Nuffnang Ad

Sunday, 21 January 2018

Apam Pisang Milo yang gebu sangat......

Assalammualaikum pada yang sudi singgah.......
Apam pisang, setiap hari kita jumpa, senang untuk mendapatkan nya di pasaraya mana-mana pun ada.  Begitu juga dengan resepi nya, bermacam-macam resepi boleh kita jumpa....di buka-buku resepi, di blog, facebook dan instagram macam-macam resepi apam pisang ada.....rajin atau malas je untuk membuat nya.
Kak ruby kadang-kadang buat, tidak selalu sangat, kalau ada pisang lebih, masa tu lah kak ruby buat apam pisang.  Macam petang semalam ada pisang didapur, sudah dua tiga hari pisang tak terusik, daripada pisang jadi buruk, kak ruby buat lah apam pisang. Untuk kali ni supaya rasa kelainan dari selalu kak ruby campur milo dalam adunan resepi, hihihi supaya ada rasa milo gitu.
Bila sudah siap masak, sudah jadi apam, sekejap je dah habis.....suami dan anak-anak masing masing cakap "apam pisang ni rasa milo lah, sedap"...kak ruby hanya senyum bangga.
*  resepi di bawah, resepi asal, tidak ada milo, kak ruby pandai-pandai je tambah sendiri.

APAM PISANG

Bahan
2 cawan tepung gandum*
1/2 sudu teh soda bikarbonat*
1 sudu teh baking power*
1 cawan pisang - dilecek
3/4 cawan minyak jagung
1 1/2  gula perang
2 biji telur
1 sudu besar serbuk koko
1/2 sudu teh garam



Cara
Panaskan kukusan terlebih dahulu.
Ayakkan bahan yang bertanda * dalam mangkuk ketepikan.
Pukul telur, gula, garam hingga sebati masukkan minyak dan pisang lecek kacau hingga semua nya sebati, masukkan tepung yang diayak tadi, kacau dengan whisk je hingga sebati.
Ambil 1/2 cawan adunan masukkan serbuk koko dan kacau sebati.
Masukkan adunan asal atau yang plain dalam acuan kecil kecil, kemudian masukkan adunan koko diatasnya.  Kukus selama 15 minit atau hingga masak dengan api kuat.  

Friday, 12 January 2018

kuih lopes


KUIH LOPES
(cara kak ruby)

Bahan :
250 gm beras pulut
sedikit air kapur (kak ruby tak letak)
1/2 biji kelapa parut (putih saja)
sedikit garam
pewarna hijau
daun pisang secukupnya
1 ketul gula melaka





Cara
Beras pulut dibersih dan direndam bersama pewarna hijau selama 4 jam atau lebih.
Bersih sekejap dan toskan, kukus pulut hingga pulut masak.  Kemudian bahagikan kpd 3 bahagian, setiap bahagian masukkan ke dalam daun pisang dan gulung kemas2, ikat di kedua hujung.  Biarkan sejuk atau simpan peti ais selama 1 - 2 jam.  Kemudian potong bulat2, masukkan dlm kelapa parut yg sudah dicampur dengan garam.
Hidang bersama kuah dari air gula melaka.    



Thursday, 11 January 2018

kek lapis oren kesukaan ku....



KEK LAPIS OREN BADAM
resepi asal: Noraini Zakaria

Bahan A
300 gm mentega
150 gm gula kastor
14 biji kuning telur
5 sudu mkn susu pekat manis
2 sudu teh pes oren atau jus oren

Bahan B
150 gm gula kastor
6 biji putih telur
1/4 sudu teh krim of tartar

Bahan C
180 gm tepung hong kong
100 gm serbuk badam
1 sudu teh serbuk penaik

Bahan D
sedikit badam keping untuk hiasan




Cara
Pukul bahan B hingga kembang dan kental, ketepikan.
Satukan bahan A kecuali kuning telur, pukul dengan kelajuan tinggi sehingga adunan kembang dan berkrim.  Kemudian masukkan kuning telur sedikit2 sambil dipukul hingga sebati.
Masukkan bahan C, tepung hong kong yg sudah diayak bersama serbuk penaik, juga masukkan serbuk badam kacau sebati.
Masukkan pula bahan B yg sudah di pukul tadi, kacau perlahan-lahan dengan menggunakan senduk kayu saja.  Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian campurkan pewarna oren dan pes oren, 1 bahagian lagi dibiarkan warna asal.
Ambil satu cawan adunan warna oren masukkan kedalam loyang, dan bakar dengan api atas bawah selama 7 minit atau sehingga kek berwarna perang, masukkan pula 1 cawan warna asal, bakar dengan api ATAS saja, ulangi proses ini hingga adunan habis.

Untuk lapisan akhir susunkan badan keping diatasnya.  

Tuesday, 9 January 2018

kek coklat karamel kukus



KEK COKLAT KARAMEL KUKUS

Bahan utk caramel
Loyang saiz 9 “
4 sudu besar gula
Cairkan gula dalam loyang jgn hangus, ketepikan.

Bahan puding
1 tin susu cair
3 biji telur
½ cawan gula
3 sudu besar susu pekat manis
2 keping roti gardenia – buang tepi dan carik2kan
1 sudu kecil esen vanilla
Masukkan semua bahan dalam blend, kisar halus. Masukkan kedalam loyang gula hangus tadi.
Kukus selama 20 hingga 25 minit.



