Ni salah satu dari juadah berbuka kak ruby ari ni, resepi dan cara masak nya paling senang sangat, anak anak pun boleh buat...tapi bila makan sedap, lebih-lebih lagi makan masa ia baru keluar dari peti ais, sejuuuuuk gitu, memang sedap.
Kak ruby buat tak pakai sukatan pun pakai letak je, cuma kita agak2 lah berapa orang nak makan, kalau ramai banyakkan bahan nya, tapi kalau sebaliknya kurangkan sikit sukatan nya.
Bahan nya pun tak banyak cuma sagu, air dan sedikit pewarna.
Rendam sagu dalam 10 minit, Basuh bersihkan sagu dan toskan air.
Masukkan dalam periuk yang sudah berisi air, masak dan kacau hingga sagu kembang.
Kemudian basuh sagu dalam tapisan dibawah paip air untuk membuang kanji sagu. Tos lagi sagu, dan bahagikan kepada 3 bahagian, setiap bahagian warnakan dengan warna pilihan sendiri.
Masukkan sagu dalam acuan mengikut warna dan lapisan dengan cara tersendiri. Sejukkan dalam peti ais. Boleh dihidangkan bersama sirap gula merah.
*resepi dr Aneka resepi kuih muih.
No comments:
Post a Comment