Nuffnang Ad
Sunday, 5 April 2015
Kek Pisang Kukus yg gebu
KEK PISANG KUKUS
resepi asal : Mat Gebu
Bahan
250 gm tepung gandum*
5 biji pisang - dilecek halus
5 biji telur
150 gm gula halus - kak ruby kurangkan
125 gm mentega - dicairkan dan disejukkan
100 gm minyak jagung
1 sudu teh soda bicarbonate*
1 sudu teh baking powder*
15 g ovallate
1/2 sudu teh garam
Cara
Putar gula dengan ovallate hingga sebati, masukkan telur kesemuanya dan putar dengan kelajuan tinggi hingga adunan naik dan pekat, pelahankan speed dan masukkan pisang, gaul sampai rata.
Masukkan tepung yang sudah diayak bersama soda bicarbonate dan baking powder berselang seli dengan mentega cair + minyak jagung, gaul sebati.
Masukkan kedalam acuan kek pisang yang sudah disapu dengan sedikit mentega
Kukus selama 1 jam dengan api sederhana.
*Resepi asal kek ni dibakar, tapi kak ruby kukus
Saturday, 4 April 2015
Telur Itik Masak Lemak Cili Padi
Assalammualaikum, dua minggu yang lepas, kak ruby balik kampung, kampung kelahiran dan kampung kesayangan kak ruby, banyak kenangan manis waktu zaman kecik2 dulu, huuuuu tak boleh dingatkan mesti kak ruby menangis punya.......seperti yang terdapat dalam lagu hari raya ciptaan Allahyarham P. Ramli....."apa kan daya masa tak akan kembali"......okey lah sentimental pula kak ruby.
Dikampung kakak kak ruby banyak pelihara itik, langkah kanan rupa nya kak ruby, apa tidak nya masa kak ruby balik itik2 sedang bertelur, banyak !!!!!!!. Apa lagi peluang kak ruby lah dapat kan telur pecuma hihihi dapat lah 15 biji......
Terima kasih kakak ku, sesungguh adik mu ini sangat menyayangi mu, sayang sangat2......InsyaAllah kita akan jumpa lagi, dan kak ruby akan kembali lagi kekampung halaman yang penuh dengan seribu satu kenangan.
TELUR ITIK MASAL LEMAK CILI PADI
Bahan
4 biji telur itik
1 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 inci kunyit hidup* - kak ruby guna kunyit serbuk je
8 biji cili padi*
4 biji cili merah*
2 batang serai - dititik
4 keping asam gelugur
santan dan garam secukupnya
Cara
Kisar bahan yang bertanda *, Masukkan dalam periuk masukkan jugak serai, asam gelugur dan santan cair kacau rata dan masak hingga mendidih, kecilkan api sementara itu pecahkan telur itik sebiji demi sebiji ke dalam bekas jangan sampai telur merah pecah, kemudian masukkan kedalam periuk yang sedang mendidih, kuat kan api sedikit biarkan hingga telur putih masak, kacau perlahan supaya telur merah tidak pecah, masukkan santan pekat atau pati santan dan garam.
Masak lagi hingga mendidih dan rasa secukupnya, tutup api.

Wednesday, 1 April 2015
Kuih Gulung lagi
KUIH GULUNG/KETAYAP
Bahan
2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 biji telur
1 cawan susu segar/santan
1 sudu teh garam
1 sudu teh pewarna (pilihan sendiri)
* inti kelapa secukupnya
Cara
Gaulkan atau blend je semua bahan diatas hingga sebati. Panaskan pan dan masukkan 1 senduk adunan layangkan supaya adunan jadi bulat, masak dalam 2 - 3 minit angkat, masukkan inti kelapa dan gulung, siap.
Monday, 23 March 2015
Air tembikai sebagai ubat
Assalammualaikum, Dua bulan lepas, salah seorang dari orang2 tersayang kak ruby disahkan oleh doktor mengalami sakit batu karang diperingkat awal, walaupun diperingkat awal tapi kak ruby tengok dari dia menahan kesakitan bukan main sakit lagi, sampai tak tidor malam, tak lalu makan, asik menyebut sakit-sakit......Kak ruby bertanya pada saudara mara, sahabat handai untuk mendapat ilmu bagaimana untuk kurangkan rasa sakit bila terkena batu karang.....alhamdulillah bermacam-macam cara kak ruby dapat, salah satu dari banyak2 cara tu, kak ruby tertarik dengan cara makan buah tembikai atau minum jus nya......kak ruby cari di blog, memang banyak khasiat buah tembikai ini rupa....best nya ada dua tiga orang pesakit batu karang cerita, bila makan minum jus tembikai banyak2 hingga dua tiga biji, sakit batu karang mereka hilang dan ada yang batu karang keluar dengan sendiri nya......kak ruby pun dengan buat cara yang sama untuk orang tersayang kak ruby, alhamdulillah sakit batu karang nya dah tak sakit lagi......terima kasih Allah, terima kasih Tuhan ku Allah yang Maha Kaya.
JUS TEMBIRAI
Bahan
1 biji buah tembikai - buang kulit dan potong kecil2
gula - kak ruby tak letak
air -kak ruby tak letak
ketul2 ais kak ruby tak letak
Cara
Blend tembikai yang sudah dipotong kecil2, tanpa air, tanpa gula dan tanpa ais.
masukkan dalam gelas minum.
*kak ruby buat 3 biji tembikai utk tiga hari = 1 biji 1 hari.

