Nuffnang Ad

Saturday, 20 June 2015

Sagu 3 Lapis

Assalammualaikum dan selamat berpuasa,
Ni salah satu dari juadah berbuka kak ruby ari ni, resepi dan cara masak nya paling senang sangat, anak anak pun boleh buat...tapi bila makan sedap, lebih-lebih lagi makan masa ia baru keluar dari peti ais, sejuuuuuk gitu, memang sedap.
Kak ruby buat tak pakai sukatan pun pakai letak je, cuma kita agak2 lah berapa orang nak makan, kalau ramai banyakkan bahan nya,  tapi kalau sebaliknya kurangkan sikit sukatan nya.



Bahan nya pun tak banyak cuma sagu, air dan sedikit pewarna.
Rendam sagu dalam 10 minit, Basuh bersihkan sagu dan toskan air.
Masukkan dalam periuk yang sudah berisi air, masak dan kacau hingga sagu kembang.
Kemudian basuh sagu dalam tapisan dibawah paip air untuk membuang kanji sagu.  Tos lagi sagu, dan bahagikan kepada 3 bahagian, setiap bahagian warnakan dengan warna pilihan sendiri.
Masukkan sagu dalam acuan mengikut warna dan lapisan dengan cara tersendiri.  Sejukkan dalam peti ais.   Boleh dihidangkan bersama sirap gula merah.

*resepi dr Aneka resepi kuih muih.

Thursday, 28 May 2015

Kerabu Mangga

Assalammualaikum.......... Minggu lepas kak ruby buat kerabu nangka muda, kali ni kak ruby buat pula kerabu mangga, tapi sayang sikit mangga ni dah separuh masak, sebab nya sudah satu minggu ambil dari kampung baru terfikir nak buat kerabu, sangkaan kak ruby mangga muda rupa nya dah tua, apa lagi satu minggu peram dah nak masak lah mangga tu........kak ruby buat juga kerabu, sedap juga makan masam2 kan.......Cara kak ruby senang je potong2 campur semua bahan, dah jadi kerabu.....sedap


KERABU MANGGA

Bahan
2 biji mangga (kak ruby guna yg separuh masak) - kak ruby parut je
 3 biji bawang merah-hiris
1 batang serai  - kak tak letak
3-4 cili api - potong kecil2
 1 cili merah - potong kecil2
sedikit belacan (optional) - tak letak
1 sudu teh sos ikan
1 biji limau nipis - ambil jus
1 biji tomato - potong nipis
 garam dan gula secukupnya


Cara
Campur dan gaul rata semua bahan dan hidangkan.

Monday, 25 May 2015

Kerabu Nangka Muda



KERABU NANGKA MUDA

Bahan
300 g nangka muda – (potong kecil – rebus)
2 sudu mkn kerisik
1 batang serai - potong nipis
3 biji limau kasturi ambil jus nya
Garam dan gula secukup rasa

Bahan dikisar:-
2 sudu besar udang kering
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih

Bahan hiasan:
1 labu bawang besar – dimayang
1 biji lada merah – dihiris


Cara
 Rebus nangka hingga empuk dan toskan, potong kecil2
 Campur bahan kisar kerisik,  jus limau, garam gula
  secukupnya Gaul rata.
 Gaulkan kesemua bahan di dalam mangkuk.
 Campurkan dengan nangka muda rebus tadi
 gaul sehingga sebati.
 Masa hidang tabur cili merah dan bawang besar

Sunday, 24 May 2015

Kek Kastad Jagung



KEK KASTAD JAGUNG

Bahan
150 gm tepung gandum- ayak
1 tsp baking powder- ayak
5 biji telur gred B
100 gm gula kastor
1 tsp ovallete
50 ml susu segar/ susu cair
1 tsp esen vanilla
Perisa jagung dan pewarna kuning
50 ml minyak masak

Cara
Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk pengadun kecuali minyak masak.
Pukul dengan maksimum speed selama 15 minit atau hingga adunan berkrim.
Masukkan minyak masak dan kaup balik dengan spatula hingga sebati.
Gris dan alas loyang di dasar sahaja. Tuang adunan.
Bakar pada suhu 170 C selama 30 minit dengan api atas dan bawah.
Setelah masak, sisipkan pisau  di tepi-tepi kek dan terbalikkan ke atas redai. Biar sejuk.















