Nuffnang Ad

Tuesday, 16 October 2012

Puding Aiskrim

Dah lama sangat aiskrim dalam peti ais kak ruby, tulah kak ruby ni,  dah tahu cuma berdua je, beli aiskrim kotak besar2....kan lambat nak habis...hampir sebulan aiskrim tu, tak mampu kak ruby nak habiskan lagi,  datang idea kak ruby nak buat puding aiskrim.......bila dah jadi puding tak sempat 1 hari habis pula, sedap rupanya, selamat lah aiskrim kak ruby.



PUDING AISKRIM

Bahan:
10 gm serbuk agar2
500 ml air
1/2 cawan gula
1/2 tin susu cair
1 sudu besar tepung jagung
2 biji telur (kak ruby tak letak)
3 cawan aiskrim apa2 je perasa (kak ruby letak aiskrim coklat chip)
 
Cara :
Bancuh susu cair dgn tepung jagung hingga sebati ketepikan.

Masak serbuk agar2 dgn air hingga mendidih, masukkan gula biarkan hingga gula larut.
Masukkan pula bancuhan susu cair tadi kacau hingga sebati dan biarkan mendidih sekejap, tutup api.   Masukkan aiskrim dan kacau hingga aiskrim cair sepenuhnya.  Kemudian masukkan kedlm acuan pilihan.  Sejukkan dalam peti ais.





Monday, 15 October 2012

kuih Sagu

Hari ni badan kak ruby masih lagi antara demam dgn tidak, kenapa kak ruby kata macam tu, ialah bila tiba je waktu senja mula rasa badan panas, makan ubat baik tidur sampai pagi, bangun pagi panas lgi mkn ubat baik...begitu lah dah hampir 2 minggu....bukan panas sangat2 pun, panas2 manja gitu.....mungkin cuaca skrg kot, hujan tak menentu....... selepas masak untuk makan tengahari, terasa juga untuk buat pencuci mulut, entah lh klu selepas makan nasi tak makan benda2 yang manis2 rasa tak selesa mulut kak ruby ni......jadi kak ruby buat juga pencuci mulut yang paling ringan dan senang.......kuih sagu....rasa kak ruby tak perlu lah letak resepi lagi, sebab dah ada resepi sebelum ini yg kak ruby letakkan, ni saja2 kak ruby nak abadikan gambar dlm blog kak ruby......








Thursday, 11 October 2012

Talam Keledek





TALAM KELEDEK
1/2 adunan : loyang 8 x 8

Bahan Lapisan Bawah : 
1 cawan keledek oren dipotong dadu (rebus & toskan)
80 gm tepung beras
125 ml santan pekat
225 ml air
1 sk tepung hoen kwee (kak ruby ltk tepung jagung)
80 gm gula halus
1/2 sk garam
 
Cara :
Bancuh semua bahan kecuali keledek, tapis dan masak hingga naik wap, tutup api, masukkan keledek tadi dan kacau hingga rata.  Tuang ke dlm loyang yg telah disapu dgn sedikit minyak (kak ruby sapu butter) atau alaskan dgn plastik dan kukus selama 15 minit.

Bahan Lapisan Atas :
80 gm tepung gandum
4 sudu besar gula halus
1 biji telur
125 ml santan pekat
250 mk air
sedikit garam
pewarna oren

cara :
Bancuh semua bahan, tapis ke dlm periuk dan masak hingga naik wap.  Tuangkan ke atas lapisan bawah tadi.  Kukus lah selama 30 minit atau hingga masak.

Wednesday, 10 October 2012

Kek Lapis Purnama

Entah macam mana sorang saudara kak ruby ni, mintak kak ruby buatkan kek lapis sarawak sebagai salah satu dpd hntaran prkhwinannya......selepas berfikir sekejap,  kak ruby cakap "good idea, k ruby akan buatkan"........hasilnya, dia terima dengan begitu gembira sekali.......buat saudara kak ruby ni, kak ruby ucapkan "selamat pengantin baru semoga bahagia hingga ke akhir hayat".


KEK LAPIS PURNAMA
resepi asal (rabiah amit)

Bahan A :
16 biji kuning telur
6 biji putih telur
200 gm gula halus
150 gm tepung hong kong
1 sudu mkn ovelette

Bahan B :
450 gm mentega (kak ruby guna buttercup)
1/2 tin susu pekat manis

Bahan C :
1 tin kecil seri kaya
100 gm nestum
pewarna, hijau, kuning, coklat dan oren
(ni utk 4 lps...tp kak ruby wat 3 lps je...warna pun kek ruby ikut selera sdiri)
 
Cara:
Pukul bahan A hingga ringan dan kembang, ketepikan.
Pukul pula bahan B hingga putih dan kembang.  Satukan adunan A dan B gaul sebati.
Kemudian masukkan seri kaya dan nestum, kacau rata, bahagikan adunan kepada 4 atau 3 bahagian.

