KARIPAP APAM
Bahan
1 cawan tepung gandum
1 cawan air
1/2 cawan susu cair
1/2 sudu teh yis kering
2 sudu mkn gula pasir
1/2 sudu teh eno (peket warna biru)
secubit garam
sedikit pewarna hijau/kuning
Cara
Satukan tepung, air, gula, garam dan susu cair kedalam satu bekas. Kacau dengan whisk hingga larut kesemuanya, masukkan yis dan kacau lagi hingga betul2 larut.
Rehatkan 1 jam hingga adunan naik, lepas itu letakkan beberapa titik pewarna, masukkan pula eno dan kacau hingga buih pada adunan tadi mengecil.
Panaskan pan non-stick, sapu sedikit minyak, masukkan 1 senduk adunan tadi dan loyangkan diatas pan supaya ia jadi bulat, masak dalam 2 3 minit je, angkat letakkan kedalam acuan karipap dan letak inti kelapa, tekan acuan, siap.
Assalammualaikum dan salam hari Jumaat....... hari ni kak ruby buat dessert aiskrim goreng, 1st time ni kak ruby buat.....memang sedap, makan panas panas.
AISKRIM GORENG
Bahan
12 keping roti putih
aiskrim - apa2 perisa je
plastik wrap - untuk simpan roti dlm peti ais
cawan atau gelas bulat besar - untuk tekan roti
minyak
Cara
Lembahkan roti dengan sedikit air.
Skopkan aiskrim dan letak di atas roti, Kemudian tutupkan aiskrim dengan sekeping roti lagi.
Ambil apa acuan yg bulat (kak ruby guna cawan je) tekan diatas roti sampai roti terputus.
Masukkan dalam plastik dan simpan dlm peti ais semalaman. Keluarkan, goreng dalam minyak yang betul2 panas hingga keemasan. Angkat.
Makan panas2 sedap.
Kak ruby tertarik dengan resepi pandan pancake with vanilla ice cream dari blog Che Ct........jadi petang semalam kak ruby buat lah untuk minum petang, tapi yang sedih nya kak ruby tak de stok ais krim di dalam peti ais, jadi kak ruby guna butter jeeee......MAAF ye Che Ct dah jadi lain pula nama dia bila tak letak ais krim diatas pancake tu ..........walaupun letak butter tetap sedap Ct, sedap sangat, lembut. Yang kak ruby paling suka cara penyediannya ringkas je, tak perlu masa yang lama....senang bila ada kawan2 datang ke rumah, boleh sediakan. Terima kasih Che Ct.......
PANDAN PANCAKE
Bahan kering
1 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda
1/2 sudu besar gula kaster
secubit garam
Bahan cecair
1 biji telur besar
1 cawan susu segar
1 sudu besar mentega - dicairkan
1 sudu teh esen pandan
pewarna hijau
Cara
Campurkan semua bahan kering dalam mangkuk besar.
Dalam mangkuk lain, campurkan semua bahan cecair kacau dengan whisk hingga rata.
Masukkan perlahan-lahan adunan cecair kedalam adunan kering. Kacau hingga rata dan sehingga tiada ketulan tepung lagi. Jika adunan terlalu pekat tambahkan sedikit lagi susu.
Tutup adunan dan rehatkan kira-kira 30 minit.
Gris frying pan dengan mentega nipis2 dan panaskan dengan api perlahan. Tuangkan adunan anggaran 1/3 cawan dan masak hingga nampak lubang-lubang kecil diatasnya, terbalikkan perlahan-lahan, masak lagi hingga bahagian bawah kekuningan. Angkat.
Hidangkan bersama lapisan inti kegemaran.
