Nuffnang Ad

Sunday, 30 December 2012

Mango Delight Yoghurt Cake

Dalam banyak2 kek kak ruby terpikat pula dengan kek mango di blog evelyn gemina.....mungkin sebab mangga dah ada di dalam stok kak ruby kot, bahan2 lain pun ada cuma high ratio flour je tak ada, jadi kak ruby guna tepung gandum je lah, hasil nya jadi jugak dan sedap......tapi tak lah secantik yang evelyn gemina buat.....cukup lah untuk kak ruby anak beranak, kak ruby pun bukan nya pandai sangat bab hias menghiaskan kek ni..........terima kasih evelyn gemina.


MANGO DELIGHT YOGHURT CAKE

Bahan A
6 biji putih telur
1/2 sudu kecil cream of tartar
1/2 cawan gula kaster

Bahan B
6 biji kuning telur
175 gm high ratio flour (kak ruby guna tepung gandum je)
1/2 cawan gula kaster
1/2 cawan minyak jagung
1/2 cawan air
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar baking powder
1/2 sudu kecil garam

Cara
Panaskan oven suhu 170c, sediakan loyang saiz 9 inci, griskan dengan butter dan alas dgn kertas minyak.
Satukan semua bahan A, pukul hingga bertanduk, ketepikan.
Dalam mangkuk lain masukkan kuning telur dan gula pukul hingga kembang, masukkan air, minyak, esen vanila, garam gaul sebati. Kemudian masukkan tepung yg sudah diayak bersama baking powder sebatikan lagi.  Masukkan Bahan A tadi, kacau sebati hanya dengan menggunakan sptula je.
Tuang kedalam loyang dan bakar selama 45 minit atau hingga masak.
Sejukkan dan bahagi kepada 3 bahagian.

Untuk Filling
2 biji mangga masak - potong kiub
150 gm plain yogurt
100 gm gula kaster
20 gm gelatin + 1/2 cwn air, satukan
350 gm UHT whipping cream
 

Cara
Satukan mangga yg dipotong kiub, gula dan yogurt dlm mangkuk gaul sebati, ketepikan.
Cairkan campuran gelatin + air td cara double boiler hingga gelatin cair, masukkan dlm mangga td, sapukan disetiap lapisan kek yang sudah dipotong tadi.
Pukul whipping cream hingga kental.  Sapukan pada kek dengan cara kreativiti sendiri.






Tuesday, 25 December 2012

Popia Goreng



POPIA GORENG

Bahan
Kulit popia secukupnya

Bahan inti
50 sen taugeh
1/2 biji sengkuang - diparut
1 batang lobak merah - diparut
2 sudu besar udang kering - tumbuk
2 biji tauhu - dilecek dgn garfu
2 ulas bawang putih- potong halus
sedikit serbuk kunyit, garam dan lada sulah

 

Cara
Tumis bawang putih hingga wangi, masukkan tauhu, udang kering dan serbuk kunyit, kacau bagi sebati. masukkan sengkuang dan lobak merah, kacau lagi kemudian masuk taugeh, garam dan lada sulah, kacau sebati.  Tutup api angkat dan sejukkan.
Ambil kulit popia, letak inti dan gulung kemas2, untuk lekat hujungnya, sapu dgn putih telur.  Gulung  hingga habis dan goreng hingga kekuningan.
Sedap dimakan panas2, cicah dengan sos cili atau boleh juga disapukan sos atas popia dan ditabur dengan kacang yg ditumbuk halus.

Bahan sos
3 sudu besar cili kisar
2 ulas bawang putih (diblenda)
1 biji bawang besar (diblenda)
air asam jawa
gula kabung
garam dan biji sawi


Cara
Masukkan semua bahan sos  kedalam periuk, kecuali bijian kacau hingga mendidih dan pekat kemudian tabur bijian. tutup api, angkat.

Sunday, 23 December 2012

Apam Pisang



APAM PISANG

Bahan
2 cawan tepung gandum*
1/2 sudu teh soda bikarbonat*
1 sudu teh baking power*
1 cawan pisang - dilecek 
3/4 cawan minyak jagung
1 1/2  gula perang
2 biji telur
1 sudu besar serbuk koko
1/2 sudu teh garam

 

Cara
Panaskan kukusan terlebih dahulu.
Ayakkan bahan yang bertanda * dalam mangkuk ketepikan.
Pukul telur, gula, garam hingga sebati masukkan minyak dan pisang lecek kacau hingga semua nya sebati, masukkan tepung yang diayak tadi, kacau dengan whisk je hingga sebati.
Ambil 1/2 cawan adunan masukkan serbuk koko dan kacau sebati.


Masukkan adunan asal atau yang plain dalam acuan kecil kecil, kemudian masukkan adunan koko diatasnya.  Kukus selama 15 minit atau hingga masak dengan api kuat. 

