Nuffnang Ad

Saturday 2 February 2013

Chocolate Spounge Cake

Semalam cuti hari Wilayah, kak ruby dan suami tak p jalan mana2....cuma dirumah je, bagai merpati dua sejoli......bukan apa, cuma ikut nasihat doktor, doktor dah nasihat kan kak ruby banyak berehat jangan stres diri, sebab darah kak ruby naik melambung-lambung lagi, jadi kak ruby pun tengok tv seharian.....petangnya mula lah boring, suami cakap buat lah apa saja dengan rela hati bukan dengan paksaan.....kak ruby apa lagi mula lah dengan hobi kak ruby....memasak kuih muih...kak ruby cari bahan apa yang ada di rumah je, tak payah keluar untuk membeli, kak ruby kumpul2 bahan cukup lah untuk jadikan sebiji kek spounge dan siap topping2 nya sekali. Kak ruby buat dengan seronok dan enjoy ....... akhirnya jadi lah,  walau pun tidak secantik mana, tapi kak ruby puas hati dengan hasil tangan kak ruby sendiri,   sang suami pula puji cantik dan sedap sangat2 kata nya...............
 
CHOCOLATE SPOUNGE CAKE

Bahan A
100 ml air
5 biji kuning telur
45 ml minyak jagung
70 gm gula kastor
140 gm tepung gandum/superfine
1 sudu teh serbuk penaik
3 sudu makan serbuk koko
sedikit esen vanila


Bahan B
5 biji putih telur

70 gm gula kastor
 

Cara
Pukul bahan B hingga menjadi meringue, ketepikan.
Pukul air, kuning telur dan minyak jagung hingga berbuih. Masukkan gula dan esen vanila pukul hingga kembang, masukkan sedikit demi sedikit tepung yg telah diayak bersama serbuk penaik dan juga masukkan serbuk koko, kacau sebatikan.

Satukan bahan B kedalam bahan A, secara kaup balik, dengan hanya menggunakan senduk kayu saja. Jangan guna mixer.
Setelah sebati masukkan kedalam loyang yg telah dialas dengan kertas minyak.
Bakar selama 1 jam dengan oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu, suhu 160c dengan kaedah water bath guna api bawah sahaja.


Bila masak sejukkan, boleh lah dipotong lintang 2 atau 3 lapisan.
Hias lah dengan cara tersendiri. 

No comments:

Post a Comment