Dua minggu lepas, selepas hantar suami ke tempat kerja, kak ruby singgah di salah satu kedai bakery yang terdapat Putrajaya ......kak ruby tertarik dengan satu kek ni, cantik.... kak ruby beli, makan sebagai sarapan....sedap...timbul lah minat kak ruby ingin mencuba, " tapi macam mana resepi nya, bentuk dia boleh lah tiru" fikir kak ruby.....tapi, tapi, tapi macam2 persoalan yang timbul.....kak ruby tinggalkan begitu saja hingga beberapa hari.....semalam ingatan pada kek tu datang lagi, kak ruby nekad "aku mesti buat" dengan menggunakan resepi spounge cake kak ruby terus mencuba dengan cara kak ruby......ini lah bentuk dan hasil dia hehehe hihihi ada tali pula......itu yang kak ruby gelak sendirian, kak ruby guna daun kucai sebagai tali, apa boleh buat kalau tak ikat dia tak lekat, jadi kena lah ikat.......daun kucai pun daun kucai lah. Itu lah sejarah tercipta nya kek ini....reka2 cipta sendiri, hasil dari tiru sana tiru sini, nama kek pun kak ruby cipta sendiri. Sapa2 yang ingin mencuba teruk sikit tau sebab kena ikat dengan daun kucai.
*bentuk dia lebih kurang lah dengan kek yang terdapat di bakery tu.
FOLDERED SPOUNGE CAKE
Bahan A
100 ml air
5 biji kuning telur
45 ml minyak jagung
70 gm gula kastor
140 gm tepung gandum/superfine
1 sudu teh serbuk penaik
sedikit esen vanila
sedikit pewarna kuning
Bahan B
5 biji putih telur
70 gm gula kastor
Bahan C
300 ml whipping cream - pukul sampai kental
strawbery
beberapa helai daun kucai - celur dgn air panas sekejap
Cara
Pukul bahan B hingga menjadi meringue, ketepikan.
Pukul air,
kuning telur dan minyak jagung hingga berbuih. Masukkan gula dan esen
vanila pukul hingga kembang, masukkan sedikit demi sedikit tepung yg
telah diayak bersama serbuk penaik dan kacau
sebatikan.
Satukan bahan B kedalam bahan A, secara kaup balik, dengan hanya menggunakan senduk kayu saja. Jangan guna mixer.
Setelah sebati masukkan kedalam loyang yg telah dialas dengan kertas minyak.
Bakar selama 1 jam dengan oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu, suhu 160c dengan kaedah water bath guna api bawah sahaja.
Sejukkan dulu sebelum dipotong lintang 4 lapis. Kemudian potong bulat dibahagian tengah nya yang berukuran 5 1/2 inci.
Lepas tu buat dan bentuk lah seperti gambar diatas.
Assalammualaikum, tengahari semalam kak ruby masak lontong....tapi hari ni baru dapat masuk kat kayumaniskorner, entah lah sibuk atau malas ke kak ruby ni atau pun masaalah yang tak habis2.......ok lah kak ruby biar kan hari semalam berlalu, biarkan ia pergi dengan seribu persoalan.......Hari ini kak ruby mahu kan hari bahagia, Ya Allah Ya Tuhan ku Damai kan lah jiwa hamba mu ini....Amin
LONTONG
Bahan Untuk Kuah Lodeh
200 ml santan - 1 kotak + 2 cwn air
6 tangkai kacang panjang - potong panjang *
1 batang lobak merah - potong panjang
1/4 kobis bulat - hiris sederhana besar
2 keping tauhu - potong kiub
1 ikat kecil suhoon - potong pendek, rendam *
30 gm fucuk - potong pendek, rendam
sedikit kunyi
garam secukupnya
1 biji bawang besar - dihiris
4 ulas bawang putih - dihiris
2 batang serai - diketuk
10 gm udang kering - ditumbuk kasar
Untuk bahan sampingan
Nasi impit
Sambal kacang
Telur rebus
Cara
Masukkan semua bahan kedalam periuk kecuali bahan yang brtanda * masak hingga mendidih (kacau selalu supaya santan tidak pecah minyak) baru masukkan sayur kacang panjang dan suhoon. Biarkan sekejap, rasa garam secukupnya, tutup api.
