Assalammualaikum, salam ramadhan dan selamat berpuasa....ari ni hari kedua kita berpuasa, bila sebut bulan puasa je, mula lah buah kurma berlambak-lambak di pasaran buah kurma memang tak dapat di pisahkan dengan bulan ramadhan........memang kak ruby pun suka buah kurma, sunah Nabi lah katakan berbuka dengan buah kurma, lagi pun buah kurma banyak khasiatnya ...........apa yang kak ruby nak ceritakan di sini ialah kurma goreng, kurma goreng ni kenangan kak ruby waktu kak ruby bersama arwah ayah kak ruby dulu. Arwah ayah memang suka sangat dengan kurma goreng, boleh dikatakan selang 2 hari sekali mesti goreng kurma (dalam bulan puasa lah) waktu itu kak ruby baru darjah 2, kak ruby dah pandai goreng kurma hihihi, maklum lah kak ruby membesar hanya dengan ayah tanpa ibu, ibu kembali ke rahmatullah dalam usia kak ruby 3 atau 4 tahun kak ruby pun dah tak ingat tapi belum sekolah lagi, jadi kak ruby lah yang memasak untuk ayah, bulan puasa je memang kena goreng buah kurma.......untuk mengembalikan kenangan itu lah pada hari pertama puasa kak ruby mesti goreng buah kurma.......alfatihah buat ayah yang tersayang. kenangan bersama ayah tetap anakmu ini abadikan sampai bila-bila.
KURMA GORENG
Bahan
20 biji kurma
1/2 cawan tepung beras
2 sudu mkn tepung gandum
1/2 sudu teh garam
sedikit kumyit
air secukupnya (biar adunan pekat sikit)
minyak untuk menggoreng
Cara
Bancuhkan semua bahan diatas kecuali buah kurma dan minyak hingga sebati, jangan terlalu cair.
Ambil kurma masukkan ke dalam adunan, gaulkan hingga rata. Masukkan ke dalam kuali, kemudian balik balikkan hingga kekuningan angkat dan toskan.
Nuffnang Ad
Thursday, 11 July 2013
Monday, 8 July 2013
Kuih Bom Labu
Assalammualaikum - insyaAllah kalau nampak anak bulan petang ni, esok semua umat islam akan berpuasa....seronok kan......syaitan pula yang menangis, sebab dah kena ikat. biarkan syaitan menangis kerana syaitan lah umat islam di Mesir sekarang bermandi darah.........okey lah petang ni kak ruby buat kuih bom labu, labu tu pula saudara kak ruby yang bagi, dapat dua masakan dalam satu biji labu, sebelah kak ruby buat masak lemak dan sebelah lagi kak ruby buat kuih bom, terima kasih buat saudara kak ruby....... Resepi kali ni lain sikit dengan resepi yang kak ruby pernah buat dulu, ini kak ruby ambil dari blog Norzie Hany, terima kasih norzie. kak ruby buat 1/2 adunan je, cukup lah untuk 2 orang.
KUIH BOM LABU
Bahan
1 cawan labu - rebus dan lecek
1 cawan tepung pulut
1/2 cawan tepung gandum
bijian secukupnya
minyak utk menggoreng
Cara
Campurkan semua bahan2 dan gaul hingga menjadi doh. Sekiranya adunan terlembik boleh lah ditambah sedikit sedikit lagi tepung gandum hingga menjadi doh yang lembut.
Ambil sedikit doh dan leperkan dan masukkan inti kelapa, bentukkan bulat seperti kuih bom kemudian golek2 diatas bijian.
Goreng didalam minyak yang banyak sehingga kekuningan.
Bahan
1 cawan labu - rebus dan lecek
1 cawan tepung pulut
1/2 cawan tepung gandum
bijian secukupnya
minyak utk menggoreng
Cara
Campurkan semua bahan2 dan gaul hingga menjadi doh. Sekiranya adunan terlembik boleh lah ditambah sedikit sedikit lagi tepung gandum hingga menjadi doh yang lembut.
Ambil sedikit doh dan leperkan dan masukkan inti kelapa, bentukkan bulat seperti kuih bom kemudian golek2 diatas bijian.
Goreng didalam minyak yang banyak sehingga kekuningan.
Thursday, 4 July 2013
Puding Laici Dangdut
Assalammualaikum dan salam hari jumaat.......petang semalam giliran kak ruby pula buat puding laici dangdut, kenapa kak ruby kata begitu, sebab puding ni memang sudah popular dikalangan rakan2 blog, kak ruby baru je mencuba untuk dijadikan juadah berbuka puasa sunat syaaban semalam........rupa-rupa nya memang sedap, sedap sangat lebih-lebih lagi bila di makan sejuk, keluar je dari peti ais terus makan........sapa-sapa yang ingin merasa kesedapannya.......hihihi cuba lah memang tak rugi.........apa-apa pun terima kasih pada tuan punya resepi Chef Hanieliza.
PUDING LAICI DANGDUT
Bahan
10 gram serbuk agar-agar (1 paket)
2 liter air ( 8 cwn air)
2 cawan gula halus - kak ruby kurangkan
2 tin laici (asingkan airnya)
1 tin susu cair
Cara
Masakkan serbuk agar-agar, air dan gula sehingga mendidih. Tutup api.
Kemudian masukkan air laici dan susu cair, kacau rata. Tuang ke dalam acuan.
Apabila sejuk masukkan ke dalam peti sejuk.
Hidangkan dengan buah laici yang diasingkan tadi.
Kalau buah laici banyak lagi bagus lagi sedap.
PUDING LAICI DANGDUT
Bahan
10 gram serbuk agar-agar (1 paket)
2 liter air ( 8 cwn air)
2 cawan gula halus - kak ruby kurangkan
2 tin laici (asingkan airnya)
1 tin susu cair
Cara
Masakkan serbuk agar-agar, air dan gula sehingga mendidih. Tutup api.
