Petang semalam kak ruby buat roti arab, sedap sangat tak cukup pula......petang ni kak ruby buat pula kuih orang pantai timur, cek mek molek, cek mek molek ni tak boleh makan panas2 nnti sakit lidah terpecik air gula dia....nak lebih selesa makan masa cek mek molek dah sejuk baru sedap......macam mana ye dpt nama cek mek molek, cantik pula nama kuih ni.
KUIH CEK MEK MOLEK
Bahan :
2 ketul keledek (sederhana)
1 cawan tepung gandum
minyak untuk goreng
Inti gula
Cara :
Keledek direbus dan dilenyek.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga adunan boleh dibentuk, ( kak ruby guna tepung tak sampai 1 cawan sebab adunan dah cantik dan boleh di bentuk) bentuk lah bulat2 letakkan inti gula, tutup dan bentuk menjadi panjang. Buat lah hingga adunan habis. goreng.
No comments:
Post a Comment