Bahan utk kek coklat
5 biji telur
1 cwn gula halus
1 cwn susu pekat
1 cwn minyak
½ cwn air panas
1 cwn serbuk koko - diayak
1 ¾ cwn tepung gandum - diayak
1 st baking powder - diayak
1 st soda bikarbonat - diayak
Secubit garam



Cara
Mixer telur high speed hingga kembang, masukkan gula
Masukkan susu pekat mix lagi hingga pekat.  Perlahankan mixer masukkan tepung yang sudah diayak bersama serbuk koko, b power dan soda bikarbonat masuk secara sedikit demi sedikit, pukul sebati, tutup kan mixer.  Masukkan minyak dan air panas kacau hingga betul-betul sebati.
Tuang adunan kek ke dalam loyang tadi dan kukus selama 1 jam. 

Sunday, 7 January 2018

Kuih Cara Jagung



KUIH CARA JAGUNG

Bahan
2 cawan tepung gandum
1 biji telur  gred A – pukul dulu
½ cawan jagung dah hiris – kak ruby letak 1 cawan
3 ¼ cawan santan
Sedikit garam
Perisa jagung
Sedikit pewarna kuning





Cara
Blender jagung dengan 1 cawan santan (jangan blender halus sangat), masukkan dalam satu bekas , ketepikan.
Kemudian blender kan semua bahan hingga sebati, masukkan ke dalam bekas jagung yang di blender tadi, kacau sebati kan lagi.
Tuang ke dalam jag supaya senang untuk masak ke dalam acuan cara nanti.
Panaskan acuan cara atas dapur gas dengan api perlahan, sapu sedikit minyak.
Tuang adunan hingga penuh dalam acuan, biarkan sekejap letak sedikit gula.  Tutup dengan penutup periuk. 
Bila sudah sedikit kekuningan atau sudah masak, boleh angkat dan keluarkan dengan menggunakan lidi atau terbalikkan acuan.
Untuk tuang adunan seterusnya mesti kacau-kacau dulu adunan supaya jagung tidak mendak ke bawah saja.  

Ulangi proses memasak hingga habis adunan. Siap 

Wednesday, 27 December 2017

Jemput Vadai

Assalammualaikum
Hihihi jemput vadai ni terjadi secara tak disengajakan. Ini cerita minggu lepas, kerana sibuk sekarang baru dapat publish dalam kayumaniskorner......
Malam nya kak ruby rendam lah kacang dal untuk esok pagi nak buat kuih vadai.  Pagi-pagi lagi bangun blender kacang dal, seronok nya sebab kuih vadai ni kesukaan encik suami.  Ini kali yang ke tiga kak ruby buat kuih vadai dalam masa 4 tahun, lama kan..........
Encik suami tak de ni masih lagi di Putrajaya,  kata nya dalam pukul 9 dia sampai.
Kak ruby pun dengan hati yang bahagia dan seronok nya blender lah kacang dal dengan 1 cawang air, bila sudah siap blender baru sedar yang kak ruby masukkan air sebanyak 1 cawan bersama kacang, ya Allah apa akan jadi ni terjerit kak ruby.....sapa-sapa yang pernah buat kuih vadai tahu lah macam mana nak buat kuih vadai lagi kalau kacang di blender bersama air, adunan sudah cair macam mana nak bentuk kuih vadai lagi.......
Jam sudah hampir pukul 9, kejap lagi encik suami akan sampai....selalu nya bila suami balik sekali sekali kak ruby akan masak satu makanan kegemaran encik suami, tapi kali ini tidak menjadi.....
kak ruby terus kan juga buat vadai tapi dengan cara kak ruby, kak ruby campurkan semua bahan, kemudian goreng macam buat jemput-jemput.......
Kak ruby hidang atas meja cantik-cantik,  encik suami sampai rehat sekejap, sarapan......kak ruby diam je, tiba-tiba suami cakap "sedap nya jemput-jemput ni macam vadai"....kak ruby cuma tersenyum, dan kak ruby pun kata " tu jemput vadai nama dia".  Encik suami makan habis satu piring, sambil bangun dari meja encik suami kata  "lain kali buat lagi ye jemput vadai sedap lah".....apa lagi kak ruby kembang setaman, kuih vadai tak jadi dapat pujian pula hihihi....
Terus kak ruby nama kan jemput vadai.


KUIH VADAI

Bahan
250 gm kacang dal
3 biji cili kering - digunting halus
1 tangkai daun kari - diracik halus
1/2 biji bawang besar - diracik halus
1 sudu teh jintan manis - biarkan sebiji sebiji
1/2 sudu teh garam
minyak utk menggoreng





Cara
Rendam kacang dhal selama lebih kurang 4 jam (kak ruby rendam semalaman) tos hingga kering.
Kisar kacang dhal hingga halus, tidak mengapa jika masih ada sedikit kacang dhal yang tak hancur.
Satukan semua bahan dalam bekas dan gaul rata.  Leperkan atas tapak tangan yang diatas dengan plastik yang telah disapu dengan sedikit minyak, supaya ia tidak  melekat.
Susun diatas dulang yang disapu dengan sedikit minyak.
Goreng atas api yang sederhana besar hingga kekuningan dan garing.


Sambal terung bakar



SAMBAL TERUNG BAKAR

Bahan
3 biji terung panjang
1 biji tomato
1 biji bawang besar *
3 ulas bawang putih *
6 biji cili merah *
4 biji cili padi merah *
½ mangkuk kecil ikan bilis *
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa



Cara
Cuci bersih terung, belah dua dan bakar hingga lembut.
Kisar bahan yang bertanda *. Tomato dipotong dadu.
Panaskan minyak,  tumis bahan kisar sehingga pecah minyak dan naik bau.
Masukkan air asam jawa dan tomato dan jugak garam serta gula.
Masak dan kacau- kacau sekejap, rasa secukupnya dan tutup api,
Tuang sambal keatas terung bakar tadi. Sedia untuk dihidangkan.