Nuffnang Ad

Monday, 8 July 2013

Kuih Bom Labu

Assalammualaikum - insyaAllah kalau nampak anak bulan petang ni, esok semua umat islam akan berpuasa....seronok kan......syaitan pula yang menangis, sebab dah kena ikat. biarkan syaitan menangis kerana syaitan lah umat islam di Mesir sekarang bermandi darah.........okey lah petang ni kak ruby buat kuih bom labu, labu tu pula saudara kak ruby yang bagi, dapat dua masakan dalam satu biji labu, sebelah kak ruby buat masak lemak dan sebelah lagi kak ruby buat kuih bom, terima kasih buat saudara kak ruby.......  Resepi kali ni lain sikit dengan resepi yang kak ruby pernah buat dulu, ini kak ruby ambil dari blog Norzie Hany,  terima kasih norzie. kak ruby buat 1/2 adunan je, cukup lah untuk 2 orang.
 

 KUIH BOM LABU

Bahan
1 cawan labu - rebus dan lecek
1 cawan tepung pulut
1/2 cawan tepung gandum
bijian secukupnya
minyak utk menggoreng

 

Cara
Campurkan semua bahan2 dan gaul hingga menjadi doh.  Sekiranya adunan terlembik boleh lah ditambah sedikit sedikit lagi tepung gandum hingga menjadi doh yang lembut.
Ambil sedikit doh dan leperkan dan masukkan inti kelapa, bentukkan bulat seperti kuih bom kemudian golek2 diatas bijian.


 

Goreng didalam minyak yang banyak sehingga kekuningan.  

Thursday, 4 July 2013

Puding Laici Dangdut

Assalammualaikum dan salam hari jumaat.......petang semalam giliran kak ruby pula buat puding laici dangdut, kenapa kak ruby kata begitu, sebab puding ni memang sudah popular dikalangan rakan2 blog, kak ruby baru je mencuba untuk dijadikan juadah berbuka puasa sunat syaaban semalam........rupa-rupa nya memang sedap, sedap sangat lebih-lebih lagi bila di makan sejuk, keluar je dari peti ais terus makan........sapa-sapa yang ingin merasa kesedapannya.......hihihi cuba lah memang tak rugi.........apa-apa pun terima kasih pada tuan punya resepi Chef Hanieliza.
  

PUDING LAICI DANGDUT

Bahan
10 gram serbuk agar-agar (1 paket)
2 liter air ( 8 cwn air)
2 cawan gula halus - kak ruby kurangkan
2 tin laici (asingkan airnya)
1 tin susu cair


 

Cara
Masakkan serbuk agar-agar, air dan gula sehingga mendidih.  Tutup api.
Kemudian masukkan air laici dan susu cair, kacau rata.  Tuang ke dalam acuan.
Apabila sejuk masukkan ke dalam peti sejuk.
Hidangkan dengan buah laici yang diasingkan tadi.

Kalau buah laici banyak lagi bagus lagi sedap.

Monday, 24 June 2013

Kerabu Epal Hijau

Assalammualaikum, dan alhamdulillah bulan Syaaban dah pun sampai kepetengahannya ........insyaAllah kalau diizinkanNya umat islam akan menyambut kedatangan Ramadhan pula, seronokkan, kak ruby rasa seronok sangat bila ramadhan datang, bahagia rasa, tenang jiwa, rasa diri ini dekat dengan Allah........Ya Allah ampunkanlah segala dosa2 ku, entahlah mengalir pula air mata kak ruby ni........tak sabar nak tunggu ramadhan........lupa pula pada resepi ni hehehe, ni kerabu epal hijau, sebenarnya sudah 3 hari kak ruby buat, tapi hari ni baru ada masa untuk publish di kayumaniskorner............memang sedap, sedap sangat resepi dari Chef Hanieliza, terima kasih Hanieliza
 

KERABU EPAL HIJAU

Bahan
2 biji epal hijau
1/2 batang lobak merah
2 biji cili hijau
2 biji cili merah
1 labu bawang besar
1 kumtum bunga kantan
1 pokok daun ketumbar
1 biji lemon - ambil airnya
1 sudu teh gula 
garam secukupnya

 

Cara
Epal hijau dan lobak merah disagat ataupun diracik panjang.  Semua bahan lain dihiris.
Gaulkan semua bahan dan masukkan jus lemon.  Kacau rata dan rasa masamnya.
Sediakan untuk dihidangkan.

