Nuffnang Ad

Wednesday, 22 July 2020

Kuih lompat tikam versi Kelantan





LOMPAT TIKAM

Bahan lapisan hijau
2 cawan tepung beras
3 cawan air
1 cawan air daun pandan @pewarna hijau
½ sk garam
1sk air kapur

Cara
Gaul rata semua bahan dalam mangkuk dan tapis.  Masak dan kacau jangan berhenti sehingga adunan menggelegak dan pekat kemudian kecilkan api dan terus kacau sampai masak berkilat, tutup api.  Masukkan kedalam acuan atau loyang biarkan sejuk.

Bahan lapisan putih
1 senduk atau ½ cawan tepung beras
2 cawan santan
½ cawan air
½ sk garam



Cara
Kacau semua bahan kedalam periuk hingga pekat dan masak.  Masukkan kedalam loyang dan sejukkan.

Bahan Lapisan pulut merah
1 cawan pulut – rendam 6 jam + pewarna merah
½ cawan air – kak ruby guna santan
½ sk garam
2 sb gula
pewarna merah secukupnya




Cara
Panaskan pengukus dan kukus pulut selama 15 minit atau hingga masak.  Anagkat dan masukkan dalam bekas dan masukkan air yang dicampur garam dan gula kacau sebati, kemudian kukus semula selama 10 minit, angkat dan sejukkan.

Untuk air gula merah
1 ketul gula nisan
2 sb gula pasir
Masak hingga hancur dan agak pekat sikit angkat tapis.
Sejukkan


Cara Menghidang
Potong lapisan hijau masukkan ke dalam mangkok atau gelas, masukkan pula pulut merah, masukkan lapisan putih dan akhir sekali masukkan air gula melaka, siap boleh dihidangkan.

Saturday, 18 July 2020

Tepung bungkus




TEPUNG BUNGKUS

Bahan tepung pulut
Daun pisang secukupnya – bersihkan dan dilayur= ketepikan

250 gm tepung pulut
1 sudu besar tepung gandum
Air secukupnya





Cara
Campur ke dua-dua tepung sambil masukkan air sedikit demi sedikit, gaul hingga jadi doh yang lembut.  Leperkan doh masukkan inti kelapa, bulatkan dan ketepikan.

Bahan tepung beras
3 cawan santan
1 cawan tepung beras
1 sb tepung gandum
1 sb gula
Sedikit garam

Cara
Kacau dan sebatikan semua bahan diatas hingga pekat.
Ambil daun pisang dan sudukan  2 sudu adunan, letak ditengah-tengah daun pisang, letak inti dan bungkus kemaskan.
Kukus selama 20 minit, sejuk hidangkan.

Tuesday, 14 July 2020

Muffin sunquick mudah




MUFFIN SUNQUICK
resepi dr : dapuribu.my
diolah oleh ruby 

Bahan
250 gm mentega/majerin – kak ruby guna buttercup
1 ½ cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)
¾ cawan gula halus
½ cawan susu segar
3 biji telur gred A1
1 sb sunquick – kak ruby letak 2 sb
1 sk esen vanilla




Cara
Panaskan oven pada suhu 180c, susun papar cup dalam loyang muffin.
Putar mentega dengan gula hingga kembang, masukkan telur satu persatu sambal terus memutar hingga kembang, masukkan sunquick dan esen vanilla putar lagi.
Perlahankan speed, masukkan tepung berselang seli dengan susu, bila sudah sebati, sudukan ¾ penuh dalam paper cup atau muffin cup tadi.
Bakar 25 minit atau hingga kuning keemasan.
Siap dan boleh dihidangkan.

Monday, 13 July 2020

Pulut panggang





PULUT PANGGANG

Bahan
250 gm beras pulut – rendam semalaman
2 cawan santan
Sedikit garam
Daun pisang secukupnya – cuci, potong dan layur.

Cara
Beras pulut dibersihkan dan kukus selama 20 minit atau hingga masak.
Gaulkan bersama santan yang sudah dicampur garam, gaulkan bagi sebati, kemudian kukus lagi sekali  selama 10 minit je. Masukkan kedalam bekas dan ketepikan.

