Nuffnang Ad

Wednesday, 22 July 2020

Kuih lompat tikam versi Kelantan





LOMPAT TIKAM

Bahan lapisan hijau
2 cawan tepung beras
3 cawan air
1 cawan air daun pandan @pewarna hijau
½ sk garam
1sk air kapur

Cara
Gaul rata semua bahan dalam mangkuk dan tapis.  Masak dan kacau jangan berhenti sehingga adunan menggelegak dan pekat kemudian kecilkan api dan terus kacau sampai masak berkilat, tutup api.  Masukkan kedalam acuan atau loyang biarkan sejuk.

Bahan lapisan putih
1 senduk atau ½ cawan tepung beras
2 cawan santan
½ cawan air
½ sk garam



Cara
Kacau semua bahan kedalam periuk hingga pekat dan masak.  Masukkan kedalam loyang dan sejukkan.

Bahan Lapisan pulut merah
1 cawan pulut – rendam 6 jam + pewarna merah
½ cawan air – kak ruby guna santan
½ sk garam
2 sb gula
pewarna merah secukupnya




Cara
Panaskan pengukus dan kukus pulut selama 15 minit atau hingga masak.  Anagkat dan masukkan dalam bekas dan masukkan air yang dicampur garam dan gula kacau sebati, kemudian kukus semula selama 10 minit, angkat dan sejukkan.

Untuk air gula merah
1 ketul gula nisan
2 sb gula pasir
Masak hingga hancur dan agak pekat sikit angkat tapis.
Sejukkan


Cara Menghidang
Potong lapisan hijau masukkan ke dalam mangkok atau gelas, masukkan pula pulut merah, masukkan lapisan putih dan akhir sekali masukkan air gula melaka, siap boleh dihidangkan.

No comments:

Post a comment