Nuffnang Ad

Tuesday, 23 September 2014

Cucur Udang lagi

Assalammualaikum, sekarang ni petang-petang hujan je kan........tekak kak ruby terasa pula nak makan jemput2.....alhamdulillah bila buka peti ais cari bahan semua nyer ada cukup lengkap hihihi apa lagi menjemput dan mengoreng lah kak ruby, hasil nya sedaaaaap lembut tapi ranggup.


CUCUR UDANG

Bahan
500 gm tepung gandum
1/2 peket yis (mauripan)
200 g udang (besar, kecik ikut suka)
450 ml air
1 biji telur
1 biji bawang besar - potong kasar
50 g daun kucai - potong panjang
kunyit, garam secukupnya

















Cara
Gaul sebati yis dan tepung gandum dalam mangkuk, masukkan garam dan kunyit.
Telur dikacau kacau dengan garfu dan masukkan kedlm tepung tadi, masukkan air dan kacau hingga sebati, kemudian masukkan udang, bawang dan daun kucai kacau sebati lagi.
Perap selama selama 45 minit atau sehingga gelembung kecil keluar dipermukaan adunan tepung.
Panaskan minyak dan goreng, api jangan terlalu besar, sederhana je, goreng hingga kekuningan, angkat dan toskan minyak.  

No comments:

Post a Comment