Inti
1 biji kelapa putih
1 batang serai
100 gm udang kering
100 gm udang basah kecil
5 tangkai cili kering
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
Air asam jawa secukupnya
Garam,  gula secukup rasa





Cara
Cili kering, bawang putih, bawang besar, serai dan udang kering diblender halus.
Udang basah dicuci bersih, Kemudian masukan bahan yang diblender, udang basah dan kelapa putih kedalam kuali masukkan juga garam, gula, air asam jawa dan sedikit kunyit.
Gaul sebatikan dan masak hingga sedikit kering, masa masak kacau selalu supaya tidak hangit, rasa sedap secukupnya angkat.
Ambil pulut tadi, sudukan 1 atau 2 sudu kedalam daun pisang, ratakan dan bubuh inti kelapa diatasnya, gulung kemas-kemas dan sematkan dengan lidi.  Buat lah proses ini hingga habis.
Dan bakar diatas kuali leper,  sambal balik-balik supaya masak sekata.
Siap, boleh dihidangkan.

Wednesday, 1 July 2020

wajik cara kak ruby




WAJIK/PULUT KACAU

Bahan
3 cawan pulut
3 cawan gula pasir
½ cawan gula merah
5 cawan santan pekat
Sedikit garam
Sedikit air
sedikit gula batu
3 helai daun pandan – disimpul





Cara
Cuci pulut dan rendam selama 3 jam atau semalaman.  Kukus hingga masak, ketepikan
Dalam kuali besar masukkan santan, gula pasir, air gula merah yang sudah ditapis, gula batu, garam sedikit air dan daun pandan, masak hingga gula larut dan pekat serta berbuih.
Masukkan pulut lalu kacau rata,  Masak dan kacau selalu hingga pekat.  Tutup api.
Masukkan kedalam bekas pilihan sendiri.


Thursday, 25 June 2020

Kek pandan gula melaka





KEK PANDAN GULA MELAKA

Bahan
200 gm tepung gandum
½ sudu teh baking powder
125 gm unsalted butter - kak ruby guna buttercup
½ sudu teh garam - tak letak
½ sudu teh esen vanilla
200 gm kastor
2 biji telur gred A
75 gm santan kotak *
25 gm air *
2 sudu besar jus pandan *
Sedikit pewarna hijau *





Cara
Ayak tepung dan baking powder, ketepikan
Pukul butter dan garam hingga kembang, masukkan gula sedikit demi sedikit pukul lagi hingga gebu.
Masukkan telur dan esen vanilla pukul lagi hingga sebati.  Masukkan campuran bahan yang bertanda *, kacau lagi.  Akhir sekali masukkan tepung kacau sebati.
Masukkan adunan ke dlm cawan kertas dalam acuan dan bakar sehingga masak dalam suhu 160c selama 25 minit.

Bahan untuk buttercream
3 biji putih telur
110 gm gula castor
150 gm unsalted butter
Secubit garam
1 sudu teh esen vanilla



Cara membuat
Putih telur, gula dan garam masukkan dlm bekas kalis panas dan boiler.  Pastikan gula larut.
Pukul adunan telur hingga kental, perlahankan mixer dan campur butter sedikit demi sedikit, pukul hingga sebati.
Campurkan karmel gula melaka dan pukul hingga sebati.  Tinggalkan baki sedikit untuk dititis-titiskan atas permukaan kek nanti.

·       Kak ruby tidak guna resepi butter cream diatas…

Tuesday, 23 June 2020

kuih getas




KUIH GETAS

Bahan
2 cawan tepung pulut
½ cawan tepung gandum
¾ cawan kelapa parut putih
Sedikit garam
1 ¼ cawan air, jgn tuang semua tuang sikit2





Cara
Campur semua bahan, gaul sebati, masukkan air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yang lembut dantidak melekat pada tangan.
Bentukkan bulat atau bujur, cucuk-cucuk dengan garfu sebelum digoreng, supaya kuih tidak menggelembung dan pecah semasa menggoreng.
Goreng dalam minyak yang banyak dengan api sederhana, goreng hingga agak kekuningan.  Angkat dan toskan.

Untuk sira
¼ cawan air
½ cawan gula
Cara
Masak air hingga mendidih, masukkan gula.
Kacau hingga berbuih-buih dan agak pekat.  Masukkan kuih getas yg digoreng tadi,
Kacau atau gaul sebati hingga gula menyaluti seluruh kuih, kacau agak lama hingga nampak gula menjadi putih.  Tutup api, Sedia untuk dihidang.