Nuffnang Ad

Thursday, 3 December 2015

Kuih Bom Keledek inti kacang hijau

Assalammualaikum, petang ni tak hujan, tapi tak jugak panas cuma redup je manja-manja gitu......apa-apa pun terima kasih Allah sebab kain dijemuran kering, kering sangat tak lembab.
Petang ni kak ruby buat kuih bom, lepas hajat dah beberapa hari teringin nak makan, kadang-kadang tu sampai ternampak-nampak bijan nya.  Alhamdulillah petang ni dapat kak ruby makan.  Pada sapa-sapa yang terasa nak makan tu buat ye jangan tak buat, hihihi resepi nya ada di bawah....Resepi ni mesti tak meletup punya, sebab ada letak keledek.


KUIH BOM KELEDEK

Bahan
1 cawan keledek - rebus dan lecek
2 cawan tepung pulut
1 sb tepung gandum
Bijan secukupnya
1/2 cawan air
Minyak utk menggoreng

Inti : kelapa atau kacang hijau secukupnya
kak ruby letak inti kacang hijau.




Cara
Satu kan tepung pulut, tepung gandum dan keledek masukkan air sedikit demi sedikit,  gaul hingga menjadi doh yang lembut.  Bulat2kan doh, besar mana suka hati lah ye.....  
Ambil doh dan leperkan dan masukkan inti, bentukkan bulat seperti kuih bom kemudian golek2 diatas bijian.  Buat lah begitu hingga habis.
Goreng di dalam minyak penuh sehingga kekuningan. Api jangan terlalu kuat.

3 comments:

  1. assalamualaikum kak ruby wah ada bom keledek lah
    kaknoor belum pernah try bom keledek ni biasa nya bom tepung pulut je kan
    boleh try nanti resepi ni

    ReplyDelete
  2. Keledek dah ada..so boleh cuba buat ni kak ruby

    ReplyDelete
  3. Keledek dah ada..so boleh cuba buat ni kak ruby

    ReplyDelete