Hidang bersama bahan sampingan.
Resepi ni kak ruby ambil dari blog Rohah.....resepi asal kata nya dari Chef Asma, terima kasih pada kedua-duanya. Memang sedap....tak rugi pada yang ingin mencuba.
SERI MUKA DALIMA (Loyang 10 x 10 x 2)
Bahan Untuk Lapisan Bawah
500 gm beras pulut
300 ml santan pekat
300 ml air
2 sudu kecil garam
20 gm sugu kecil - rendam dgn air & pewarna merah dan toskan
Cara
Rendam pulut sekurang-kurangnya 4 jam. Basuh bersih beras pulut dan toskan, campurkan dengan santan, air dan garam. Masukkan kedalam loyang, kukus selama 30 minit atau hingga pulut masak, bila pulut masak gaulkan dengan sagu.
Kemudian masukkkan ke dalam loyang yang telah dilapik dengan plastik dan tekan pulut padat2.
Bahan Untuk Lapisan Atas
300 gm gula halus (kak ruby kurangkan)
100 gm tepung kastrad
400 ml santan pekat
400 ml air
3 biji telur
1/2 sudu kecil garam
sedikit esen vanila
pewarna kuning
Cara
Satukan semua bahan diatas, kacau hingga sebati, tapiskan.
Masak sekejap diatas api kecil hingga naik wap. Tuang ke atas lapisan pulut tadi dan kukus lah selama 30 minit. Biarkan sehingga betul2 sejuk sebelum dipotong.
Semalam cuti hari Wilayah, kak ruby dan suami tak p jalan mana2....cuma dirumah je, bagai merpati dua sejoli......bukan apa, cuma ikut nasihat doktor, doktor dah nasihat kan kak ruby banyak berehat jangan stres diri, sebab darah kak ruby naik melambung-lambung lagi, jadi kak ruby pun tengok tv seharian.....petangnya mula lah boring, suami cakap buat lah apa saja dengan rela hati bukan dengan paksaan.....kak ruby apa lagi mula lah dengan hobi kak ruby....memasak kuih muih...kak ruby cari bahan apa yang ada di rumah je, tak payah keluar untuk membeli, kak ruby kumpul2 bahan cukup lah untuk jadikan sebiji kek spounge dan siap topping2 nya sekali. Kak ruby buat dengan seronok dan enjoy ....... akhirnya jadi lah, walau pun tidak secantik mana, tapi kak ruby puas hati dengan hasil tangan kak ruby sendiri, sang suami pula puji cantik dan sedap sangat2 kata nya...............
CHOCOLATE SPOUNGE CAKE
Bahan A
100 ml air
5 biji kuning telur
45 ml minyak jagung
70 gm gula kastor
140 gm tepung gandum/superfine
1 sudu teh serbuk penaik
3 sudu makan serbuk koko
sedikit esen vanila
Bahan B
5 biji putih telur
70 gm gula kastor
Cara
Pukul bahan B hingga menjadi meringue, ketepikan.
Pukul air, kuning telur dan minyak jagung hingga berbuih. Masukkan gula dan esen vanila pukul hingga kembang, masukkan sedikit demi sedikit tepung yg telah diayak bersama serbuk penaik dan juga masukkan serbuk koko, kacau sebatikan.
Satukan bahan B kedalam bahan A, secara kaup balik, dengan hanya menggunakan senduk kayu saja. Jangan guna mixer.
Setelah sebati masukkan kedalam loyang yg telah dialas dengan kertas minyak.
Bakar selama 1 jam dengan oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu, suhu 160c dengan kaedah water bath guna api bawah sahaja.
Bila masak sejukkan, boleh lah dipotong lintang 2 atau 3 lapisan.
Hias lah dengan cara tersendiri.