Assalammualaikum, ini cerita semalam ayam goreng berempah beriani, memang sedap......maaf banyak2 ye kak ruby terupa pula sapa tuan punya resepi, apa2 pun kak ruby ucapkan terima kasih, memang sedap. Resepi ni dah lama sangat kak ruby ambil tapi semalam baru terlaksana.
AYAM GORENG BEREMPAH BERIANI
Bahan
1 ekor ayam - sederhana saiz
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar rempah beriani
1 sudu besar rempah kari ikan
1 sudu besar rempah kari daging
1/2 sudu mkn serbuk kunyit
1/2 sudu mkn serbuk cili
2 tangkai daun kari
sedikit air sejuk jika perlu
garam dan gula secukupnya
Bahan kisar
6 batang serai
6 biji bawang merah
1 inci halia
4 ulas bawang putih
Cara
Ayam dipotong ikut suka dan dibersihkan.
Gaulkan ayam bersama-sama bahan diatas dan perapkan selama 1 jam atau semalaman (simpan dlm peti ais)
Sediakan minyak untuk goreng terendam (maksud nya dengan minyak yg banyak hingga terendam ayam) apabila minyak sudah ckp panas masukkan ayam, goreng hingga masak keemasan, angkat dan toskan.
Mesti harum n enak ayam ni dek rempah yg pelbagai
ReplyDelete