Nuffnang Ad

Wednesday, 9 May 2012

Nasi Carrot

Assalammualaikum semua.....semalam, tapi bagi kami orang utara macam kak ruby ni sebut kemarin, kak ruby saja nak bagi tau sebenar nya semalam kak ruby masak nasi carrot ni, tp sebab kesuntukkan masa hari ni baru sempat masuk ke kayumaniskorner563...kak ruby memang suka masak dan makan nasi carrot, walaupun nampak dalam gambar ni simple sangat, tapi nasi carrot sedap dan berkhasiat.  sesiapa yang ingin mencuba, cuba lah terutama untuk anak2 yang tak berapa suka makan sayur, sebab nasi ni dah ada carrot untuk dapatkan vitamin c. berceramah pula kak ruby ni ye, maaf lah, sampai disini dulu untuk hari ni.


NASI CARROT

Bahan :
4 cawan beras
2 sudu besar minyak jagung
4 sudu besar planta
4 sekawan
1 batang lobak merah (dikisar)
150 ml air
1 helai daun pandan
2 helai daun kari
1 batang lobak merah dipotong dadu
2 sudu teh garam
1 ½ sudu teh gula
Air secukupnya

Bahan dimayang halus
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 cm halia
2 batang serai

 
Cara :
  1. Basuhkan beras dan toskan.
  2. Panaskan kuali, masukkan minyak dan planta. Masukkan bahan yang telah dimayang halus. Goreng seketika sehingga naik bau.
  3. Masukkan 4 sekawan, daun kari dan daun pandan.
  4. Tuang ke dalam beras dan gaul. Masukkan air lobak merah yang telah siap dikisar dengan air, biarkan mendidih.
  5. Masukkan gula dan garam, kacau sebati.
  6. Biarkan sehingga kering. Masukkan lobak merah yang dipotong dadu. Kacau dan tutup periuk, biar ia betul-betul masak.


Kerabu Kacang Botol




KERABU KACANG BOTOL, ada juga orang panggil URAP
cara kak ruby senang je tapi sedap tau.......

 Bahan :
200 gm kacang botol *
1/2 biji bawang besar*
1 ulas bawang putih*
1 mangkuk kecil kelapa parut (ditumbuk sedikit)
2 biji cili besar*
garam 
air asam jawa
semua yang bertanda * dipotong halus


Cara:  Gaulkan kesemua bahan hingga sebati.....rasa masam masin, dah siap....senang je, tu lah cara kak ruby.








Monday, 7 May 2012

Kek Kukus Oren Putih Telur

Semalam kak ruby dpt order untuk kek lapis sarawak, seperti semua tahu kek sarawak sememangnya pakai banyak telur merah.......jadi telur putih macam mana, dulu kak ruby buang begitu saja, tp skrg kak ruby dah pandai sikit kot.....kak ruby cari kat mana2 blog utk dptkan resepi telur putih.......rupa2 nya banyak guna nya telur putih ni,  bermacam macam resepi ada rupa nya, dalam banyak2 tu kak ruby terpikat dan tertarik dengan resepi ni dari blog citarasawan.....cantik sangat kek dia, tentu sedap, apa lagi kak ruby pun terus salin resepi dan mencuba........tapi sayang nya waktu kak ruby nak try, ada pula bahan tak cukup, kak ruby tak de mocha emulco, sedih kak ruby.....tapi tak pe idea kak ruby datang, kak ruby tukarkan kpd oren emulco dan pewarna kuning........hasil nya tu lah dia sprt dalam gambar, sedap sangat lembut dan gebu....terima kasih citarasawan, maaf ye kak ruby dah tukar warna dan rasa.    



KEK KUKUS OREN PUTIH TELUR

Bahan A:
525 ml putih telur
400 gm gula pasir (kak ruby ltk 200 gm je)
1 sudu besar ovelette
1 sudu teh garam
1 sudu the baking powder

Bahan B :
250 gm tepung gandum
50 gm serbuk santan

Bahan C :
100 ml santan pekat (kak ruby ltk susu cair)
1 sudu teh esen vanila
90 gm mentega cair
2 sudu besar susu pekat manis

Bahan D :
1 sudu besar coklat emulco (kak ruby ltk oren emulco)
½ sudu besar mocha emulco (kak ltk pewarna kuning)

Loyang 8 atau 9in


 

Cara :
Bahan A, Putar semua bahan A dengan kelajuan tinggi hingga menjadi putih dan kental.
Masukkan bahan B dengan cara kaup balik hingga rata, kemudian masukkan bahan C kaup balik juga hingga rata.
Bahagikan kepada 3 bahagian, biarkan sama sukatannya......satu bahagian coklat, satu bahagian mocha, dan satu lagi adunan asal.
Panaskan pengukus, kukus adunan coklat dahulu selama 10 minit, diikuti adunan mocha juga 10 minit dan akhir sekali kukus adunan asal, tutup dengan aluminium foil dan kukus selama 20 minit atau hingga masak.



