hingga adunan habis, hidang panas-panas dgn madu atau apa saja yang disukai.


Puding Masam-Masam Manis

xx


PUDING MASAM-MASAM MANIS

Bahan-bahan

4 bungkus agar-agar
2 cawan gula
3 liter air sejuk
1 tin susu manis
300 gm biskut meri
200 gm milo
200 gm serbuk oren
200 gm serbuk mangga 

 Cara-cara

1.     Agar-agar, gula, air dicampur semuanya dan dimasak hingga mendidih. Bahagi kepada 3 bahagian.
2.     Bahagian : 1. serbuk oren, ½ tin susu dan pewarna oren.
2.     milo dan pewarna coklat.
3.     serbuk mangga, ½ tin susu dan pewarna kuning.
3. Tuangkan bahagian pertama, bila agak keras susun roti meri.
4. Bila sudah keras betul baru masuk bahagian 2.
5. Bila bahagian ke 2 keras, baru tuangkan bahagian ke 3. Simpan dalam peti sejuk sebelum di potong.

Seri Muka

xx

SERI  MUKA

Bahan Bahagian Bawah
1 ½ cawan pulut
¾ cawan santan cair
½ sudu kecil garam

Cara:
Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam.
Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukuslah sehingga masak.
Bila pulut dah masak, tekan pulut supaya ia kemas dan padat.
Masukkan dalam kukusan semula, tuangkan adunan bahagian atas.

Bahan Bahagian Atas
2 cawan santan
½ cawan gula
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1 biji telur
Sedikit pewarna hijau

Cara-Cara
Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan kacau rata. Tapiskan.
Tuangkan perlahan-lahan atas pulut dalam loyang tadi.
Kukuskan lebih kurang 30 minit.
Sejukkan dahulu baru potong dengan pisau pelastik.

*tutup tudung periuk dengan kain.
*loyang 8”

Mee Hun Kari

Assalammualaikum....tengahari ni, tak selera pula nak makan nasi, walaupun ikan gelama masin yang kak ruby minat tu masih ada lagi.....kak ruby selera sangat makan nasi dengan ikan masin, apa2 ikan je, tambahan pula kalau ikan pekasam, aduh, sedap nya...tapi hari ni,  tekak tak selera pula...tu lah kak ruby cuba2 buat mee hun kari, walaupun bahan2 nya tak berapa cukup...tapi kak ruby buat juga, untuk makan tengahari.      



MEE  HUN KARI

Bahan:
1 bungkus mee hun (dicelur)
½ ekor ayam (dipotong kecil2)
24 gm serbuk kari ayam (cmpur  ½ cwn santan + ¼ cwn air panas kacau sbati)
3 ½  cawan santan sederhana pekat
12 ekor udang sederhana besar
10 biji bebola ayam (dipotong 4)
1 cwn kerang yg sudah direbus & dibuang kulit
1 inci halia
Garam dan gula

Bahan tumis
4 ulas bawang putih*
1 biji bawang besar*
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum cengkih
2 inci kayu manis
1 tangkai daun kari
(* ditumbuk halus)

Bahan hias
2 biji cili besar (dipotong serong)
3 biji limau kasturi (dibelah 2)
2 biji telur rebus (dibelah 2)
Sawi dan taugeh (dicelur)
½ cwn bawang goreng


Cara:
Panaskan minyak tumis bahan tunis hingga naik bau.  Masukkan serbuk rempah yg telah disebatikan bsama santan tadi dan juga halia, masak hingga betul2 kering dan pecah minyak. 
Kemudian masukkan santan yg 3 ½  cwn td biarkan hingga mendidih, masukkan ayam, masak agak2 ayam dah kecut (maksudnya air ayam dah kering) baru masukkan bebola ayam, kerang, udang, garam dan gula.  Masak lagi hingga semua sebati, rasa masin manis nya tutup api.
Hidangkan bersama mee hun yang dicelur dan juga bahan hias.

Tuesday, 3 April 2012

Kobis Lemak Istimewa

Assalammualaikum..... entah kenapa petang semalam kak ruby teringat sesuatu, teringat sangat,  mungkin kah ini yang dikatakan rindu.....rindu pada masakan.... ya pada masakan ciptaan abang kak ruby, walaupun resepi nya ringkas dan senang, tapi sedap....kak ruby serta semua keluarga abang kak ruby suka, ya kami semua suka....kami jadikan salah satu resepi keluarga.  Sebenarnya kak ruby dah lupa cara memasaknya, untuk menghilangkan rasa rindu ini, kak ruby terus telefon kampung tanyakan resepi itu.    



