Nuffnang Ad

Monday 5 January 2015

Kek Lapis Kukus Cream Cheese


KEK LAPIS KUKUS CREAM CHEESE

Bahan A
250gm cream cheese
50gm gula halus
1 biji telur
1 sudu besar air
1 sudu besar tepung gandum

Cara
Pukul cream cheese bersama gula sehingga sebati.  Masukan telur diikuti dengan air dan tepung gandum, pukul lagi dan gaul sebati.  Biarkan sebantar.


Bahan B (kek)
2 biji telur
1 cwn gula
1 sudu kecil vanila
sedikit garam
1/2 cwn air panas didih
1/2 cwn susu segar/cair
1/2 cwn minyak jagung
1 cwn tepung gandum *
3 sudu besar serbuk koko *
1 sudu kecil baking soda *
1/2 sudu kecil baking powder *

















Cara
Ayak bahan yang bertanda * ketepikan dulu
Pukul telur bersama gula hingga kembang, masukkan vanila dan garam, masukkan air panas, susu dan minyak jagung gaul sebati,  masukkan bahan * yang sudah diayak tadi, gaul sebati lagi, biarkan sebentar.  Bahagikan kpd 2 bahagian sama banyak.

Cara memasak
Panaskan kukusan dan balut penutup nya dengan kain, guna api sederhana je.  Sapukan sedikit minyak/butter disekeliling loyang dan alas dengan kertas minyak.
Tuangkan adunan coklat, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 15 minit, selepas itu tuangkan pula adunan cream cheese diatasnya, tutup semula dengan aluminium foil dan kukus lagi selama 15 minit.  Akhir sekali tuang adunan coklat dan kukus lagi selama 15 minit atau hingga masak.
Setelah betul2 sejuk, bleh dipotong dan hidangan.


2 comments: