Nuffnang Ad

Wednesday, 8 June 2016

Blueberry Cheese



BLUEBERRY CHEESE
Bahan
450 gm tepung gandum
250 gm mentega
100 gm gula halus
1 biji telur
2 sudu teh air sejuk
1 sudu teh esen vanilla


Cara
Putar mentega, gula dan esen vanilla hingga kembang.  Masukkan telur dan air.  Putar lagi hingga adunan sebati dan berkrim.
Masukkan tepung gandum dan kacau rata supaya menjadi doh yang lembut.
Ambil sedikit doh, tekan ditapak tangan supaya sedikit rata dan masukkan dalam acuan tart dan dipicit-picit pada keseluruhan acuan dan lebihan diatasnya ratakan dengan menggunakan belakang pisau (guna pisau yg kecil)
Bakar selama 20 minit dengan suhu 180c sehingga masak.


CREAM CHEESE dan FILLING

Bahan
250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon


Cara
Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
Masukkan filling ke dalam kulit tat.
Tuang cream cheese ke atasnya. bakar selama 5 minit pada suhu 170c. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.
Filling :
Blueberry, strawberry, kiwi, oren, dll.

1 comment:

  1. memang senang sgt resepinya... boleh la buat...

    ReplyDelete