Assalammualaikum, sekarang dah musim panas, apa kata kita makan puding untuk sejuk kan tekak, aduuuuh sedap sangat, lebih sedap lagi keluar je puding dari peti ais terus makan........
PUDING ROTI
Bahan
4 keping roti
10 gm serbuk agar-agar
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan gula - boleh kurang
3 1/2 cawan air
170 ml susu cair
2 sudu besar butter- dicairkan
pewarna apa2 yg disukai
Cara
Masak 3 cawan air, serbuk agar-agar dan gula sehingga mendidih.
Blend roti, telur, susu pekat, susu cair dan baki air 1/2 cawan tadi, kemudian masukkan kedalam periuk agar2 yang sedang mendidih, kacau masukkan pula butter, kacau rata sampai mendidih matikan api.
Bahagikan kpd 2 atau 3 bahagian. Satu bahagian warna asal, satu bahagian masukkan pewarna dan satu bahagian lagi letak lah warna pilihan sendiri.
Tuang ke dalam loyang atau acuan kecil2 secara berselang seli, 1 senduk warna asal, 1 senduk warna pilihan dan 1 senduk lg warna pilihan, ulangi proses melapis ini hingga habis.
Sejukkan dalam peti ais sebelum dipotong.
No comments:
Post a Comment