Kalau zaman kak ruby dulu2 iaitu sekitar tahun 1970an, kuih bahulu ni hanya dapat makan waktu hari raya saja.....hari2 biasa ni susah nak dapat.....tapi sekarang zaman teknologi, berbagai peralatan canggih yg ada, bahulu senang nak buat....... sekarang bahulu bila2 masa pun ada, bersepah sana sini dalam berbagai perasa pula tu, walau pun macam tu...tapi bahulu ada cara dia tersendiri untuk menjadi bahulu cantik dan sedap....bila tengok resepi dia memang mudah je, cuma telur, gula dan tepung......tp nak buat dia tak semudah resepi dia. macam kak ruby mula2 buat, bahulu jadi keras macam batu, baling kat dinding pun tak pecah, punya keras nya. Kak ruby belajar dan belajar akhir jadi juga bahulu lembut.......Alhamdullillah
BAHULU CERMAI
Bahan :
5 biji telur A
125 gm gula halus
125 gm tpg gandum (dijemur atau digoreng terlebih dulu)
1 sk esen rose
1/4 sk baking powder
Cara :
Pukul
telur dgn gula dgn kelajuan kuat hingga kembang dan pekat, masukkan
esen rose, kemudian ambil sedikit adunan telur ini, (i) masukkan kedlm
bekas atau mangkuk kecil, masukkan 2 hingga 3 sudu besar tepung yg telah
digoreng dan diayak bersama b/powder, kacau sebati agak2 adunan lembut,
kemudian masukkan kedlm acuan yg telah di panaskan dulu dgn sedikit
minyak. Ulangi langkah (i) hingga adunan telur dan tepung habis dibakar.
Bakar api atas bawah lebih kurang 15 minit atau hingga bahulu kekuningan.
* bila masak bahulu jadi lembut sangat atau keras – boleh lh tambah atau kurang sukatan tepung sudu tadi.
Cantik kejadiannya bahulu Kak Ruby ni. Mesti sedap rasanya. Best kan kalau dapat menghasilkan kuih sendiri.
ReplyDeletesuka tengok bahulu ni..
ReplyDeletecantiknya..rasa nk cuba resepi nie.mmg suka mkn bahulu.
ReplyDelete