Kemudian masukkan air laici dan susu cair, kacau rata. Tuang ke dalam acuan.
Apabila sejuk masukkan ke dalam peti sejuk.
Hidangkan dengan buah laici yang diasingkan tadi.
Kalau buah laici banyak lagi bagus lagi sedap.
Monday, 24 June 2013
Kerabu Epal Hijau
Assalammualaikum, dan alhamdulillah bulan Syaaban dah pun sampai kepetengahannya ........insyaAllah kalau diizinkanNya umat islam akan menyambut kedatangan Ramadhan pula, seronokkan, kak ruby rasa seronok sangat bila ramadhan datang, bahagia rasa, tenang jiwa, rasa diri ini dekat dengan Allah........Ya Allah ampunkanlah segala dosa2 ku, entahlah mengalir pula air mata kak ruby ni........tak sabar nak tunggu ramadhan........lupa pula pada resepi ni hehehe, ni kerabu epal hijau, sebenarnya sudah 3 hari kak ruby buat, tapi hari ni baru ada masa untuk publish di kayumaniskorner............memang sedap, sedap sangat resepi dari Chef Hanieliza, terima kasih Hanieliza
KERABU EPAL HIJAU
Bahan
2 biji epal hijau
1/2 batang lobak merah
2 biji cili hijau
2 biji cili merah
1 labu bawang besar
1 kumtum bunga kantan
1 pokok daun ketumbar
1 biji lemon - ambil airnya
1 sudu teh gula
garam secukupnya
Cara
Epal hijau dan lobak merah disagat ataupun diracik panjang. Semua bahan lain dihiris.
Gaulkan semua bahan dan masukkan jus lemon. Kacau rata dan rasa masamnya.
Sediakan untuk dihidangkan.
Sunday, 23 June 2013
Acar Timun Masak
ACAR TIMUN MASAK
Bahan
1 batang lobak merah - potong memanjang
1 biji timun - potong memanjang
3 biji cili hijau - belah dua
3 biji cili merah - belah dua
8 ulas bawang putih - kupas kulit biar sebiji sebiji
10 biji bawang merah - kupas kulit biar sebiji sebiji
1 inci halia - potong memanjang
1 sudu makan cili kisar
3 sudu makan cuka
1 sudu teh bijian
1/2 sudu teh biji sawi
garam dan gula secukup nya
Cara
Panas minyak tumis bawang putih dan bawang merah, masukkan cili kisar masak atau kacau sampai wangi, masukkan sedikit air, biarkan mendidih. Masukkan semua bahan yang dipotong tadi, dan juga biji sawi kacau masukkan cuka, garam, dan gula. Kacau rata masak jangan lama sangat cukup 2 atau 3 minit je rasa secukupnya masukkan bijian. tutup api.
Friday, 14 June 2013
Ayam Masak Merah
AYAM MASAK MERAH
Bahan
1/2 ekor ayam - potong ikut suka
2 sudu mkn cili kisar
3 sudu makan cili sos
4 sudu mkn tomato sos
1/2 cawan air
garam
kunyit
Bahan kisar
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
Bahan sampingan
1 biji buah tomato - belah 4
1 biji bawang besar - potong bulat
2 biji cili besar - potong memanjang
1/2 biji capsicum merah - potong memanjang
1/2 biji capsicum hijau - potong memanjang
Cara
Ayam yang sudah dipotong dan dibersih, gaul dengan garam dan kunyit, goreng 1/2 masak. ketepikan.
Panaskan minyak tumis bahan kisar hingga naik bau, masukkan cili kisar masak hingga pecah minyak.
Masukkan air, cili sos, tomato sos, garam, gula dan ayam, masak hingga pekat sikit, masukkan semua bahan sampingan, kacau bagi sebati dan rasa secukupnya tutup api.
Wednesday, 12 June 2013
Nasi Minyak
Sebenarnya nasi minyak ni kak ruby masak semalam, untuk anak kesayangan kak ruby tu, sebelum wafa berangkat terbang dapat lah kami anak beranak makan beramai-ramai..........
NASI MINYAK
Bahan
2 cawan beras basmati
3 cawan air
1 cawan susu cair
1 sudu mkn minyak sapi
1 helai daun pandan - disimpul
Garam secukupnya
Bahan tumis
1 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia
1 inci kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
Cara
Panaskan minyak sapi dan tumiskan bahan tumis hingga naik wangi, masukkan daun pandan, kacau rata.
Masukkan air, susu cair dan garam, masukkan beras kacau rata, tuangkan kedalam periuk nasi elektrik masak macam masak nasi biasa, bila sudah hampir2 kering titik titikkan pewarna kuning.
Bila nasi sudah masak, kacau rata. boleh dihidangkan, sebelum itu taburkan dengan kismis dan bawang goreng.
NASI MINYAK
Bahan
2 cawan beras basmati
3 cawan air
1 cawan susu cair
1 sudu mkn minyak sapi
1 helai daun pandan - disimpul
Garam secukupnya
Bahan tumis
1 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia
1 inci kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
Cara
Panaskan minyak sapi dan tumiskan bahan tumis hingga naik wangi, masukkan daun pandan, kacau rata.
Masukkan air, susu cair dan garam, masukkan beras kacau rata, tuangkan kedalam periuk nasi elektrik masak macam masak nasi biasa, bila sudah hampir2 kering titik titikkan pewarna kuning.
Bila nasi sudah masak, kacau rata. boleh dihidangkan, sebelum itu taburkan dengan kismis dan bawang goreng.
Subscribe to:
Posts (Atom)