KASTAD JAGUNG

Bahan
1200 ml santan atau susu cair
1 cawan gula kastor
10 gm serbuk agar-agar
100 gm tepung Hoen Kwe warna putih/ warna kuning
Secubit garam
Perisa jagung dan pewarna kuning

Cara
Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Masak sambil mengacau-ngacau adunan hingga likat. Kacau guna whisk jer.
Bila dah likat, tutup api.  Jangan terlalu likat sangat sebab nanti susah nak layer pada kek.

Cara melapis kek kastad 
Sedikan loyang. Tuang sedikit kastad dan ratakan. Ambil sekeping kek dan letak di atas kastad tadi.
Kemudian tuang sedikit kastad lagi dan ratakan. Untuk bahagian tepi-tepi kek, sekiranya rasa susah nak masukkan kastad, boleh guna pipping bag. Pancitkan je kastad tu biar penuh di bahagian tepi2 kek.
Buat hingga habis kesemua lapisan kek dan kastad digunakan dengan bahagian atas sekali adalah lapisan kastad.
Kemudian hentak-hentak manja sikit loyang tu biar padat kastad tu. Then biar kastad keras.
Bila dah keras, tarik sikit kastad dari tepi-tepi loyang. Nanti nampak kastad akan meregang dari tepi-tepi loyang. Terbalikkan dan keluarkan loyang dari kek kastad.
Simpan beberapa jam di dalam peti sejuk sebelum dihidang sebab kek ni memang sedap dimakan sejuk.

Thursday, 21 May 2015

Sambal Telur Puyuh



SAMBAL TELUR PUYUH

 Bahan
20 biji telur puyuh - rebus
1 biji bawang besar - hiris bulat
2 sudu besar air asam jawa
Gula dan garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya

Bahan kisar :
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
15 gm cili kering - kak ruby guna cili kisar adabi (2 sudu besar)
1cm belacan 
1sm halia - kak ruby tak letak 
















Cara
 Tumis bahan kisar sehingga naik bau dan pecah minyak.
 Masukkan air asam jawa, biarkan sebentar, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
 Masukkan telur puyuh yang telah direbus terlebih dahulu.
Masukkan bawang besar dan sedia dihidangkan.

Biskut Berlapis Cheese



BISKUT BERLAPIS CHEESE

Bahan
250 g cream cheese
1/2 tin susu pekat manis
1 bungkus biskut saltcheese
nestum/oat seckupnya



Cara
1. Cream cheese dipukul dengan susu hingga sebati.
2. Susun biskut cheese didalam bekas atau loyang yang dilapik plastik atau aluminium foil. Ratakan cheese atas biskut. Taburkan nestum/oat.
3. Ulang proses tadi dengan menyusun biskut dan sapu cheese sampai habis
4. Setiap lapis tabur oat@ nestum untuk rasa yang lebih sedap
5. Simpan dalam peti ais semalaman.
6. Siap untuk dihidang.

Saturday, 16 May 2015

Kacang Panjang Goreng Lemak



KACANG PANJANG GORENG LEMAK 

Bahan
10 urat kacang panjang - potong pendek
1 paket tempe - potong kecil, & di goreng
1 ikat soon - di rendam & potong pendek
3 biji cili merah *
4 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
2 sudu besar kicap cair
1/4 cwn santan
sedikit kunyit - jika suka
garam dan gula secukup rasa


Cara
Tumbuk kasar bahan yang bertanda *.
Goreng tempe hingga kelihatan rangup, angkat dan ketepikan/toskan.
Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumbuk,  kacau hingga naik bau.
Masukkan kacang panjang, soon dan kicap cair, kacau sekejap masukkan santan kacau lagi.
Masukkan tempe yang telah digoreng tadi.
Masukkan garam dan gula secukup rasa, gaul rata.
Tutup api dan hidangkan.