Nuffnang Ad
Tuesday, 11 March 2014
Inti Kacang Merah
INTI KACANG MERAH
Bahan
250 gm kacang merah - direndam semalaman
1 cawan gula pasir - boleh tambah atau kurangkan
1/4 cawan gula merah
secubit garam
2 sudu besar butter
air secukupnya
Cara
Rebus kacang merah sehingga empuk (kak ruby guna pressure cooker 5 minit je dah empuk) kalau rebus cara biasa lama sangat, kena tambah air lagi, kalau air dah kering kacang merah masih belum empuk.
Kemudian kisar kacang merah dengan air nya sekali sehingga halus.
Tuang ke dalam kuali, masukkan gula, gula merah, garam dan butter, masak dengan menggunakan api kecil saja, dan kacau selalu supaya ia tidak hangit. Masak hingga ia berkilat.
Tutup api, sejukkan dahulu sebelum digunakan.
Monday, 10 March 2014
Pau Keledek
Assalammualaikum, sudah tiga hari Malaysia malah dunia juga digemparkan dengan kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH 370, sehingga ke saat kak ruby menguli kuih pau ni pun masih belum ada sebarang berita gembira lagi. Kehilangannya penuh misteri, hilang ghaib begitu saja.........sama-sama lah kita berdoa dan dirikan solat hajat meminta pada Allah Yang Maha Berkuasa, hanya Allah sahaja lah yang tahu dimana dan apa yang terjadi pada MH 370. Jangan jemu-jemu, terus berdoa.
Walau apa pun kerja harian tetap diteruskan, untuk petang ni kak ruby sediakan pau keledek berbentuk bunga ros hihihi, ni resepi lama kak ruby kembalikan kenangan lama, resepi asal dari azlita masam manis tapi kak ruby tukar kan keledek purple pada keledek putih.
PAU KELEDEK

Cara :

Bahan :
|
250 gm keledek putih - di
kukus atau di rebus
200 gm air
500 gm tepung pau
1 t/s baking powder
100 gm gula
50 gm shortening atau lemak sayuran
1/4 t/s garam
11 gm yeast segera
200 gm air
500 gm tepung pau
1 t/s baking powder
100 gm gula
50 gm shortening atau lemak sayuran
1/4 t/s garam
11 gm yeast segera
Keledek, dicuci bersih dan di rebus. Buang kulit keledek dan kisar keledek
dengan air sehingga halus. masukkan semua bahan kedalam bread maker dan set doh
dan biar hingga ia menjadi doh yang lembut.
Kalau guna tangan.
Bancuh sedikit air suam dengan yis dan biar ia berbuih. ( sukatan air mestilah sama dengan sukatan yang di beri - gunakan 1/2 air untuk kisar keledek dan 1/2 lagi untuk naikkan yis)
Campurkan semua bahan kecuali shortening, dan uli hingga menjadi doh yang lembut
Masukkan shortening dan uli hingga menjadi doh yang lembut dan tak melekat di tangan.
Jika adunan terlembik boleh tambah sedikit lagi tepung. (kak ruby bagi adunan kepada 2 bahagian, 1 bahagian warnakan dengan warna merah, dan 1 bahagian lagi warnakan merah jambu )
Tutup doh dengan towel dan simpan .... sehingga doh naik 2 kali ganda lebih kurang 1 jam

Setelah doh naik tumbuk2 doh untuk keluarkan angin.
Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dengan berat 15 gm, isi inti dan letak doh atas kertas lapik, untuk pau rose bulat-bulat kecil je, sebab apabila digulung dan dikukus pau akan mengembang.
Rehatkan doh sehingga naik 2 kali ganda
Kukus doh dalam kukusan yang telah di panaskan terlebih dahulu selama lebih kurang 10 - 12 minit

Friday, 7 March 2014
Bengkang Tepung Beras
Assalammualaikum, kali ni kak ruby buat bingka tepung beras pula, kuih ni kalau di sebelah negeri kak ruby dipanggil bengkang.....kuih bingka atau bengkang ni termasuk dalam senarai kuih2 tradisional melayu, ialah kuih zaman nenek2 kita dulu, budak2 sekarang mungkin tak berapa suka kot.......bagi kak ruby memang kak ruby suka, suka sangat...... kak ruby pun tidak lah pandai sangat buat kuih ni, hihihi cuma pandai makan aje......tapi bila kak ruby ambil resepi dari blog Yatie, baca dan buat betul2 alhamdulillah jadi dengan elok.......terima kasih banyak2 Yatie, sekali lagi terima kasih.
Bahan
1500 ml santan ( guna santan kotak 1000 ml + 500 ml air)
200 gm gula pasir
1500 ml santan ( guna santan kotak 1000 ml + 500 ml air)
200 gm gula pasir
50 gm gula merah
250 gm tepung beras
50 gm tepung tepng jagung
1/2 st. esen vanila
1 sk. garam
250 gm tepung beras
50 gm tepung tepng jagung
1/2 st. esen vanila
1 sk. garam
Cara
Satukan kesemua bahan dan kacau hingga sebati dan ditapis.
Masak adunan hingga pekat dan berkilat (hendaklah dikacau sentiasa
supaya tidak berkerak).
Tuangkan adunan ke dlm loyang yang beralas daun pisang atau
disapu dgn sedikit minyak.
Bakar dalam oven dengan api grill dulu hingga permukaan kuih garing
sikit atau berkulit, kemudian bakar dengan api bawah hingga masak pada
suhu 180C lebih kurang 30 minit. (30 minit api atas grill, dan 30
minit api bawah, 10 minit lagi api atas bawah)
Biarkan kuih benar2 sejuk baru dipotong dan dihidangkan.
Kuih ni agak
lembik ketika masih panas dan akan keras sedikit bila telah sejuk tapi
memang lembut bila dimakan.
Thursday, 6 March 2014
Air Barli
Assalammualaikum... di musim panas dan kering ni, bagus juga kita minum air barli kan....Selain dari membantu merendahkan kolesterol air barli juga boleh menyejukkan badan, tapi kena lah minum selalu2 ye. insyaAllah ia boleh mencegah berbagai penyakit.
AIR BARLI
Bahan
Barli - 1 pekat yang kecil
Air - secukupnya
Air gula - secukupnya