KOBIS LEMAK ISTIMEWA

Bahan :
4 ekor ikan kembung
(direbus diambil isi, buang tulang dan di blender)

½ biji kobis bulat
(dikelopak2kan dan dipotong 3)

1 biji cili besar*
4 biji cili padi*
2 ulas bawang putih*
5 ulas bawang merah*
(bahan yang bertanda * ditumbuk halus)

750 ml santan
Sedikit kunyit
Garam dan gula

Cara :
Masukkan bahan tumbuk , kunyit, santan dan isi ikan dalam periuk, kacau dan masak atas api kuat hingga mendidih masukkan garam, gula perlahankan api. 
Masukkan kobis yang sudah dicuci bersih, kacau lagi supaya isikan nampak cantik tidak berketul2.  Bila kobis sudah lembut sedikit, tutup api dan angkat.   

Oren Layerd Cake

xx


OREN LAYERD CAKE

Loyang  (8 x 8 x 3)
• BAHAN2 UNTUK KEK:-
• 5 biji telur Gred A
• 160 gm gula
• 125 gm tepung gandum*
• 1 camca teh baking powder*
• 75 ml minyak jagung
• 1 sudu teh ovallate
• 2 sudu makan oren sunquick
• 2 sudu makan susu segar/cair
   (* ayak bersama)

• BAHAN2 UNTUK KASTARD:-
• 1200 ml santan
• 225 gm gula
• 10 gm serbuk jelly
• 1 sudu teh oren sunquick
• 100 gm tepung Hoen Kwee (warna kuning)
• Secubit garam



Cara :
1.
UNTUK KEK:- Satukan telur, ovalatte dan gula. Pukul hingga kembang dan gebu. Perlahan kan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Masukkan juga susu. Gaul rata.
2.
Masukkan minyak jagung dan oren sunquick gaul rata. Tuang dalam tin berukuran (8 x 8 x 3) inci yg telah di sapu dgn mentega.
3.
Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 170C selama 30 minit. Bila masak keluarkan kek dari oven dan sejukkan. Kecilkan sedikit kek dgn cara memotong bhg tepi kek sehingga menjadi (7 x 7) inci. Kemudian potong mendatar sebanyak 3 keping.


 4.
UNTUK KASTARD:- Satukan semua bahan2 untuk kastard dalam bekas tahan panas, kacau hingga pekat dan berkilat dgn api yg perlahan. Matikan api dan biar suam sedikit sebelum dilapis dgn kek.
5.
UNTUK MEMBUAT KEK LAPIS OREN:- Gunakan tin berukuran (8 x 8 x 3) inci. Tuang 1/3 adunan kastard dan ratakan. Lapiskan dgn sekeping kek. Tekan sedikit. Tuang lagi 1/3 kastad dan lapiskan dgn sekeping lagi kek. Ratakan biar memenuhi bhg yg kosong. Lapiskan lagi dgn sekeping kek dan kemudian kastard dan diakhiri dgn kek. Isi ruang2 tepi kek dgn lebihan kastard.
Kemudian masukkan dalam peti sejuk sekurang2nya 1 jam. Keluar kan kek dari acuan dan salut dengan kelapa kering.

Sunday, 1 April 2012

Kek Pisang Coklat Rice

xx

KEK PISANG COKLAT RICE

BAHAN-BAHAN :
2 cwn tepung gandum
1 s/k baking powder
1 s/k soda bikarbonat
1 ¼  cwn brown sugar
1 cawan pisang yg telah dilenyek
1/2 cawan minyak jagung
esen vanilla, 2 sudu makan coklat rice
1 sudu teh ovallette



1. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder, sapu sedikit butter pd acuan kek dan panaskan oven 160c.

2. Kemudian, pukul telur, ovallette dan gula hingga kembang, masukkan esen vanila dan pisang, putar lagi dan kemudian masukkan tepung.

3.Akhir sekali baru masukkan minyak masak dan kacau sebati, masukkan juga coklat rice selepas itu masukkan dalam acuan kek dan bakar pada suhu 160c selama 45 minit atau satu jam.

4. Setelah siap dibakar, keluarkan dari acuan dan sejukkan atas redai, sedia untuk dihidangkan.