Petang ni kak ruby goreng ubi ketuk....sedap makan panas-panas.......
KETUK UBI GORENG
Bahan
500 gm ubi kayu - dipotong pendek dibersih dan direbus hingga empuk, toskan.
1 cawan kelapa parut
1/2 cawan gula - boleh kurang atau tambah
garam secukupnya
Cara
Lecek ubi yang ditos tadi hingga hancur dan buang urat nya.
Campurkan kelapa parut, gula dan garam didalam bekas, kemudian masukkan ubi tadi gaul hingga sebati.
Bentukkan bulat-bulat macam bola ping pong hingga habis adunan ketepikan.
Sementara tu sediakan tepung utk menggoreng
Tepung beras
Tepung gandum
minyak
garam dan sedikit serbuk kunyit
air secukupnya
Satukan semua bahan kecuali air masukkan sedikit demi sedikit, bancuh adunan biar pekat sedikit.
Panaskan minyak, celupkan bebola ubi dalam adunan tepung dan goreng hingga kekuningan.
Nuffnang Ad
Saturday, 11 January 2014
Thursday, 9 January 2014
Tiwul Ayu Coklat
Assalammualaikum, selepas masak untuk makan tengahari tadi, kak ruby tercari-cari jugak apa resepi nak buat untuk minum petang ni..........belek2 resepi dalam koleksi, kak ruby ternampak kuih tiwul ayu, tertarik jugak, sebut nama nya tersenyum kak ruby sendirian, bila baca resepi ooo adik beradik dengan kuih seri ayu (puteri ayu) lah ni, boleh lah kak ruby try kebetulan semua bahan ada........bila dah siap masak cantik dan sedap rupa nya.
TIWUL AYU COKLAT
resepi : fida@ myresipi.com
Bahan
160 gm tepung naik sendiri
3 sk serbuk koko - kak ruby letak 2 sudu je
2 biji telur
120 gm gula halus
3/4 sk ovelette
80 ml susu segar
100 gm kelapa parut - digaul dgn sedikit gram dan 1 sk tepung jagung

Cara
Ayak tepung bersama serbuk koko ketepikan.
Di dalam mangkuk mixer pukul telur dan gula hingga kembang, masukkan ovalette dan pukul lg sambil dimasukkan susu segar dan pukul terus hingga menjadi putih.
Masukkan campuran tepung dan kaup balikan dgn spatula atau senduk hingga rata.
Ambil sedikit campuran kelapa parut dan bubuh ke dalam acuan dan tekan hingga padat, sudukan 1 sudu besar adunan ke dalam acuan.
Kukus selama 10 minit di dalam kukusan yang telah dipanaskan terlebih dahulu.

Tuesday, 7 January 2014
Snow Cheese Cake
SNOW CHEESE CAKE
Bahan
6 biji telur (buang 2 putihnya)
100 gm gula halus
100 gm tepung hong kong
60 gm tepung jagung
50 gm air sejuk (dr peti ais)
1 sudu teh baking powder
2 sudu makan ovellet
75 gm mentega (dicairkan)
Untuk krim
1 kotok cream cheese philadelphia
1/2 tin susu pekat manis (satukan kedua bahan ini putar sehingga tidak berketul)
Untuk Topping
1/2 kotok kraft cheddar cheese (diparut)

Cara
Satukan semua bahan kecuali mentega cair dan putar, putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat dan putih. Akhir sekali masukkan mentega cair, putar lagi sehingga sebati dan pekat.
Sediakan loyang yang telah dialas dengan kertas minyak atau yang telah disapu dengan sedikit butter.
Bakar dengan menggunakan api atas bawah, selama 45 minit atau 1 jam dengan kepanasan 150c.
Bila sudah masak sejukkan. Kemudian potong di tengah2 kek supaya kek menjadi 2 bahagian. Sapu krim cheese di atas 1 bahagian kek yang dipotong, letakkan bahagian yang 1 lagi diatasnya, sapukan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
Akhir sekali taburkan cheese yang diparut tadi, sebagai topping. Masukkan dalam peti ais 2 jam baru boleh dipotong.
Agar-Agar Santan
AGAR-AGAR SANTAN
Bahan
10 gm agar-agar
3 cawan air
1/2 cawan gula
3 cawan santan
1 biji telur - dipukul ringan2 je dengan garfu
2 helai daun pandan - disimpul
secubit garam
sedikit pewarna hijau