Cara
Cuci barli bersih-bersih, masukkan dalam periuk bersama air dan rebus sehingga barli kembang.
Ambil setengah dari barli yg direbus, blend hingga hancur. Kemudian masukkan semula ke dalam periuk rebusan barli tadi. Masak hingga mendidih. tutup api.
Bila hendak minum baru masukkan air gula, kacau sebati, Boleh diminum panas2 atau pun sejuk.

Tuesday, 4 March 2014
Lepat Labu
Assalammualaikum, labu tiga hari lepas masih ada lagi, tak tau nak masak apa, cari-cari resepi kuih muih dalam blog kawan-kawan ternampak lah lepat labu dalam blog Fiza's cooking, cantik nampak pun mcam sedap sangat, "boleh lah buat lepat labu" kata kak ruby, tapi daun pisang tak de......petang semalam apa lagi kak ruby pergi lah cari daun pisang di pasar malam presint 2........petang ni dapat lah kak ruby makan lepat labu, sedap, memang sedap...... terima kasih Fiza....tapi maaf kan kak ruby ye, sebab kak ruby buat dengan cara kak ruby, kak ruby campurkan kelapa dengan tepung dan tidak seperti yang Fiza buat, kak ruby lebih suka kelapa dicampur sekali dalam adunan.
LEPAT LABU
Bahan
1/2 biji labu
2 cawan tepung gandum
1/2 cawang tepung jagung
1/4 cawan gula
1/2 cawang kelapa parut
1/2 sudu teh garam
daun pisang secukupnya - dibersih dan dilayur

Cara
Labu dikupas, dibersih dan rebus sehingga empuk kemudian ditoskan, dilenyek sehingga halus, ketepikan.
Satukan tepung gandum, tepung jagung, gula, kelapa parut dan garam ke dalam mangkuk gaul hingga rata, masukkan labu yang di lenyek tadi gaul lagi sehingga semua nya sebati.
Ambil adunan dua sudu besar letakkan di atas daun pisang yang telah dilayur, bungkus lah kemas2 dan masukkan ke dalam pengukus.
Kukus selama 15 - 20 minit, setelah sejuk hidangkan.

Monday, 3 March 2014
Bubur labu candil
Assalammualaikum....alhamdulillah petang semalam Allah turun kan hujan, walau pun setengah jam je cukuplah untuk basah dan sejukkan bumi yang kering lagi panas ni, terima kasih Allah........hihihi bubur labu campur candil ni pun kak ruby buat petang semalam, atas kesuntukkan masa hari baru dapat publish kan, sibuk sikit kak ruby sekarang. apa2 pun bubur ni memang sedap.
BUBUR LABU CANDIL
Bahan
1/2 biji labu - dipotong kecil2
200 ml santan kotak
2 cawan air
1/2 cawan gula - boleh tambah kalau nak manis
1/4 cawan gula merah - bancuh dengan sedikit air panas, ditapis
1/4 cawan sagu - direndam dan ditoskan
2 helai daun pandan - disimpul
garam secukupnya
untuk buah candil
1 cawan tepung pulut *
1/2 cawan tepung gandum *
sedikit garam *
air secukupnya
Gaulkan bahan yg bertanda * dan masukkan air sedikit demi sedikit, uli hingga menjadi doh yg lembut.
Didihkan air dalam periuk, bulat2kan doh menjadi bebola kecil, kemudian rebus ke dalam air yg mendidih tadi, apabila sudah timbul angkat dan tapiskan. ketepikan.

Cara
Dalam periuk satukan santan, air, gula, garam, daun pandan dan juga air gula merah yg ditapis. Masak atas api sehingga mendidih sambil dikacau selalu, masukkan labu dan candil tadi, sekali sakali kacau lagi hingga mendidih, kemudian masukkan sagu kacau lagi bila sagu sudah kembang, rasa dan tutup api.

Saturday, 1 March 2014
Puding Sumi
PUDING SUMI
Bahan
1 - 2 bungkus sumi jelly
5 cawan air
10 gm serbuk agar2
1 cawan gula
4 sudu besar tepung kastad
1 tin susu cair
sedikit garam

Cara
Susun jelly sumi di dalam bekas yang sesuai. Ketepikan.
Didihkan air, serbuk agar2 dan gula. Sebatikan susu cair dan tepung kastad. Kemudian masukkan dalam agar2 tadi. Kacau selalu hingga mendidih. Kacau lagi hingga pekat sedikit. Angkat dan tuangkan kedalam acuan yang berisi jelly sumi tadi, sejukkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)