Thursday, 20 December 2012

Bubur Pulut Hitam



BUBUR PULUT HITAM

Bahan 

1 cawan pulut hitam (cuci dan rendam dalam 1 jam)
1/2 cawan gula pasir
2 helai daun pandan (disimpul)
1 cawan susu cair
1/2 cawan santan pekat
Secubit garam

 

Cara
Rebus pulut hitam dengan air secukupnya hingga kembang.
Kemudian masukkan susu cair, gula, daun pandan dan garam.  Masak hingga mendidih dan dikacau hingga semua nya sebati. Tutup api.

 
Untuk kuah
Panaskan santan pekat dan garam, didih je tutup api.
Boleh dihidangkan bersama pulut hitam.

Wednesday, 19 December 2012

Samosa

Terima kasih pada yang sudi singgah di kayumaniskorner,  semalam selepas balik dari window shopping, terasa sunyi pula tak buat apa2........kak ruby buka peti ais ada beberapa keping kulit popia lebihan buat popia bersalut nestum yang kawan-kawan order 2 hari lepas, terfikir juga apa nak buat dengan 6 keping kulit popia ni....idea datang, apa kata kalau buat samosa, memang resepi samosa belum ada lagi dalam kayumaniskorner ........apa lagi, kak ruby pun cari bahan2 untuk dijadikan inti, nasib baik senua bahan ada dalam simpanan.......tapi bahan2 yang ada macam nak buat inti karipap je, tak pe lah, apa salah nya, fikir kak ruby........bila sudah siap masak, sedap pula, lebih2 lagi makan panas2 di waktu2 petang begini,  selamat lah lebihan kulit popia kak ruby......

SAMOSA

Bahan
6 keping kulit popia
(setiap 1 keping di bahagi 3)
1 sudu makan tepung gandum + campur dgn sedikit air  (utk dijdkan gam)

Untuk inti
1 cawan daging kisar
500 gm ubi kentang – potong dadu
1 labu bawang besar – potong dadu
2 ulas bawang putih – dicincang
1 sudu makan rempah kari
Garam dan gula secukupnya
4 helai daun kari
Sedikit minyak untuk menumis


 


Cara
Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan daun kari hingga naik bau.
Masukkan rempah kari biar sehingga garing, masukkan daging kacau sehingga daging tak berketul.
Kemudian masukkan kentang, garam, gula dan sedikit air.  Masak hingga kering dan kentang empuk. padamkan api.
Ambil kulit popia yang sudah dipotong 3 tadi.  Masukkan inti, lipat-lipatkan biar jadi bentuk segitiga, ambil bancuhan tepung tadi letakkan dihujungnya.  Buat lah sampai habis.
Goreng dalam minyak penuh dengan api sederhana panas.  



Tuesday, 18 December 2012

Kuih Ketayap



KUIH KETAYAP

Bahan
1 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan air
1 biji telur
1 sudu minyak jagung*
sedikit garam
pewarna hijau*

 

Cara 
Blender semua bahan kecuali bahan yang bertanda * dan tapis ke dalam mangkuk, masukkan minyak dan pewarna kacau sebati.  Panaskan pan, leser dengan sedikit minyak dan sendukkan dengan 1 senduk kecil adunan dalam pan layangkan pan supaya adunan jadi bulat.  Masak hingga adunan nampak kering angkat,  masukkan inti dan gulung.  Ulangi proses ini hingga adunan habis.

Bahan inti

1/2 biji kelapa parut putih
3/4 cawan gula merah
2 sudu mkn gula pasir

1/4  cawan air
1 helai daun pandan
1 sudu besar tepung jagung



 Cara 
 Masak gula merah, gula pasir dan air hingga larut, tapis, masukkan kelapa parut dan daun pandan.  Masak hingga pekat sedikit masukkan tepung jagung kacau hingga sebati, bila sudah agak kering dan warna keperangan tutup api.


Monday, 17 December 2012

Agar Agar Puteri Pelangi



AGAR AGAR PUTERI PELANGI 
sumber dari mingguan wanita

Bahan
20 gm agar agar  bertali
2 liter air
1 cawan susu cair
1 cawan gula
3 pewarna pilihan

 

Cara
Masak agar agar dengan air hingga hancur, masukkan gula masak lagi hingga gula larut, kecilkan api.
Ambil 3 senduk agar agar, setiap senduk masukkan dalam 3 bekas berasingan dan warnakan dengan warna pilihan, kemudian masukkan dalam acuan dengan cara tumpok2, bekukan, klu nak cepat masukkan dalam peti ais, sementara itu masukkan susu cair dalam agar agar yang selebihnya kacau hingga sebati,
Bila agar agar dalam acuan tadi sudah hampir beku, tuangkan agar agar yang sudah dicampur susu cair.
Beku dan sejukkan dalam peti ais.