Cara
Masak agar-agar bersama air dan daun pandan hingga mendidih, masukkan gula masak lagi hingga gula larut.
Campurkan santan, telur, garam dan pewarna, masukkan kedalam agar-agar yang sedang mendidih, kuatkan api dalam 1 minit sambil dikacau supaya agar-agar tidak tumpah.
Tutup api tuang kedalam loyang atau acuan kecil-kecil..
Bubur Nasi
Assalammualaikum, hari ni kak ruby tak berapa sihat.......tengahari tadi masak bubur nasi je, itu je lah yang rasa tekak kak ruby ni sedap untuk makan............
.
BUBUR NASI
Bahan
2 cawan beras
air secukupnya
1 inci halia - dihiris halus
1/2 batang lobak merah - potong dadu kecil2
secubit garam
Cara
Cuci beras dan kemudian campurkan semua bahan, air biar banyak, masak hingga beras kembang, kalau air kering tambah air lagi. Masak lagi hingga jadi bubur. tutup api angkat.
Hidangkan bersama ikan bilis goreng dan kacang goreng.

Friday, 3 January 2014
Nasi Lemak Kak Ruby
Assalammualaikum, kali ni kak ruby masak nasi lemak, ini entah kali yang keberapa kak ruby masak, mungkin dah berpuluh kali kot maklum lah umur pun dah separuh abad, cuma di tahun 2014 ni pula terasa nak publish kat kayumaniskorner..........saja2 nak banyak kan koleksi nasi....... resepi pun tak perlu lah kan, semua orang pandai masak nasi lemak.

NASI LEMAK
Di pendekkan cerita - Nasi lemak ni boleh di makan dengan berbagai lauk seperti ayam goreng, sambal sotong, paru goreng, ikan masin, telur rebus dan bermacam lagi lah. Kali ni kak ruby makan dan hidangkan bersama sambal, ikan bilis goreng, kacang goreng, timun dan telur goreng.
Nasi lemak juga boleh di kukus, apa cara masak sekali pun nasi lemak mesti gunakan santan, kalau tidak letak santan maka......... tidak jadi lah NASI LEMAK...........itu lah sebab nya kalau makan nasi lemak selalu-selalu, akan membahaya kan kesihatan. Sebab nasi lemak berkalori tinggi, boleh menyebabkan obesiti. Apa-apa pun nasi lemak memang sedap, boleh di katakan semua orang suka, termasuklah kak ruby.

Thursday, 2 January 2014
Bingka krakers lagi
Assalammualaikum dan selamat tahun baru........kak ruby buat bingka krakers lagi, kak ruby suka sebab sedap, lagi pun biskut lemak masih banyak lagi berbaki ialah sudah masuk tahun baru, kalau lama-lama simpan expired pula nanti, cuma kali ni kak ruby saja-saja buat 2 warna tapi warna nya pula tak berapa terang, tersalah warna lah tu.....tak pe lah asal kan bingka tetap sedap.
BINGKA KRAKERS
Bahan
140 gm biskut cream crackers
85 gm tepung gandum
1 cawan gula
3 biji telur
710 ml santan / susu cair
1 sudu besar butter
1 sudu kecil pewarna pilihan
sedikit garam
bijan secukupnya

Cara
Leser loyang dengan minyak atau sedikit butter.
Blender semua bahan kecuali bijan, hingga hancur. Bahagikan kepada 2 bahagian, 1 bahagian diletakan warna pilihan dan 1 bahagian lagi warnakan dengan warna lain (apa2 warna je yg kita suka).
Masukkan ke dalam loyang cara berselang seli. Taburkan bijan di atas nya.
Bakar selama 1 jam atau hingga keperangan. Sejukkan dahulu baru dipotong.

Subscribe to:
Posts (Atom)