KEK LAPIS PURNAMA
resepi asal (rabiah amit)
Bahan A :
16 biji kuning telur
6 biji putih telur
200 gm gula halus
150 gm tepung hong kong
1 sudu mkn ovelette
Bahan B :
450 gm mentega (kak ruby guna buttercup)
1/2 tin susu pekat manis
Bahan C :
1 tin kecil seri kaya
100 gm nestum
pewarna, hijau, kuning, coklat dan oren
(ni utk 4 lps...tp kak ruby wat 3 lps je...warna pun kek ruby ikut selera sdiri)

Cara:
Pukul bahan A hingga ringan dan kembang, ketepikan.
Pukul pula bahan B hingga putih dan kembang. Satukan adunan A dan B gaul sebati.
Kemudian masukkan seri kaya dan nestum, kacau rata, bahagikan adunan kepada 4 atau 3 bahagian.
Bahagian 1 warnakan hijau masukkan perasa pandan
Bahagian 2 warnakan kuning masukkan perasa pisang
Bahagian 3 warnakan coklat masukkan perasa kopi
Bahagian 4 warnakan oren masukkan perasa oren
Sediakan acuan 8 x 8 x 4, tuang selapis nipis bahagian warna hijau, bakar dgn api atas bawah ikut suhu oven masing2 selama 5 minit atau hingga kekuningan, masukkan pula adunan bahagian 2 warna kuning, utk lapisan ke 2 dan lapisan seterusnya guna api ATAS SAHAJA.
Ulangi lah proses ini hingga habis kesemua adunan.
* Bagi kak ruby setiap lapisan, kak ruby letak sebanyak 6 sudu mkn dan ratakan.
No comments:
Post a Comment