Sunday, 23 June 2013

Acar Timun Masak



ACAR TIMUN MASAK

Bahan 
1 batang lobak merah - potong memanjang
1 biji timun - potong memanjang
3 biji cili hijau - belah dua
3 biji cili merah - belah dua
8 ulas bawang putih - kupas kulit biar sebiji sebiji
10 biji bawang merah - kupas kulit biar sebiji sebiji
1 inci halia - potong memanjang
1 sudu makan cili kisar
3 sudu makan cuka
1 sudu teh bijian
1/2 sudu teh biji sawi
garam dan gula secukup nya

Cara
Panas minyak tumis bawang putih dan bawang merah, masukkan cili kisar masak atau kacau sampai wangi, masukkan sedikit air, biarkan mendidih.   Masukkan semua bahan yang dipotong tadi, dan juga biji sawi kacau masukkan cuka, garam, dan gula.  Kacau rata masak jangan lama sangat cukup 2 atau 3 minit je rasa secukupnya masukkan bijian. tutup api.  

Friday, 14 June 2013

Ayam Masak Merah



AYAM MASAK MERAH

Bahan
1/2 ekor ayam - potong ikut suka
2 sudu mkn cili kisar
3 sudu makan cili sos
4 sudu mkn tomato sos
1/2 cawan air
garam
kunyit

Bahan kisar
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan sampingan
1 biji buah tomato - belah 4
1 biji bawang besar - potong bulat
2 biji cili besar - potong memanjang
1/2 biji capsicum merah - potong memanjang
1/2 biji capsicum hijau - potong memanjang

 

Cara
Ayam yang sudah dipotong dan dibersih, gaul dengan garam dan kunyit, goreng 1/2 masak. ketepikan.
Panaskan minyak tumis bahan kisar hingga naik bau, masukkan cili kisar masak hingga pecah minyak.
Masukkan air, cili sos, tomato sos, garam, gula dan ayam, masak hingga pekat sikit, masukkan semua bahan sampingan, kacau bagi sebati dan rasa secukupnya tutup api. 

Wednesday, 12 June 2013

Nasi Minyak

Sebenarnya nasi minyak ni kak ruby masak semalam, untuk anak kesayangan kak ruby tu, sebelum wafa berangkat terbang dapat lah kami anak beranak makan beramai-ramai..........
 

NASI MINYAK

Bahan
2 cawan beras basmati
3 cawan air
1 cawan susu cair
1 sudu mkn minyak sapi
1 helai daun pandan - disimpul
Garam secukupnya

Bahan tumis
1 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia
1 inci kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga



 

Cara
Panaskan minyak sapi dan tumiskan bahan tumis hingga naik wangi, masukkan daun pandan, kacau rata.
Masukkan air, susu cair dan garam, masukkan beras kacau rata, tuangkan kedalam periuk nasi elektrik masak macam masak nasi biasa, bila sudah hampir2 kering titik titikkan pewarna kuning. 
Bila nasi sudah masak, kacau rata. boleh dihidangkan, sebelum itu taburkan dengan kismis dan bawang goreng.

Monday, 10 June 2013

Laksa Johor II



LAKSA JOHOR II

Bahan 
1 bungkus spagheti - rebus dgn air dan campur 1 sudu mkn minyak hingga lembut
1 kilo ikan kembung - rebus, ambil isi dan blender halus
1 mangkuk kecil cili kisar
1 peket rempah kari ikan
1 1/2 kotak santan
1 kotak air - guna kotak santan
5 keping asam keping
garam secukupnya
minyak secukupnya

 Bahan kisar
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkus

Bahan ulam
Kacang panjang - potong bulat nipis
taugeh
Bunga kantan - dihiris halus
Timun
Limau kasturi
cili merah 


Cara
Campurkan bahan kisar dengan rempah kari ikan gaul hingga sebati.
Panaskan minyak tumis cili kisar sehingga pecah minyak, masukkan bahan kisar bersama rempah tadi, masak lagi hingga sebati dan pecah minyak jugak.
Masukkan santan, air. ikan asam keping dan garam.  Masak hingga mendidih dan pekat.
Rasa masam masinnya tutup api boleh dihidangkan bersama sphageti dan bahan ulan.