Nuffnang Ad

Monday, 3 March 2014

Bubur labu candil

Assalammualaikum....alhamdulillah petang semalam Allah turun kan hujan, walau pun setengah jam je cukuplah untuk basah dan sejukkan bumi yang kering lagi panas ni, terima kasih Allah........hihihi bubur labu campur candil ni pun kak ruby buat petang semalam, atas kesuntukkan masa hari baru dapat publish kan, sibuk sikit kak ruby sekarang.  apa2 pun bubur ni memang sedap.


BUBUR LABU CANDIL

Bahan
1/2 biji labu - dipotong kecil2
200 ml santan kotak
2 cawan air
1/2 cawan gula - boleh tambah kalau nak manis
1/4 cawan gula merah - bancuh dengan sedikit air panas, ditapis
1/4 cawan sagu - direndam dan ditoskan
2 helai daun pandan - disimpul
garam secukupnya

untuk buah candil
1 cawan tepung pulut *
1/2 cawan tepung gandum *
sedikit garam *
air secukupnya

Gaulkan bahan yg bertanda *  dan masukkan air sedikit demi sedikit, uli hingga menjadi doh yg lembut.
Didihkan air dalam periuk, bulat2kan doh menjadi bebola kecil,  kemudian rebus ke dalam air yg mendidih tadi, apabila sudah timbul angkat dan tapiskan. ketepikan.



Cara
Dalam periuk satukan santan, air, gula, garam, daun pandan dan juga air gula merah yg ditapis.  Masak atas api sehingga mendidih sambil dikacau selalu, masukkan labu dan candil tadi, sekali sakali kacau lagi hingga mendidih,  kemudian masukkan sagu kacau lagi bila sagu sudah kembang, rasa dan tutup api. 



Saturday, 1 March 2014

Puding Sumi



PUDING SUMI

Bahan
1 - 2 bungkus sumi jelly
5 cawan air
10 gm serbuk agar2
1 cawan gula
4 sudu besar tepung kastad
1 tin susu cair
sedikit garam



 Cara
Susun jelly sumi di dalam bekas yang sesuai. Ketepikan.
Didihkan air, serbuk agar2 dan gula. Sebatikan susu cair dan tepung kastad. Kemudian masukkan dalam agar2 tadi. Kacau selalu hingga mendidih. Kacau lagi hingga pekat sedikit. Angkat dan tuangkan kedalam acuan yang berisi jelly sumi tadi, sejukkan.

Thursday, 27 February 2014

Kek Lapis Asam Manis lagi



KEK LAPIS ASAM MANIS

Bahan:
10 biji telur
200 gm tepung biskut marie
100 gm tepung hongkong
450 gm mentega
1 sudu besar ovellete
1 sudu kecil esen vanila
150 gm gula halus (kak ruby kurangkan)
300 gm susu pekat manis (kak ruby kurangkan)
Asam manis (howflake) secukupnya
pewarna pilihan sendiri


 

Cara
Pukul telur, gula, esen vanila dan ovellete hingga kembang.  Dalam bekas lain putar mentega dan susu pekat hingga putih berkrim.
Kemudian satukan kedua-duanya, masukkan tepung biskut marie dan tepung hongkong, kacau sebati hanya gunakan spatula je dan kemudian putar lg 1 minit utk pastikan adunan benar2 sebati.
Bahagikan kepada 3 bahagian, warnakan setiap bahagian dengan warna pilihan.
Bakar selapis-selapis dan susun dengan asam manis setiap lapisan.


Untuk lapisan pertama gunakan api atas bawah,  untuk lapisan kedua dan seterusnya api ATAS saja.

Tuesday, 25 February 2014

Goreng Sukun

Assalammualaikum,  buah sukun ialah buah yang kak ruby tidak pernah kenal dan tahu tau pun, sehingga lah kak ruby berumah tangga, baru lah kak ruby tau apa itu sukun.......itu pun setelah kak ruby pergi ke rumah keluarga sebelah suami kak ruby, pertama kali makan tertanya-tanya buah apa ni? tak pandai nak menilai sedap ke tidak.....bila sudah selalu makan baru terasa kesedapan goreng sukan,  terutama sekali bila makan panas2 ooooo sedap rupa nya.   Sekarang kak ruby jadi peminat setia sukun,  sedap jugak di goreng begitu saja tanpa gunakan tepung, cuma selepas dicuci gaul kan dengan sedikit garam, kemudian goreng sedap.
  

GORENG SUKUN

Bahan
1 biji buah sukun
 - dikupas dan dibersih, potong dgn cara tersendiri, bersih lagi sekali dan toskan.

Bahan lain
tepung beras *
tepung gandum *
sedikt garam *
sedikit kunyit *
air secukupnya
minyak untuk mengoreng



                     buah sukun yg digoreng tanpa tepung

Cara
Campurkan bahan yang bertanda *, masukkan air sedikit demi sedikit kacau hingga tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
Kemudian celupkan sukun yang ditoskan, dalam adunan tepung,  goreng lah hingga kekuningan




Sunday, 23 February 2014

Donat lagi

Assalammualaikum, terasa pula tekak ni nak makan donat.......tapi kali ni resepi donat lain sedikit dari yang selalu kak ruby buat, resepi ni kak ruby ambil dari rakan fb iaitu adik Aida kesayangan kak ruby......kak ruby ikut je apa yang aida tulis, alhamdulillah jadi dengan jayanya. Terima kasih adik aida.


