Nuffnang Ad

Sunday, 3 February 2013

Seri Muka Delima

Resepi ni kak ruby ambil dari blog Rohah.....resepi asal kata nya dari Chef Asma, terima kasih pada kedua-duanya.  Memang sedap....tak rugi pada yang ingin mencuba. 


SERI MUKA DALIMA (Loyang 10 x 10 x 2)

Bahan Untuk Lapisan Bawah
500 gm beras pulut
300 ml santan pekat
300 ml air
2 sudu kecil garam
20 gm sugu kecil - rendam dgn air & pewarna merah dan toskan

 

Cara
Rendam pulut sekurang-kurangnya 4 jam. Basuh bersih beras pulut dan toskan, campurkan dengan santan, air dan garam.  Masukkan kedalam loyang, kukus selama 30 minit atau hingga pulut masak, bila pulut masak gaulkan dengan sagu.  
Kemudian masukkkan ke dalam loyang yang telah dilapik dengan plastik dan tekan pulut padat2.

Bahan Untuk Lapisan Atas
300 gm gula halus (kak ruby kurangkan)
100 gm tepung kastrad
400 ml santan pekat
400 ml air
3 biji telur
1/2 sudu kecil garam
sedikit esen vanila
pewarna kuning

 Cara
Satukan semua bahan diatas, kacau hingga sebati, tapiskan.
Masak sekejap diatas api kecil hingga naik wap.  Tuang ke atas lapisan pulut tadi dan kukus lah selama 30 minit.  Biarkan sehingga betul2 sejuk sebelum dipotong.     

2 comments:

  1. sedapkan kak kuih serimuka ni..

    ReplyDelete
  2. Saya pun teringin nak cuba buat lah...
    Nampak cam best je.

    ReplyDelete