Bahagian 1 warnakan hijau masukkan perasa pandan
Bahagian 2 warnakan kuning masukkan perasa pisang
Bahagian 3  warnakan coklat masukkan perasa kopi
Bahagian 4 warnakan oren masukkan perasa oren

Sediakan acuan 8 x 8 x 4, tuang selapis nipis bahagian warna hijau, bakar dgn api atas bawah ikut suhu oven masing2 selama 5 minit atau hingga kekuningan, masukkan pula adunan bahagian 2 warna kuning, utk lapisan ke 2 dan lapisan seterusnya guna api ATAS SAHAJA.  
Ulangi lah proses ini hingga habis kesemua adunan.

* Bagi kak ruby setiap lapisan, kak ruby letak sebanyak 6 sudu mkn dan ratakan.

Friday, 5 October 2012

Bahulu Cermai

Kalau zaman kak ruby dulu2 iaitu sekitar tahun 1970an, kuih bahulu ni hanya dapat makan waktu hari raya saja.....hari2 biasa ni susah nak dapat.....tapi sekarang zaman teknologi, berbagai peralatan canggih yg ada, bahulu senang nak buat....... sekarang bahulu bila2 masa pun ada, bersepah sana sini dalam berbagai perasa pula tu,  walau pun macam tu...tapi bahulu ada cara dia tersendiri untuk menjadi bahulu cantik dan sedap....bila tengok resepi dia memang mudah je, cuma telur, gula dan tepung......tp nak buat dia tak semudah resepi dia.   macam kak ruby mula2 buat, bahulu jadi keras macam batu, baling kat dinding pun tak pecah, punya keras nya.  Kak ruby belajar dan belajar akhir jadi juga bahulu lembut.......Alhamdullillah
 
BAHULU CERMAI

Bahan :
5 biji telur A 

125 gm gula halus 
125 gm tpg gandum (dijemur atau digoreng terlebih dulu)
1 sk esen rose
1/4 sk baking powder


Cara :
Pukul telur dgn gula dgn kelajuan kuat hingga kembang dan pekat, masukkan esen rose, kemudian ambil sedikit adunan telur ini, (i) masukkan kedlm bekas atau mangkuk kecil, masukkan 2 hingga 3 sudu besar tepung yg telah digoreng dan diayak bersama b/powder, kacau sebati agak2 adunan lembut, kemudian masukkan kedlm acuan yg telah di panaskan dulu dgn sedikit minyak. Ulangi langkah (i) hingga adunan telur dan tepung habis dibakar.
Bakar api atas bawah lebih kurang 15 minit atau hingga bahulu kekuningan.

* bila masak bahulu jadi lembut sangat atau keras – boleh lh tambah atau kurang sukatan tepung sudu tadi.

Thursday, 4 October 2012

Jelly Oren


JELLY OREN

Bahan :
4 biji oren 
10 gm agar bertali (agar2 serbuk pun boleh)
100 ml jus oren (dr perahan oren)
3 cwn air
1/2 cwn gula (boleh tmbh atau kurang)
sedikit pewarna kuning
 
Cara :
Cuci bersih2 buah oren dan belah dua, keluarkan isinya dan perah ambil jus, jadi kan 100 ml, ketepikan.
Masak agar-agar bersama 3 cwn air hingga hancur, masukkan gula biarkan hingga gula larut, masukkan jus oren tadi, kacau masukkan pewarna kuning masak lg hingga pekat sikit. angkat dan masukkan kedalam kulit oren (kulit oren letakkan dlm cawan supaya kedudukannya stabil).
 Sejukkan dalam peti ais sebelum dipotong.

Monday, 1 October 2012

Jelly Kelapa Muda




JELLY KELAPA MUDA
Bahan :
10 gm agar-agar bertali
1 cawan air
4 1/2 air kelapa muda
3/4 cwn gula - bleh kurang atau tmbh
Isi kelapa muda - secukupnya
Sedikit pewarna hijau
 
Cara :
1. Masak agar-agar dengan 1 cawan air sehingga hancur.
2. Masukkan gula dan masak lg sehingga gula hancur.
3. Campurkan air kelapa dan masak sekejap sahaja.
4. Tuangkan kedalam acuan dan letakkan isi kelapa muda
5. Kalau suka sedikit pewarna.