Nuffnang Ad

Monday 23 March 2015

Air tembikai sebagai ubat

Assalammualaikum, Dua bulan lepas, salah seorang dari orang2 tersayang kak ruby disahkan oleh doktor mengalami sakit batu karang diperingkat awal, walaupun diperingkat awal tapi kak ruby tengok dari dia menahan kesakitan bukan main sakit lagi, sampai tak tidor malam, tak lalu makan, asik menyebut sakit-sakit......Kak ruby bertanya pada saudara mara, sahabat handai untuk mendapat ilmu bagaimana untuk kurangkan rasa sakit bila terkena batu karang.....alhamdulillah bermacam-macam cara kak ruby dapat, salah satu dari banyak2 cara tu, kak ruby tertarik dengan cara makan buah tembikai atau minum jus nya......kak ruby cari di blog,  memang banyak khasiat buah tembikai ini rupa....best nya ada dua tiga orang pesakit batu karang cerita, bila makan minum jus tembikai banyak2 hingga dua tiga biji,  sakit batu karang mereka hilang dan ada yang batu karang keluar dengan sendiri nya......kak ruby pun dengan buat cara yang sama untuk orang tersayang kak ruby, alhamdulillah sakit batu karang nya dah tak sakit lagi......terima kasih Allah, terima kasih Tuhan ku Allah yang Maha Kaya.


JUS TEMBIRAI

Bahan
1 biji buah tembikai - buang kulit dan potong kecil2
gula - kak ruby tak letak
air -kak ruby tak letak
ketul2 ais kak ruby tak letak



Cara
Blend tembikai yang sudah dipotong kecil2,  tanpa air, tanpa gula dan tanpa ais.
masukkan dalam gelas minum.

*kak ruby buat 3 biji tembikai utk tiga hari = 1 biji 1 hari.


9 comments:

  1. Xtau pun kak ruby..ini pengubatnya...boleh lah bgtau sape2 nti kalau ada bertanya

    ReplyDelete
  2. Ye...lah kak Ruby, tak tahu pun buah tembikai ni sebenarnya jadi ubat untuk mereka yang menderita sakit batu karang. Selepas ni kalau ada yang minta petua, bolehlah bagitau.

    ReplyDelete
  3. Tq info..mmg sedap minum jus ni..

    ReplyDelete
  4. tu lah kekawan semua cheq da, zillah n rohah .....pada mula nya kak ruby pun macam tak pecaya je, kak ruby buat jugak dgn penuh yakin dan minta pada Allah....alhamdulillah pada hari2 selepas minum jus tembikai tu org tersyg kak ruby kata tak sakit lagi.......kak ruby menitis air mata, semua nya itu dengan izin Allah jua.

    ReplyDelete
  5. tapi awas penyakit ASMA, Saya pernah di masuk kan ke dlm wad semalam 6 hati akibat sesak nafas, tu pun umar panjang,terus bilik kecemasan..

    ReplyDelete
  6. Terima kasih atas perkongsian.. Saya sedang cuba

    ReplyDelete
  7. Kalau untuk kencing manis bole ke agaknya

    ReplyDelete
  8. Sesuai jgk utk yg kencing manis.. Sy dr 14 turun 6.5 slepas amalkan jus tembikai...

    ReplyDelete
  9. unikltipupelajar.blogspot.com

    ReplyDelete