Friday, 4 May 2012

Puding Kasih Bertaut 2

xx



PUDING KASIH BERTAUT

Bahan A :
1/2 paket serbuk agar2 (dr 25 gm serbuk agar2)
4 cawan air (kak ruby letak 3 1/2 cwn je)
1 cawan susu cair
1/2 cawan gula
1 biji telur
sedikit esen rose (kak ruby letak esen vanila)
warna pilihan sendiri
acuan pilihan sendiri

Cara :
Masak serbuk agar2 bersama air hingga mendidih, masukkan gula..kacau sebati.
Pukul telur masukkan esen vanila dan susu cair, kacau sebati..kemudian tuangkan dalam agar2 tadi dengan menggunakan api kecil je, kacau terus hingga mendidih dan tutup api.
Bahagikan kpd beberapa bahagian yg disukai dan warnakan.
Masuk dalam acuan, sejukkan dlm peti ais.  Apabila dah keras keluarkan dan susun kedalam acuan.

 
Bahan B :
1/2 paket serbuk agar2 (dr yg 1/2 td)
4 cawan air
3/4 cawan gula merah
daun pandan disimpulkan

Cara :
Masak serbuk agar2 bersama air dan daun pandan hingga mendidih, masukkan gula merah, kacau hingga mendidih, tutup api buang daun pandan....tuangkan perlahan-lahan kedalam puding yg dah siap disusun tadi.
Sejukkan semula dalam peti ais. 


Thursday, 3 May 2012

Pai Epal Lattice



PAI EPAL LATTICE

Bahan-bahan pastri:
250 gm tepung - guna tepung gandum
50 gm gula icing
150 gm mentega  ( kak ruby guna buttercup)
1 biji kuning telur
30 gm air dingin-  (kak ruby guna dlm 3 sudu besar je)
Sehelai kertas minyak – kak ruby tak guna
Sedikit beras atau kekacang – kak ruby tak guna


 

Cara-cara

  • Untuk membuat lapisan bawah (pastri),ayak tepung bersama gula aising.Gal ramas adunan tepung bersama mentega hingga menjadi seperti serbuk roti. Masukkan kuning telur dan air. Uli hingga menjadi pastri lembut. Bentukkan bulat,bungkus menggunakan plastik dan rehatkan didalam peti sejuk selama sejam.
  • Panaskan ketuhar pada suhu 180 c.Canaikan pastri dan masukkan didalam tin pai 16cm atau 20cm. Asaingkan sedikit pastri sebagai hiasan. Hiris lebihan pastr pada dinding acuan supaya rata dan tekan sedikit pada setiap lekuk.
  • Cucuk dasar pastri dgn garfu,alas dgn kertas kalis minyak dan tuang beras diatasnya.Bakar 15 minit.
  • Sapukan rata putih telur pada kulit pai. Letakkan inti dan ratakan.
  • Canai baki pastri dan hiris memanjang.Susun bersilang pada permukaan pai/Sapu kuning telur dan bakar selama 30 - 35 minit. Hidangkan panas panas sedap.

Cara Masak Dlm Ketuhar Gelombang Mikro



















KARI IKAN BAWAL

Kak ruby percaya semua orang pandai masak kari, apa lagi kari ikan mesti pandai nya.....cuma apa yang kak ruby nak share disini, cara kak ruby masak kari dengan menggunakan 'mirowave'....mirowave ni memang memudahkan kak ruby, selalu nya bila gas habis, sementara untuk membeli gas baru, kak ruby akan masak apa saja dengan mirowave.  Tengahari tadi kak ruby masak kari ikan dengan mirowave......Cara nya, setelah semua bahan2 spt bawang merah, bawang putih ditumbuk halus, halia dihiris halus, minyak, daun kari dan serbuk kari digaul semua sekali masukkan dalam mangkuk kaserol, dan masuk lah dalam mirowave dengan kuasa Tinggi selama 5 minit.....kemudian keluarkan dr mirowave, masukkan pula air, air asam jawa, garam dan ikan, masukkan lagi dalam mirowave,  masak dengan kuasa Tinggi selama 6 - 7 minit, keluarkan balik dr mirowave masukkan apa2 sayur seperti tomato, kacang bendi dan sebagainya, masak sayur ni dalam 3 minit je dengan kuasa Sederhana Tinggi.  Selepas tu keluarkan rasa masin masam nya......dah siap.

Tuesday, 1 May 2012

Kuih Lapis Keladi




KUIH LAPIS KELADI

Bahan A:

2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung jagung
1/2 cawan gula
2 cawan santan
½ sudu kecil garam

Bahan B

½  cawan air (kak ruby letak santan)

Bahan C

1/2 cawan keladi yg direbus dan di lecek halus
1/2 cawan air
1 sudu kecil pes keladi
Pewarna purple


 

Cara:
1. Gaulkan semua bahan A dan tapiskan.
2. Bahagikan adunan pada 2 bahagian.
3. Masukkan bahan B dalam 1 bahagian.
4. Masukkan bahan C dalam 2 bahagian.
5. Panaskan kukusan dan lapikkan pelastik dalam loyang 8 x 8”.
6. Masukkan 1 cawan adunan bahan B dan kukus selama 5 minit.
7. Lapiskan 1 cawan adunan bahan C dan kukus semula 5 minit lg
8. Ulangi lah proses ini,  berselang seli sehingga adunan habis, utk lapisan terakhir kukus selama 10 – 15 minit
9. Sejukkan selama 4 - 5 jam dan potong untuk dihidangkan