Nuffnang Ad

Tuesday, 7 June 2016

Ayam Masak Kunyit



AYAM MASAK KUNYIT

Bahan
 300 gram isi ayam 
 2 ulas bawang putih - hiris nipis
 2 senduk minyak masak
 4 batang kacang panjang atau kacang pis- potong 2 inci
 1 batang lobak merah - potong panjang
 1 biji bawang merah - hiris nipis
 1 biji cili merah - hiris nipis
 1 sudu kecil serbuk kunyit
 1 biji bawang besar - hiris nipis


 Cara
Potong isi ayam kecil2, selepas itu gaulkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. perap selama kurang lebih 5 minit.

Panaskan minyak dalam kuali dan goreng isi ayam diatas api besar. kacau dengan kerap supaya tidak hangus dan keras. selepas itu masukan bawang merah dan bawang putih dan teruskan mengacau.

Bila ayam dah hampir masak masukan bawang besar, kacang panjang, dan cili merah. taburkan dengan sedikit gula dan kacau selama 1 minit. angkat dan hidangkan.


2 comments:

  1. tiba2 teringin plk nk mkn camni..

    ReplyDelete
  2. tengok ayam ni masa tengah lapar mmg tertelan air liur lah kakruby

    ReplyDelete