Nuffnang Ad

Thursday 19 March 2015

Kuih Koci Pulut Hitam

Assalammualaikum dan salam hari Jumaat.....ni cerita petang semalam, untuk minum petang semalam punya,  biasa lah tak kesempatan masa kan, hari ni curi-curi masa sikit dapat lah juga jari jemari ni menaip untuk kayumaniskorner hihihi...... Kuih koci pulut hitam itu lah resepi kak ruby petang semalam, cara kak ruby buat ringkas je macam buat buah melaka tu, rebus doh yg sudah di bubuh inti dan dibulatkan. kemudian bungkus senang kan.  Untuk inti nya kak ruby buat inti kelapa.
Sedaaaap, liat-liat gitu, nak sedap lagi lebihkan santan pekat nya tu.


KOCI PULUT HITAM

Bahan
250 gm tepung pulut
1/2 cwn tepung pulut hitam
1 1/2 cwn air
daun pisang secukupnya - dibersih dan dilayur, potong dlm 5"x 5"


Cara
Dalam mangkuk adunan satukan kedua-dua tepung, masukkan air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yang lembut tidak melekat ditangan dan juga mangkuk. (jika kurang air tambah sedikit lg).
Dengan menggunakan plastik atau daun pisang letak sedikit minyak, ambil sejemput doh dan leperkan, masukkan 1 sudu teh inti kelapa, tutup inti, bentukkan bulat-bulat, buat lah proses ini hingga adunan habis.















Sementara itu, didihkan air dalam periuk, masukkan doh bulat-bulat td, masak sampai doh terapong macam masak buah melaka, angkat toskan.
Sebelum itu sediakan santan pekat, Caranya ambil 3 cawan santan pekat + 1 sudu besar tepung gandum/tepung jagung + garam secukupnya, kacau diatas api hingga pekat, tutup api, masukkan doh yg ditoskan tadi, gaulkan.
Ambi sebiji doh yang digaul bersama santan pekat, letakkan diatas daun pisang yg dilayur, kemudian bungkus lah macam kuih koci, buat lah hingga habis.
Kukus selama 5 minit. siap

1 comment:

  1. Assalamualaikum...
    senang ye buat camni.. gerenti tak melekat2 kat daun pisang tu... bolehlah cuba cara rebus dulu camni.. selalu sy buat bungkus mentah2 gitu...
    lama juga tak pekena kuih koci ni... sedap layan utk minum petang..

    ReplyDelete