Nuffnang Ad

Wednesday, 15 June 2016

Lapis Sagu

Assalammualaikum dan selamat berpuasa......


KUIH LAPIS SAGU

Bahann
300 gm biji sagu (rendam 1/2 jam dan toskan)
100 gm gula halus/ tmbh klu nak manis
150 gm kelapa parut putih
garam halus secukupnya
sedikit pewarna merah




Cara
Lengser loyang atau acuan kecil2 dengan sedikit minyak, kak ruby sapu dengan sedikit butter, ketepikan.
Panaskan air kukusan.
Gaul sagu, gula, kelapa parut dan garam hingga sebati dan rata.
Bahagikan kepada 3 bahagian.  Setiap bahagian warna dengan warna pilihan sendiri.
ambil bahagian pertama masukkan kedalam loyang ratakan, kukus selama 15 minit, keluarkan dari periuk kukusan ratakan, kemudian masukkan pula bahagian kedua kukus lagi selama 15 minit dan akhir sekali bahagian ke tiga kukus selama 20 – 25 minit atau hingga masak
Pastikan kuih betul2 sejuk baru keluar dari acuan dan potong dengan cara tersendiri.
Hidangkan bersama kelapa putih yang digaul dengan sedikit garam.

Sunday, 12 June 2016

Cara Manis



KUIH CARA MANIS

Bahan
1 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan santan
1 biji telur
1/2 cawan gula - utk di jadikan inti 
secubit garam
pewarna hijau
sedikit butter - utk disapukan pd acuan cara


















Cara
Kak ruby blender je semua senang, tuang dalam bekas ketepikan.
Panaskan acuan kuih cara, sapu dengan sedikit butter, kemudian tuang adunan tepung hingga penuh biar hingga setengah masak, letakkan 1/2 sudu kecil gula diatasnya.  Tutup dengan tutup periuk biarkan hingga masak.
Angkat. Buat lah hingga adunan habis.

Puding Jagung Segar



PUDING JAGUNG

Bahan
1 cawan tepung kastard
1 1/2 cawan jagung segar - yg sudah direbus dan kisar
3/4 cawan gula pasir
3 cawan air
1 1/2 cawan susu cair
secubit garam 


Cara
Campurkan kesemua bahan dalam periuk dan kacau sebati, kemudian letak diatas api yang perlahan dan kacau terus menerus hingga adunan pekat dan berkilat.
Angkat dan tuang kedalam acuan kecil2 atau loyang. sejukkan.

Wednesday, 8 June 2016

Blueberry Cheese



BLUEBERRY CHEESE
Bahan
450 gm tepung gandum
250 gm mentega
100 gm gula halus
1 biji telur
2 sudu teh air sejuk
1 sudu teh esen vanilla


Cara
Putar mentega, gula dan esen vanilla hingga kembang.  Masukkan telur dan air.  Putar lagi hingga adunan sebati dan berkrim.
Masukkan tepung gandum dan kacau rata supaya menjadi doh yang lembut.
Ambil sedikit doh, tekan ditapak tangan supaya sedikit rata dan masukkan dalam acuan tart dan dipicit-picit pada keseluruhan acuan dan lebihan diatasnya ratakan dengan menggunakan belakang pisau (guna pisau yg kecil)
Bakar selama 20 minit dengan suhu 180c sehingga masak.


CREAM CHEESE dan FILLING

Bahan
250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon


Cara
Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
Masukkan filling ke dalam kulit tat.
Tuang cream cheese ke atasnya. bakar selama 5 minit pada suhu 170c. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.
Filling :
Blueberry, strawberry, kiwi, oren, dll.

Tuesday, 7 June 2016

Ayam Masak Kunyit



AYAM MASAK KUNYIT

Bahan
 300 gram isi ayam 
 2 ulas bawang putih - hiris nipis
 2 senduk minyak masak
 4 batang kacang panjang atau kacang pis- potong 2 inci
 1 batang lobak merah - potong panjang
 1 biji bawang merah - hiris nipis
 1 biji cili merah - hiris nipis
 1 sudu kecil serbuk kunyit
 1 biji bawang besar - hiris nipis


 Cara
Potong isi ayam kecil2, selepas itu gaulkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. perap selama kurang lebih 5 minit.

Panaskan minyak dalam kuali dan goreng isi ayam diatas api besar. kacau dengan kerap supaya tidak hangus dan keras. selepas itu masukan bawang merah dan bawang putih dan teruskan mengacau.

Bila ayam dah hampir masak masukan bawang besar, kacang panjang, dan cili merah. taburkan dengan sedikit gula dan kacau selama 1 minit. angkat dan hidangkan.


Bingka Jagung



BINGKA JAGUNG
resepi:rohaisha

Bahan
2 cawan jagung* (yang telah direbus) | kisar
2 cawan santan pekat* | kisar bersama
3/4 cawan gula
1/2 sudu kecil garam
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung kastard
2 biji telur
1 sudu kecil esen jagung / vanila
1/2 cawan minyak masak
Bijan secukupnya / tabur



















Cara
Kisarkan jagung bersama santan.
Tuangkan bahan kisar ke dalam satu bekas.  Masukkan garam, gula dan telur, kacau sebati menggunakan whisk.
Masukkan tepung gandum, tepung beras dan tepung kastard. Kacau hingga rata. Perisakan dengan esen jagung, masukkan minyak dan kacau lagi.
Panaskan oven pada suhu 200 darjah celcius.
Sapukan loyang  empat segi berukuran 8" dengan mentega.Tuang bancuhan adunan ke dalam loyang. Taburkan bijan di atas adunan. Bakar selama 1 jam.

·       Kak ruby guna acaun kuih bahulu kemboja.

Kulit Tart



KULIT TART

Bahan
450 gm tepung gandum
250 gm mentega
100 gm gula halus
1 biji telur
2 sudu teh air sejuk
1 sudu teh esen vanilla





















Cara
Putar mentega, gula dan esen vanilla hingga kembang.  Masukkan telur dan air.  Putar lagi hingga adunan sebati dan berkrim.
Masukkan tepung gandum dan kacau rata supaya menjadi doh yang lembut.
Ambil sedikit doh, tekan ditapak tangan supaya sedikit rata dan masukkan dalam acuan tart dan dipicit-picit pada keseluruhan acuan dan lebihan diatasnya ratakan dengan menggunakan belakang pisau (guna pisau yg kecil)
Bakar selama 20 minit dengan suhu 180c sehingga masak.