DONAT

Bahan
500 gm tepung berprotein tinggi/tepung gandum
11 gm yis
200 ml air sejuk (dr peti sejuk)
50 gm marjerin/mentega
1 sudu mkn shortening
2 sudu mkn gula pasir
2 sudu mkn susu tepung
1 biji telur
1 sudu teh dough softener
1/2 sudu teh garam





Cara
Didalam bekas besar, tuangkan air suam.  Masukkan yis segera, gula, susu, marjerin dan shortening.  Kacau sedikit dan biarkan selama 8 - 10 minit.
Bila yis mula berbuih, ayakkan separuh dari tepung gandum terus kedalam adunan, masukkan pula telur yang dipukul sedikit dan juga garam.  Kacau adunan sehingga sebati.
Ayak lagi tepung selebihnya, gaul menggunakan sudu seketika barulah di uli menggunakan tangan, tak perlu habiskan tepung tapi kalau adunan masih lg lembek boleh tambah tepung.
Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan.  Doh tidak perlu direhatkan (kalau nak rehat kan, pun boleh gak selama 5 - 10 minit) boleh terus  sahaja dicanai setebal 1 1/2 inci,
Terap doh mengikut acuan donat atau bentuk kesukaan sendiri, Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dipanaskan dgn api perlahan.  Gunakan minyak yang banyak untuk mengoreng.
Goreng sehingga kekuningan dan toskan, sedia untuk dihidangkan bersama gula halus atau topping.

*kak ruby mix semua bahan dan uli terus.               

Saturday, 22 February 2014

Air Epal Hijau

Assalammualaikum,  Di luar masih lagi cuaca panas setitik hujan pun belum turun, malah semua empangan sudah hampir ke tahap kritikal, kebakaran makin menjadi-menjadi sana sini terbakar....... bagi kak ruby  alhamdulillah walau apa sekali pun keadaan, sebab Allah Maha Mengetahui..........
Jadi untuk hilangkan dahaga dan nak sejukkan tekak,  kak ruby publish kan pula air epal hijau, ini pun salah satu dari air kesukaan kak ruby.   Boleh dikatakan setiap hari kak ruby minum, kalau penyakit malas tu datang mula lah 4 atau 5 kali je seminggu.  Sedap tau minum sejuk2 hilang rasa panas.
    

EPAL HIJAU
Disini kak ruby cerita kan sedikit perihal khasiat epal hijau, yang kak ruby baca dari internet........
Epal hijau memang banyak khasiat sebab kandungan nutrisi nya yang tinggi.  Seperti zat besi, magnesium, potasium, kalsium, sodium, vitamin A, B, C dan serat yang mudah larut.
Sebahagian kandungan vitamin C nya terletak dibawah kulit,  Oleh itu digalakkan makan epal hijau dengan kulitnya sekali.  Yang paling kak ruby suka sekali epal hijau ni boleh mengurangkan berat badan.


Khasiat epal hijau
Menghalang pembinaan plaq kolesterol dalam dinding salur darah dan mengurang risiko penyakit jantung.
Membantu kesihatan menguatkan fungsi paru-paru.
Menguatkan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
Mengekalkan berat badan.
Mengurangkan kekerapan mendapat asma.
Mengurangkan risiko mendapat penyakit  barah.


Thursday, 20 February 2014

Air Soya

Assalammualaikum, air soya satu lagi air kesukaan kak ruby, kak ruby suka air ni.........kak ruby mula pandai buat air soya dan suka minum sewaktu kak ruby mengadung anak pertama,  entah,  waktu tu suka sangat, boleh dikatakan setiap hari kak ruby minum, apa lagi kalau pergi pasar malam kak ruby akan beli tiga empat  bungkus kemudian simpan dalam peti ais, bila dah sejuk berulang ulang kak ruby minum.
 
Dari situ lah timbul ingin buat sendiri........ bukan nya susah sangat pun, hanya mesti ada kerajinan je,  sebagai permulaan kak ruby beli kacang soya 500 gm iaitu 1/2 kilo.  Rendam semalaman bagi kacang kembang, pastu cuci bersih dan toskan, masukkan ke dalam blender masukkan air bersih sampai tengelam kacang soya, blend hingga halus.  Kemudian tapis dengan menggunakan kain kasa putih, sambil itu perah sampai air nya keluar habis.  Boleh lah dimasak bersama sedikit garam dan daun pandan yang disimpul.  Masak sampai mendidih dengan api perlahan je, tutup api.  Bila nak minum baru masukkan air gula.  Boleh diminum panas-panas atau pun sejuk.  Itu lah cara kak ruby.


Khasiat Kacang soya
Tidak perlu dicerita lagi semua orang suka minum air soya,  apa tidak nya cuba pergi pasar malam, bertong-tong air soya jual disitu,  ini mungkin semua orang sudah pandai dan tahu khasiat air soya yang tinggi protein nya.


Seperti yang kak ruby baca dalam internet.......dan kak ruby share pula disini ye.......
Kacang soya merupakan makanan seimbang yang sangat baik dan ia juga lebih murah daripada daging, susu ataupun telur.   Kacang soya mengandungi 50% protein bagi setiap 100 gm kacang soya, merupakan 2 kali lebih daripada kacang tanah, 11 kali lebih daripada susu dan 3 kali lebih daripada telur.
Ia juga kaya dengan bahan mineral seperti kalsiam, sodium, manganese, magnesiam, iron dan fosforus, vitamin A,B,C,dan D, serta lesitin yang boleh dijadikan bahan pengganti susu bagi bayi yang mempunyai alahan terhadap susu lembu, manakala protein yang terdapat pada kacang soya boleh mengurangkan risiko penyakit kanser dan jantung.
Itu lah yang kak ruby baca, apa-apa pun semua nya hanya dengan izin Allah jua.