Thursday, 19 March 2015
Kuih Koci Pulut Hitam
Assalammualaikum dan salam hari Jumaat.....ni cerita petang semalam, untuk minum petang semalam punya, biasa lah tak kesempatan masa kan, hari ni curi-curi masa sikit dapat lah juga jari jemari ni menaip untuk kayumaniskorner hihihi...... Kuih koci pulut hitam itu lah resepi kak ruby petang semalam, cara kak ruby buat ringkas je macam buat buah melaka tu, rebus doh yg sudah di bubuh inti dan dibulatkan. kemudian bungkus senang kan. Untuk inti nya kak ruby buat inti kelapa.
Sedaaaap, liat-liat gitu, nak sedap lagi lebihkan santan pekat nya tu.
KOCI PULUT HITAM
Bahan
250 gm tepung pulut
1/2 cwn tepung pulut hitam
1 1/2 cwn air
daun pisang secukupnya - dibersih dan dilayur, potong dlm 5"x 5"
Cara
Dalam mangkuk adunan satukan kedua-dua tepung, masukkan air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yang lembut tidak melekat ditangan dan juga mangkuk. (jika kurang air tambah sedikit lg).
Dengan menggunakan plastik atau daun pisang letak sedikit minyak, ambil sejemput doh dan leperkan, masukkan 1 sudu teh inti kelapa, tutup inti, bentukkan bulat-bulat, buat lah proses ini hingga adunan habis.
Sementara itu, didihkan air dalam periuk, masukkan doh bulat-bulat td, masak sampai doh terapong macam masak buah melaka, angkat toskan.
Sebelum itu sediakan santan pekat, Caranya ambil 3 cawan santan pekat + 1 sudu besar tepung gandum/tepung jagung + garam secukupnya, kacau diatas api hingga pekat, tutup api, masukkan doh yg ditoskan tadi, gaulkan.
Ambi sebiji doh yang digaul bersama santan pekat, letakkan diatas daun pisang yg dilayur, kemudian bungkus lah macam kuih koci, buat lah hingga habis.
Kukus selama 5 minit. siap

Tauhu Masak Sambal
TAUHU MASAK SAMBAL
Bahan
4 ketul tauhu - di potong 4
1 biji kentang - potong 6 menanjang mcm wedges
1 1/2 bawang besar *
4 ulas bawang putih *
1 inci halia *
3 sudu bsar cili kisar
5 sudu besar sos cili
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 cwn air
garam dan gula secukupnya
Cara
Kisar bahan * . Gaul tauhu dengan garam dan serbuk kunyit, goreng hingga keperangan angkat toskan, goreng kentang hingga keperangan angkat, toskan.
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama cili kisar hingga naik bau dan naik minyak, masukkan air, kacau masukkan sos cili, garam dan gula kacau biarkan mendidih dan agak pekat masukkan tauhu dan kentang goreng tadi. Kacau sebatikan dan rasa secukupnya, tutup api, angkat dan hias dengan daun bawang.
Saturday, 14 March 2015
Kek Chiffon Pelangi
KEK CHIFFON PELANGI
Bahan
6 biji kuning telur
1 1/2 cawan tepung gandum
2/3 cwn minyak jagung
2/3 santan pekat
1 cwn gula pasir - kak ruby guna 1/2 cwn
1/2 sudu teh garam halus
2 sudu teh baking powder - diayak bersama tepung gandum
pewarna hijau, kuning dan merah
Bahan B
6 biji putih telur
1/2 cwn gula - kak ruby guna 1/4 cwn
1 sudu teh cream of tartar
Satukan dalam bekas besar kuning telur, garam dan gula, kacau hinga sebati (tak perlu kembang).
Masukkan minyak dan santan kacau lagi, kemudian masukkan tepung gandum yg telah diayak bersama baking powder, gaul sebati ketepikan dulu.
Cara Bahan B
Pukul putih telur hingga jadi berbuih masukkan gula pukul lagi hingga kembang masukkan cream of tartar pukul lg hingga jadi meringue.
Kemudian masukkan bahan B ke dalam bahan A tadi, kacau guna spatula saja dengan cara kuap balik, sebatikan.
Bahagikan kpd 3 bahagian, setiap bahagian warnakan dengan warna pilihan sendiri, masukkan kedalam loyang berlubang secara selang seli warna.
setelah siap, hentakkan beberapa kali loyang dan bakar selama 45-50 minit suhu 175c.
Setelah masak, keluarkan dari oven terusterbalikkan diredai kek sehingga sejuk.
Sejuk baru boleh dipotong.
Subscribe to:
Posts (Atom)